Hari isnin dengan hari selasa..dua hari saya EL. Menguruskan hal ahli keluarga yang tak sihat. Yamin masih batuk + muntah2. Dua kali pegi klinik, siap cek darah bagai. Doktor kata terkena jangkitan virus. Tak merbahaya tapi sakitnya akan berlanjutan. Makan minggu juga nak baik.
Pagi semalam en. suami sesak nafas pulak..kena asma. Mujur la tak serius sangat. Masa en. hasben berehat dalam bilik, saya tinggalkan yamin sekejap atas sofa kat depan. Saya masuk bilik air kejap. Bila kuar, saya tengok yamin layu jer atas sofa. Pandang saya pun tak bermaya.
Cepat-cepat saya pegi kat dia. Rupanya kat mulut yamin asyik mengalir aje muntah. Kat baju dah penuh dengan muntah. Camtu gak kat atas sofa. Aduhai..macam nak tercabut jantung saya masa tu. Badan yamin dah lembik sangat. Adoi..memang betul2 rasa berat dugaan masa tu. Dah la berhari tak dapat tidur malam. En. hasben, tunjang kekuatan saya pulak sakit.
Nak menangis tak boleh. Kang sape pulak nak pujuk saya.. Kena kuatkan semangat..KUAT..KUAT..!! Mujur petang tu en. hasben beransur baik. Yamin aje masih batuk-batuk.
Yamin kalau batuk memang susah sikit nak baik sebab ada keturunan asma. Kalau penat main, mula la dia muntah-muntah..Tapi tetap jugak lasak..sampai nak terkeluar anak tekak saya menjerit. Yamin..cepat sembuh ye. Rindu la ibu 'marah-marah sayang' yamin,,huhu
saya memahami.
ReplyDeleteTerus kuat dan tabah ye.
ujian Allah tuk buat kite lagi kuat.
saya pun turut memahami jgak... kalu anak kecik saya demam.. sya pun demam jgak.. tu lum pakej demam beramai2 dalam rumah tu... tpaksa la panggil mak dari kg..
ReplyDeletehuhuhu...
mimi - trima kasih. mudah2an kita dapat menjadi insan yang lebih tabah dan kuat..amin :)
ReplyDeleteustaz - sekarang musim kan..kalau aku duk rawang nanti, kena panggil gak mak aku kot. Dah jauh..huhu
ReplyDeleteLiza, moga keluarga cepat sembuh. Saya nipun belum baik demam sepenuhnya, batuk kong kong kong dua beranak asyik lawan muntah time malam. Lagi penat sebab sendiri pun sakit nak jaga anak yang sakit.
ReplyDeleteSemalam saya muntah-muntah teruk sebab batuk. Prof saya syorkan makan madu asli yang dicampur dengan telur ayam kuning mentah.Malam tadi saya buat, alhamdulillah dah takde batuk sampai tahap nak muntah. lendir-lendir dalam saluran nafas jadi solid dan mudah keluar. Untuk anak, saya bagi madu je satu sudu KFC tu, alhamdulillah malam tido lena. Mudah-mudahan mujarab. Boleh cuba pada Yamin, madu memang baik untuk masalah pernafasan.
MAIA - O..terima kasih atas info ni. Memang tak terfikir pulak pasal madu. Balik nanti boleh cuba. Harap2 mujarab..
ReplyDeleteSemoga awak pun cepat sembuh yer.. :)
moga yamin n abahny cpt sembuh...sabar ye....
ReplyDeletekak nza - terima kasih. Dua beranak tu memang sama je pesen sakitnya..huhu
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletesemoga semuanya cepat sembuh dan berolah kesejahteraan ye...:)
My Little Diary - terima kasih..mudah2an..AMIN
ReplyDeleteNorma,
ReplyDeletekalo gini keadaan, memang harus kuat semangat...
x g amik nebulizer ke ?
kak yong - tu la, bila dah jadi camni mula la hati tu rasa nak berenti keje je..Yamin pulak memang mudah dapat batuk & muntah2 camni..huhu
ReplyDelete