Friday, July 24, 2009

DAH OK..

Hari ni aku dah dapat buang segala kesedihan..aku dah ok. Fikiran pun dah tak berserabut (walaupun skang tengah tak sihat..demam + batuk + selsema). Hasil tenusu dah meningkat sikit dari minggu lepas..Alhamdulillah. Walaupun tak banyak mana, tapi aku tetap bangga dgn hasil tenusu aku..hehe! Biar lah sekali perah kadang2 tak sampai 0.5 oz. Aku kumpul jugak..Aku nak Yamin rasa betapa lazatnya susu ibu. Sebab tu aku tak boleh menyerah sekarang. Aku tak boleh berhenti pam. Aku kena selalu fikir positif. Aku kena gembira dengan apa yang aku buat sekarang...

p/s: Terima kasih banyak-banyak pada sahabat-sahabatku yang tak henti-henti memberi semangat. Allah saja yang boleh membalas jasa kalian.. :)

3 comments:

  1. Salam Liza..

    alhamdulilah.. macam tu le.. jgn sedih2.. jgn tensi-tensi..

    biar dapat tak banyak mana janji Yamin menikmati kelazatan Si ibundanya :)

    oh ya.. ada tag untuk mu sila ambil di blog akak :)

    ReplyDelete
  2. betul tu...walaupun sedikit kita kumpul jugak...sikit2 lama2 jadi bukit kan...teruskan usaha dengan lebih gigih tuk saya dan juga kamu...hehehe...

    ReplyDelete
  3. Salam mimie,

    Biar susu sikit, dari tak de langsung kan..(ayat penyejuk hati..)

    nanti ku jengah ambik tag tu :)

    Iz-ann,

    Sama-sama kita USEHA..USEHA..USEHA..

    ReplyDelete