Saya tak berapa nak kisah tentang apa yang cakap. Kadang-kadang saya buat2 tak dengar atau buat masuk telinga kanan, kuar telinga kiri.
Tapi kadang-kadang memang tak dinafikan, hati saya amat-amat terguris dengan nada dan ayat yang dikeluarkan.
Ramai yang tanya saya bila nak tambah bilangan anak. Belum ada rezeki..itu je yang mampu saya jawab. Langsung tak terdetik perasaan sedih atau apa. Bagi saya mmg lumrah orang nak tanya soalan2 camtu. Lagi pulak yamin dah nak masuk 3 tahun.
Dulu pun sebelum dapat yamin, hampir setahun juga saya 'kosong'. Sampai ada mak cik kat rumah pegang perut saya sambil cakap "takde isi lagi ke?" Saya senyum je..tak terasa langsung pun.. :)
Tapi yang buat saya sedih & terguris amat sangat..ada soalan2 yang dikeluarkan berbunyi
"ko tu tak reti-reti lagi ke nak bagi yamin adik"
"ko bila nak ngandung lagi? Nak tunggu umur dah tua ke baru nak ngandung?"
Aduh, sungguh2 saya terpana dgn ayat sebegitu..Kenapa ada manusia yang cakap langsung tak berlapik? Diaorang tak sedar ke itu semua bukan dalam bidang kuasa saya.
Memang kalau boleh, saya nak anak seramai yang mungkin. Nak anak kedua secepat yang mungkin kerana anak pertama saya tak mampu saya sediakan susu ibu yang secukupnya (kerana jahil tentang ilmu penyususan).
Maka saya nak anak kedua secepat yang boleh supaya saya boleh berikan susu juga kepada yamin. Tapi saya manusia biasa. Hanya mampu merancang. Allah yang lebih mengetahui.
Ayat-ayat di atas tu seolah-olah menghukum saya kerana masih tidak mengandung. Padahal saya langsung tidak mengambil sebarang pil perancang mahu pun menggunakan apa jua kaedah moden untuk menjarakkan kelahiran. Sudah belum rezeki..
Hmm..tiba-tiba pulak emisional hari ni. Kalau boleh tak nak la bende2 macam ni mengganggu mood saya. Tapi tu lah..saya hanya manusia biasa. Mmg sedih sangat2 sampai ter'menangis' juga lah dibuatnya..huhu
Sabo ajelah kan..Allah lebih mengetahui.. :)
siyes mmg terasa dgn ayat2 mcm tu...tkpe2 biar kan...sabar byk2 ok..!
ReplyDeletesabar jelah...sib baik sy takde org tanya lagi..klau ade pun dlm nada gurau2..tp mcm ila mmg plan pun...hehhee
ReplyDeletebiasa la mulut org nor, mcm2 mrk boleh keluarkan kata2 tnpa perdui perasaan org..akak dulu susah nk dpt anak pn org kata n bila asyik branak pn org kata.....sabar jelh...
ReplyDeletePersetankan aje apa cakap org tak bertamadun tu. Wah..saya pulak yg emo. Teruskan jangan terasa dgn cakap2 sebegitu sebab menyakitkan hati je. Patutnya hal-hal dalam kain mcm tu takde sapa boleh ambik tau.
ReplyDeleteSaya kalo org sibuk tanye saya akan jawab "saya tunggu awak kuarkan dulula...Boleh?" Sambil senyum sinis.
ReplyDeleteSebuk jek. Awak yg dh 3 tahun.. saya yg anak x sampai setahun pun org sibuk tye gak.
Xde keje lain ke ape nk campur hal org..
Fieza - tula..kalau tanya je tak kisah lagi. ni soalan tu macam salahkan kite plak tak peknen lagi..ish!
ReplyDeleteIla - kat opis ni pas sorang..sorang peknen. Memang kena tahan telinga je la ngn mulut2 orang dalam ni..huhu
ReplyDeleteKak nza - itu salah..ini pun salah..ada je yang tak puas hati..kan kak..
ReplyDeleteMAIA - a'ah..semua tu kan luar kuasa kita. tapi ada gak yang tak paham2. rasa nak fire je mereka2 yg laser tu..
ReplyDeletemimi - kalau tanya je takpe, ni siap sindir. nanti la..saya belajar cara nak jawab sindiran tu dgn 'halus & bermakna'..ok gak kan..
ReplyDelete