Tuesday, August 18, 2009

KENAPA AKU RELAKTASI?

Ayat2 lazim yang selalu aku terima..

"Kenapa ye ko susah2 nak pam susu? Susu ko bukan banyak pun. Kan bagus bagi susu tepung je.."

Tak kurang juga yang cakap..

"Bagus la semangat ko..kuat betul. Kalau aku, mesti tak mampu nak buat macam ko.."

Haha..tu la ayat2 yang sentisa diucapkan orang2 sekeliling aku. Kenapa? Sebab aku cuba relaktasi masa Yamin dah hampir 10 bulan. Dan susu aku memang dah kering kontang. Aku hanya pam angin pada bulan2 yang pertama. Memang sedih masa dengar cakap2 yang cuba jatuhkan semangat aku. Tapi aku cuba jugak. Aku pam jugak walaupun angin je yang keluar.

Kenapa ye aku relaktasi? Bukan sebab nak kan pujian. Jauh sekali nak menunjuk aku ni orang yang tabah. Sebenarnya air mata aku lagi banyak keluar berbanding susu. Memang payah..tapi kenapa aku nak juga relaktasi walaupun susah?

Sebabnya aku tak mahu terus rasa bersalah kat Yamin. Dulu aku tak tahu apa2 info pasal penyusuan ibu. Sekarang apa lah salahnya aku cuba beri Yamin yang terbaik..(walaupun sikit). Aku nak Yamin merasa air susu ibu. Hanya itu sahaja tujuan aku relaktasi. Oleh itu, aku harap sangat2 orang2 sekeliling aku faham. Itu sahaja yang aku perlu kan..

14 comments:

  1. Salam Liza..

    ko ni buat airmata ku bergenang jer.. sedih.. terharu.. baca enty mu ini. mujur kawan sebelah tak perasan ku kesat mata b4 ia jatuh menjurai..

    ReplyDelete
  2. beb jgn risau..kami menyokong mu..xper..insyaAllah..ader rezki yamin nk minum susu ibu dier...benda baik..Allah balas baik nnt...

    ReplyDelete
  3. Liza,

    Hanya seorang ibu sahaja yg tahu apa yg terbaik tuk anaknya sendiri..
    kami semua ada di sisi hang..

    ReplyDelete
  4. bravo..bravo sebab nak jugak berusaha nak provide susu utk anak..respect..tabik spring!!

    i support u dr segi emosi, ok?

    ReplyDelete
  5. Mimie, ku tak bermaksud nak emo..hehe! Tapi tu la..kadang2 ku naik bosan dgn cakap2 orang keliling

    mamanoa, rozy & mama-miya..trima kasih bebanyak atas sokongan. Ku betul2 perlukannya

    ReplyDelete
  6. Tahniah buat akak...akak leh jd contoh pd ibu-ibu lain yang dh rasa nk giv up...Bangga Yamin ada ibu yg tabah...

    ReplyDelete
  7. Cici, trima kasih. Lum boleh jadi contoh lagi..hasil pun masih ciput. Doa kan akak yek :)

    ReplyDelete
  8. insyaallah dgn semangat dan usaha yg tinggi anda pasti berjaya...
    tahniah.... anda mmg ibu yg hebat!

    ReplyDelete
  9. Cici akan sentiasa doakan akak dan semua ibu-ibu yg tabah dan mahu beri yg terbaik utk anak.....

    ReplyDelete
  10. lailasani, trima kasih. Mudah2an kita semua jadi ibu yang hebat pada keluarga tercenta :)

    ReplyDelete
  11. Semoga dipermudahkan perjalanan penyusuan normaliza....ibu mesti kentaLLLLL!!!

    ReplyDelete
  12. Azrina..makin berkobar2 plak rasanya dgn ayat 'ibu mesti kental' tu :)

    Moga2 perjalanan penyusuan kita & ibu2 lain dipermudahkan Allah..AMIN!

    ReplyDelete
  13. pedulikan ape prg lain ckp..janji kita nak buat yg terbaik utk anak...hmm..leh kongsi pengalaman ni :) sy baru nak mula relaktasi..ank sy reject Bf umur 4 bulan...kuciwa jugak pastu berhenti pump susu sebulan..skrg baru tau pasal relaktasi sbb tu nak cuba..nak pam & simpan as EBM..

    ReplyDelete
  14. Catlina,

    anak saya pun tak direct stat umur 4 bulan. pastu plak dgr 'orang' cakap kalau pam, susu akan kering. rupa2nya tak pam lagi la susu kering. anak dah 10 bulan baru tau pasal relaktasi.

    Mari kita usahakan bersama2 :)

    ReplyDelete