Thursday, November 5, 2009

MAK KENA RAGUT

Oh..aku tak tahu macam mana nak luahkan perasaan bengang..geram..sakit hati..Kalau la aku ni ada ilmu sakti, dah lama aku jejak PERAGUT pastu aku fire sampai hangus!!!

Aku pun baru tahu kes mak aku kena ragut ni semalam. Padahal kejadian tu berlaku isnin lepas bersamaan 2/11/2009 lebih kurang jam 10pg. Masa tu aku tgh duk terbaring kat rumah sebab cirit-birit & muntah2. Yang sadisnya kejadian tu berlaku kat tepi rumah je..

Cenggini kisahnya, mak aku gi jemur baju Yamin kat tepi rumah (kami duk umah flat & tepi sekali). Tengah duk sidai baju tu, tetiba mak aku rasa bahu dia macam kena tepuk. Bila mak aku menoleh je, dia nampak ada sorang lelaki naik motor. Lelaki tu dgn selamba je tarik rantai mak aku. Mak aku kata dia tak rasa apa2 pun masa tu. Cuma terpinga2 dan sedar2 je motor tu dah jauh & rantai dah lesap. Tak tau la ni nak ditakrifkan sebagai ragut ke apa..

Aku saspek penjenayah tu guna pukau kot. Kalau tak, nape mak aku kata dia macam blurrr je masa kejadian tu. Aku dah suh mak aku wat report. Tapi mak aku kata nak lupakan peristiwa sedih tu..Ish, dah jenuh ku paksa, itu aje jawapan dia..

Kejadian jenayah semakin berleluasa skg ni..kat rumah pun boleh kena ragut/curi/culik. Moga2 kejadian seumpama ni tak berlaku pada kawan2 semua & tak berulang lagi pada keluarga aku..AMIN!

Wednesday, November 4, 2009

YAMIN TAK SIHAT

Hari ni baru aku masuk opis semula setelah 2 hari MC. 3 Hari cirit-birit & muntah2. Abis satu famili kena. Mula2 Yamin, pastu aku, Opah & last sekali hasbenku. Yamin mula dapat muntah2 lepas balik dari johor rabu lepas..hari isnin sebelumnya tu kami dapat panggilan telefon kakak iparku terbabit dgn kemalangan dan berada dalam keadaan kritikal. Tapi Allah lebih mengetahui segalanya..kakak iparku meninggal pada hari selasa jam 1.40t/hari. Moga Allah tempatkan roh Kak Nah di sisi orang2 yang soleh..AMIN.

Balik dari Johor, Yamin mula muntah2. Lepas bawa gi klinik, doc kata sebab kembung. Hari khamis aku keje macam biasa. Tapi hari jumaat nampak Yamin macam teruk sikit di tambah dgn cirit-birit. Aku amik half day. Malamnya suhu badan Yamin naik. Aduh..bimbang betul hati ni. Aku dengan mak aku bersengkang mata jaga Yamin sambil letak tuala basah kat kepala. Tapi macam tak berkesan. Ikhtiar terakhir..aku basahkan kepala Yamin dgn air asam jawa. Alhamdulillah berkesan.

Esok pagi terus bawa gi klinik & doc masukkan ubat ikut punggung sebab suhu badan Yamin Panas sangat. Hari sabtu malam, aku pulak tak boleh tido sebab dapat penyakit yang sama dgn Yamin. 3 hari aku tak bangun. Mujur mak aku & hasben tak teruk macam aku. Kalau tak, sape yang nak jaga aku..hehe!

T/hari semalam baru aku perasan ada bintik2 macam ruam kat badan & muka Yamin. Rupanya Yamin kena demam campak. Mujur la bukan jenis berair. Tapi tu pun cukup buat aku tak tenang bekerja ni..Tak pernah Yamin sakit teruk macam ni. 2-3 hari lepas Yamin terbaring je. Semalam baru nampak Yamin bersemangat sikit main sepak2 bola. Walaupun merengek tetap ada. Ohh...aku lebih rela membiarkan Yamin 'mengemas' daripada tgk dia terbaring aje..

Cepat sembuh ye sayang..Ibu tak kisah kalau lepas ni Yamin nak 'mengemas' apa lagi asalkan Yamin sihat...

Tuesday, October 20, 2009

RAJINNYER ANAK IBU..

Ni la projek terbaru Yamin..Operasi mengemas secara besar-besaran. Kalau cenggini gayanya, harus ku bagi elaun lebih dari RM800 sebulan nih....








Tuesday, September 8, 2009

PUASA DAN KURUS??

Aku rasa la kan sejak puasa ni badan aku macam dah slim sikit. Baju2 lama pun dah boleh masuk. Pastu ada jugak dua tiga orang tegur aku dah nampak kecik sikit. Pagi tadi gi surau (bukan untuk tido ye..) capai timbang..macam tak sangka dah turun 5 kg!!! Hohoho..gumbiranya rasa.

Rasanya aku kena ucap terima kasih banyak2 kat Yamin. Kalau difikir2, Yamin memang memainkan peranan utama untuk men'slim'kan aku. Mana tak nya, orang sibuk2 berbuka, dia sibuk2 nak makan. Terpaksa la aku suap dia..suap mulut aku..suap dia..suap mulut aku. Tak de feel langsung nak makan. Last2 makanan aku tak abis, makanan Yamin yang habis.

