Friday, November 18, 2011

Pelangi

Pemandangan petang semalam dalam kul 6.30...







Dalam tempoh 3 bulan duk rawang, ni kali ke dua nampak pelangi. Kalau duk PJ dulu memang payah sangat2 nak nampak pelangi..Mungkin sebab duduk pun kat Taman Pinggiran Pelangi kot..hehe

Cantik sangat warna2 pelangi tu kan..


Sedikit info tentang pelangi (drpd Mr. Google) :


Pelangi merupakan fenomena optik dan meteorologi yang menghasilkan spektrum cahaya (hampir) selenjar di langit apabila matahari bersinar semasa hujan turun. Ia merupakan satu lengkung yang berwarna-warni dengan warna merah di lengkung paling luar dan ungu di lengkung paling dalam. Mengikut urutan, warnanya ialah merah, jingga, kuning, biru, indigo dan ungu.

Pelangi dihasilkan apabila cahaya terbias melalui titik air di udara. Sebab itulah pelangi selalu dapat dilihat selepas hujan. Ia berbentuk melengkung (bulat) kerana titisan air di udara berbentuk bulat/sfera. Namun biasanya bahagian bawah pelangi itu 'terlindung' oleh bumi. Fenomena pelangi ini juga boleh dilihat dengan membelakangi matahari dan menyembur air pada hari yang cerah


Hebatnya Kuasa Allah

8 comments:

  1. dah lama tak nampak pelangi...yelah,dok terperuk dalam rumah je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ila, kalau kat rawang ni mmg selalu ada pelangi. meh jenjalan kat sini

      Delete
  2. bila nampak pelangi kan liza. aku teringat quote: "everybody want happiness, no one want pain, but you cant have rainbow..without a little rain"

    aku teruja sungguh bila hujan turun dengan lebatnya.. bunyi hujan pun mengkagumkan. Begitu juga pelangi.. Hebat sungguh Kuasa Allah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mendalam sungguh peribahasa tu...aku setuju sangat2.. :)

      Delete
  3. Pelangi... Lame tak nampak yg real depan mate...selalu nampak kek pelangi je depan skrin hihiii (loyar buruk pulak, kannnn) tp betullah tu...klu dah asyik dok ngadap tenet je, x kua2 dr umah, nampak kek pelangi jela org dok tayang sane sini (fb,blog dll)....

    Salam kenal :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kek pelangi pun ok..janji ada pelanginya..hehe

      Delete
  4. Wah..... dah namanya 'pinggiran pelangi'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la rin, sejak duk taman pinggiran pelangi ni..mmg selalu nampak pelangi

      Delete