Friday, April 10, 2009

SUATU KETIKA DAHULU..

Hari ni aku nak cerita sket camana aku mula2 terjebak dgn proses relactate ni. Sebenarnya masa mula kenal susu ibu.com pada bulan 9/2008 dah mula timbul kesedaran nak kembalikan semula susu. Masa tu aku baca topik pasal exclusive pumping. Oo..baru aku tau dgn pam aje kita masih boleh bagi bm. Terkejut gak dgr sbb masa dalam pantang ada lah beberapa org 'teman' cakap kat aku 'jangan pam susu. Nanti cepat kering'. Masa tu aku plak jahil lagi, terus la berenti pam. Masa tu dah la aku jarang2 sgt dapat bf anak. Sudahnya yamin kenal fm seawal kelahiran..satu peristiwa yang amat aku kesali sampai sekarang. Tapi mujur juga aku sempat pam kolustrum & bagi pada yamin. Bukan setakat tak dapat bf yamin, tapi nak pegang yamin pun mmg jarang2 sgt aku dapat. Bayangkan..umur yamin 5 bulan baru aku berpeluang mandikan dia. Aku tak nak salahkan sesiapa dalam hal ni sbb aku yg bersalah..tak tahu nak melawan & mempertahankan hak aku sebagai seorang IBU.



Untuk memulakan proses relactate aku ajak hasben g beli pam yg ok sket (sebelum ni aku guna pureen manual yg tombol biru tu). Aku beli pam pigeon manual kat sogo, harganya rm190. Rasanya tak sampai sebulan pun aku cuba pam. Banyak sgt halangan. Emosi aku tak kuat nak hadapi semuanya. Orang sekeliling tak bagi semangat langsung..ada siap perli lagi. Air mata toksah cakap la..begelen2 agaknya. Mujur hasben ku mmg supportive giler (i lap u bebeh!). Maka gagal la usaha murni ku itu..



Bulan 11/2008 aku stat balik proses relactate nih. Setiap kali pam, mmg tak keluar apa. Aku bertarung dgn org sekeliling tak berenti2 perli (padahal bukan aku pam kat br***t diaorg pun..apa ntah!). Kali ni lama gak la aku dapat bertahan. Aku ingat lagi..masa 1st time rasa macam ada cecair kat br***t, rasa macam nak melompat2 je. Beberapa hari lepas tu, mula kuar setitik. Apa yang aku buat masa tu tadah sudu kat br***t. Dapat la setitik dua, pastu sua kat mulut yamin. Lama gak la proses ni sbb susu tu sikit sgt nak harapkan masuk dalam botol. Tapi sebab aku tak cukup kuat, proses relactate buat kali kedua GAGAL.



Mungkin selalu masuk forum susu ibu, aku tiba2 bersemangat nak cuba relactate buat kali ketiga. Segala2nya bermula lepas aku kenal ibukauthar@salwa & hayatie. Aku berterima kasih sgt2 dgn dua insan ni..kerana mereka, aku mampu meneruskan usaha relactate untuk kali ketiga. Salwa, nasihat mu sentiasa menjadi sumber motivasiku. Yatie..trima kasih sbb sentiasa sudi menjawab soalan2 ku..



Aku mula pam ikut jadual pada 4/3/09. Kali ni aku dah tak kisah dgn cakap2 org yg sentiasa nak jatuhkan semangat aku sbb aku tahu aku tak keseorangan. Aku beli Medela Harmony & Spectra 3. Masa minggu2 awal susu ku memang tak keluar. Lama2 menitik la sikit masuk botol. Tapi masa tu aku tak simpan pun sbb sikit sgt2. Tak lama pastu jadi la dalam sesudu dua. Masa ni aku simpan dalam bekas dadih yg kecik tu. Balik keje je terus bagi kat yamin. Ya Allah rasa macam nak nangis je bila yamin meronta nak lagi..Itu yg buat aku lagi berusaha nak tingkatkan hasil. Alhamdulillah berkat kesabaran, susu aku mula meningkat kepada 1 oz..ni campur beberapa sesi mngepam. Aku dah mula simpan susu dalam botol. Yamin pun tak minum bm pakai sudu lagi..



Semoga semangat ku terus kuat untuk terus memberi yang terbaik buat Umar Bunyamin..Amin!

10 comments:

  1. Liza, bila kita tengok susu kita meningkat walaupun hanya 0.5 oz, itu yang sebenarnya memberikan semangat buat kita utk terus mengepam. Jgn give up, kerap2 kan lagi.lagi kerap lagi bagus. wlpn bile kita kerap tu kita rasa dpt ciput jer..tapi sebenar, kita dah bagi signal pada kilang utk lagi kerap buat susu, bila breast kerap kosong. Ku pun pernah dapat 10 0z jer utk the whole day dulu..huhu. Rasa terharu sgt, 23 hb ni genap 6 bulan ku berhempas pula exclusive pumping utk azri...Nnti klu usaha mu dah berhasil kita leh bukak satu thread 'Exclusive Pumping'..huhu, katne la tu gaknya...

    ReplyDelete
  2. ku samakin kagum dgn mu chippo! & ni buatku semakin semangat nak byk kan supply ku buat shinta..

    ReplyDelete
  3. salam liza..

    syabas, tahniah! teruskan usaha liza ye. sebenarnya bukan setakat liza sorang bermasalah ni. pada kami yang sejak dalam pantang bf kan bb pun kadangkala ada masa production agak 'meragam'. di sinilah perlunya sokongan kawan2. terharu baca entri kali ni. betapa kentalnya semangat liza nak teruskan bm pada yamin. i'm proud to be one of your listener if in case one day u need shoulder to cry on. so, keep good job, jgn stress kan diri memikirkan tentang orang sekeliling. dorg suma tu bila dah kena kat batang idung sendiri sok baru tahu camna nilainya hati dan perasaan. chewah, berfalsafah lak ku ini, kan?

    ReplyDelete
  4. Trima kasih yer kengkawan..ku sgt terharu atas sokongan kalians semua..

    ReplyDelete
  5. tahniah atas kekuatan semangat anda...chaiyoooo...

    ReplyDelete
  6. Setiap usaha kalau betul2 ikhlas, mesti Allah akan permudahkan.

    so jgn patah semangat! gambattene!

    ReplyDelete
  7. maliza..amik award kat my blog ya..
    i know u can do it
    igt tak mula2 kita sembang, masa tu u pump takda apa yg keluar.
    sekarang dah ada hasil.
    kuatkan smangat
    jgn mengalah sebab u dah 70% success lagi 30% je
    kalu u give up
    u back to 0%
    gambatte ne!!

    ReplyDelete
  8. Wow....proud giler la..ahh..ehehhe

    ReplyDelete
  9. menitis air mata baca this entry..kuat btl semangat liza. sgt2 kagum n admire u. me too tgh kumpul kekuatan utk wat relactation. but too scared klo proses relactation ni pn gagal jugak mcm niat ku utk fully bf my baby T_T

    ReplyDelete
  10. diywho :

    jangan patah semangat ye. Insyaallah uasaha relaktasi tu akan berjaya. yang penting jgn stress masa pam tu. fikir yang indah2 aje tau. pernah satu hari tu sebab gembira sangat dapat baju baru, susu memancut masa tgh pam. gembira betul masa tu sampai menjerit panggi mak sebab nak tunjuk susu yang memancut..hehe

    ReplyDelete