Pasni target aku nak turunkan lagi 5 kg..untuk dapatkan berat IDEAL. Tapi kalau dapat turun lagi 9 kg lagi bagus. Baru MANTOP macam anak darez dulu..wakaka!!!

Wednesday, September 2, 2009

KETAHUILAH 10 KESALAHAN TERBESAR YANG BOLEH MEROSAKKAN OTAK

Mengabaikan pengambilan sarapan pagi
Individu yang sering mengabaikan pengambilan sarapan pagi berisiko besar untuk mengalami kekurangan gula dalam darah. Ia akan menyebabkan bekalan nutrien tidak cukup untuk dihantar ke otak lalu menyebabkan bahagian tersebut mengalami kemerosotan.

Terlalu banyak makan
Ia akan menyebabkan berlakunya pengerasan di bahagia arteri otak dan sekali gus memperlahankan kuasa mental.

Merokok
Ia menyumbang kepada pengecutan otak dan boleh menyebabkan panyakit Alzheimer

Pengambilan gula yang tinggi
Terlalu banyak gula boleh mengganggu penyerapan protien dan nutrien disebabkan kekurangan zat makanan dan mendatangkan kesan terhadap perkembangan otak.

Pencemaran udara
Otak merupakan penerima oksigen yang terbesar dalam sistem badan manusia. Apabila sering terdedah pada pencemaran udara, ia akan mengurangkan penghantaran sumber oksigen bersih ke otak dan secara langsung mengurangkan kecekapan fungsi otak.

Kurang tidur
Tidur memberi peluang otak berehat. Apabila seseorang mengabaikan kualiti tidur yang sempurna perlahan-lahan boleh menjejaskan sel otak sekali gus mendatangkan risiko yang tinggi untuk berlakunya kegagalan fungsi otak.

Menutup kepala ketika sedang tidur
Tidur dengan menutup kepala akan mempertingkatkan karbon dioksida dan mengurangkan oksigen untuk sistem badan yang boleh menyebabkan kerosakan pada bahagian otak

Memaksa otak bekerja ketika badan tidak sihat
Ketika badan tidak sihat, secara tidak langsung juga akan memberikan efek kepada otak. Lantas memaksa diri ketika keadaan badan tidak mengizinkan mampu menyumbang kerosakan pada saraf otak pada amnya.

Berfikiran sempit

Tuesday, August 25, 2009

AKHIRNYA KU CABUT JUGA GIGI ITU..

Haha..akhirnya aku merdeka..bebas dari kesakitan! Gigi yang membuat hidup aku merana, tidur aku tak lena..akhirnya dah ku cabut!! Lega betul rasanya.Tak sakit rupanya..walaupun gusi ku terpaksa digodek2 oleh doktor. Mana taknya, gigi aku patah masa doctor tengah cabut. Terpaksa lah doctor tu ‘korek’ gusi aku nak kuarkan akar gigi yang tertinggal. Berdesing2 telinga aku dengar segala mak nenek alatan doctor tu. Dalam hati macam2 ayat aku baca..TAKUT! Lama gak la aku ‘diproses’..dalam 45 minit camtu..

Sekarang terasa jugak la berdenyut2 gusi ni. Mungkin sebab kesan luka masa ‘mengorek’ gusi tu besar. Atau mungkin juga sebab Yamin dah dua kali hadiahkan sedas penumbuk kecilnya masa aku tengah bergurau senda dgn dia..salah aku jugak kan!

Tuesday, August 18, 2009

KENAPA AKU RELAKTASI?

Ayat2 lazim yang selalu aku terima..

"Kenapa ye ko susah2 nak pam susu? Susu ko bukan banyak pun. Kan bagus bagi susu tepung je.."

Tak kurang juga yang cakap..

"Bagus la semangat ko..kuat betul. Kalau aku, mesti tak mampu nak buat macam ko.."

Haha..tu la ayat2 yang sentisa diucapkan orang2 sekeliling aku. Kenapa? Sebab aku cuba relaktasi masa Yamin dah hampir 10 bulan. Dan susu aku memang dah kering kontang. Aku hanya pam angin pada bulan2 yang pertama. Memang sedih masa dengar cakap2 yang cuba jatuhkan semangat aku. Tapi aku cuba jugak. Aku pam jugak walaupun angin je yang keluar.

Kenapa ye aku relaktasi? Bukan sebab nak kan pujian. Jauh sekali nak menunjuk aku ni orang yang tabah. Sebenarnya air mata aku lagi banyak keluar berbanding susu. Memang payah..tapi kenapa aku nak juga relaktasi walaupun susah?

Sebabnya aku tak mahu terus rasa bersalah kat Yamin. Dulu aku tak tahu apa2 info pasal penyusuan ibu. Sekarang apa lah salahnya aku cuba beri Yamin yang terbaik..(walaupun sikit). Aku nak Yamin merasa air susu ibu. Hanya itu sahaja tujuan aku relaktasi. Oleh itu, aku harap sangat2 orang2 sekeliling aku faham. Itu sahaja yang aku perlu kan..

AKSI YAMIN

Hari ni genap Yamin 1 tahun 3 bulan. Makin besar, makin banyak pulak perangai baru dia. Makin banyak barang aku & Opah di'kerjakan'. Yang rosak toksah cakap lah..pastu dah pandai turun naik katil. Kadang2 sampai seram aku tengok gaya dia. Kalau tengok tv dah tak moh baring2 kat bawah..nak baring atas sofa..
Pastu perasan kecik..nak duduk dalam besen..Apa2 aje la Yamin. Ibu ikut aje..