Wednesday, September 29, 2010

BERJUMPA PENGAMAL PERUBATAN ISLAM

Sejak dalam pantang lagi anak saya Umar Bunyamin selalu je menangis. Kata mak saya sebab ada 'benda' kacau. Saya pun saspen jugak. Sebab masa dalam pantang saya ada juga kena 'tindih'. Dah la tu, siap nampak lagi camana bendanya. Rambut panjang hitam dgn baju putih. Series..memang saya nampak benda tu..

Puas la saya berubat. Alhamdulillah ok..tapi tak lama mesti datang balik. Sabtu lepas, tepat pukul 2 pagi Yamin stat mengamuk lagi. Masa tu hasben keje malam pulak tu. Nasib baik la rumah sewa saya satu blok dengan rumah dgn mak. Sudahnya, malam tu mak terpaksa tinggalkan abah sorang sebab kena tido dengan saya..

Ingat kan malam tu je Yamin ngamuk2. Tapi berlarutan sampai ke semalam. Sebab dah tak larat, malam semalam saya bawa Yamin jumpa sorang ustaz kat Wangsa Maju. Kalau dikira, ni orang yang kelima saya bawa Yamin gi berubat.

Tapi semalam la yang paling saspen yang penah saya rasa sepanjang saya berubat. Mula2 ustaz tu minta saya genggam daun sirih yang dah di sapu dgn kapur. Saya disuruh baca selawat, fatihah 1x dan doa dalam hati "Ya Allah, tunjukkan lah apa penyakit anakku Umar Bunyamin bin Normaliza" siap kena cakap nama sendiri tu yang tak tahan tu.

Bila dah buka daun sireh tu, ustaz cakap masalahYamin berpunca dari uri. Jadi ustaz suruh siramkan sikit air yang dah dibacakan ayat suci tu kat atas tempat tanam uri. Sambil2 cakap tu ustaz pakai sarung tangan. Ingatkan nak buat apa la..tup2 dia panggil saya. Ustaz cakap selalu kalau ada masalah kat uri, mesti ada kaitan dgn ibu.

Saya pun duduk la bersila mengadap ustaz. Dia pegang tangan saya sambil baca ayat suci. Tiba2 je saya rasa tangan saya macam kena karen. Dalam hati dah mula tertanya2 dah. Dalam duk tertanya2, ustaz tu picit lengan saya. Ya Allah sakitnya..pastu dipicit pulak tangan kanan. Naik berpinar saya tahan sakit. Ustaz cakap dalam badan saya ada 'benda'. Adoi..takutnya saya dengar..

Lepas tu saya disuruh berlunjur. Sambil2 baca ayat suci, ustaz tekan pangkal peha saya. Ya Rabbi...sakitnya macam tulang ni diketuk dengan batu yang besar. Kiri kanan peha saya kena tekan. Abah saya kata, masa ustaz tekan peha saya kaki yamin pun terangkat sekali. Abah saya masa tu pangku Yamin yang tgh tidur..

Lepas pada kena picit tu, mak saya tanya sakit ke? sebab dia nampak ustaz tu tak la tekan kuat sangat. Dia pegang macam biasa je..Ha? Pegang macam biasa? Tapi saya rasa sakit sangat...badan pun macam jadi lesu. Masa kena tekan tu, saya teringat pulak cerita kat tv yang orang terjerit2 masa pengamal perubatan islam duk picit badan nak keluarkan j*n..takutnya...!!!

Rupa-rupanya dalam badan saya ni ada 'benda', tu yang Yamin turut terkena tempiasnya. Semalam saya diberi garam bukit untuk saya dan Yamin mandi selama 6 hari sebagai ikhtiar supaya 'benda' tu keluar dari badan saya.

Menurut ustaz lagi, saya kena datang balik untuk berubat sebab dia nak tahu samaada 'benda' ni adalah saka, orang hantar, atau 'benda' singgah..Alahai..takut betul saya dengar..huhu

Sampai sekarang saya duk tertanya2..betul ke apa yang saya dengar semalam? kena percaya ke? wujud ke benda ni? Macam2 soalan duk berpusing2 dalam kepala otak ni..




12 comments:

  1. ttp dlm perubatan islam pn ada myatakan jin suka dudk dlm salur darah kita.....Insyallah moga yamin n nor cpt smbuh...kalu boleh amalkan surah manzil.....

    ReplyDelete
  2. salam perkenalan,
    yg penting kita ikhtiar... mmg kita kena percaya jugak dengan 'benda2' ni... ia wujud cuma kita tak nampak....
    semoga cepat sembuh yer... amalkan selalu ayat seribu dinar... bila anak akak nangis, akak selalu jugak baca ayat seribu dinar, then usapkan kat ubun ubun...

    ReplyDelete
  3. kak nza - tu la, cuma tak sangka kena kat saya pulak. Terima kasih kak :)

    ReplyDelete
  4. Nur - Salam perkenalan..
    Moga2 ikhtiar kali ni mendatangkan hasil..Insyaallah akak akan amalkan ayat tu. Terima kasih ye :)

    ReplyDelete
  5. ohh gini ke kesahnya..
    ikhtiarlah norma.. takut juga jika ade org yg 'antor2' ni... semoga norma bertambah sihat..

    ReplyDelete
  6. kak yong - tu la..tak sangka plak zaman skang ada juge org nak wat camni..huhu

    ReplyDelete
  7. boleh saya dapatkan alamat pengamal perubatan berkenaan?

    ReplyDelete
  8. Wan - Ustaz Hadi. No. 102, Blok B3, Seksyen 1 Wangsa Maju. H/P : 012-2573595
    Kena call dulu ye kalau nak jumpa..

    ReplyDelete
  9. Terima kasih kak norma.

    ReplyDelete
  10. isteri saya pernah berubat dengan Ustaz Hadi - Alhamdulillah...dengan izin Allah telah sembuh...akhir zaman....sihir berleluasa

    ReplyDelete
  11. No ustaz hadi tu takde dalam perkhidmatan. Boleh bagi no fon baru dia?

    ReplyDelete
  12. No ustaz hadi tu takde dalam perkhidmatan. Boleh bagi no fon baru dia?

    ReplyDelete