Showing posts with label cup cake. Show all posts
Showing posts with label cup cake. Show all posts

Wednesday, July 28, 2010

PELBAGAI AKTIVITI DALAM SEBULAN

Rasanya dah lama betul blog ni sunyi sepi. Tapi dalam duk sepi tu, banyak agenda yang saya buat.


Antaranya, tempahan cup cake..


Pastu saya sempat gak belajar buat tart nenas..




Coklat..


Dan baju..




Owh..rasa bahagia sungguh bila dapat buat aktiviti kegemaram camtu. Rasa berbunga aje hari2 saya..sebab dalam duk buat segala macam benda tu, otak saya duk terpikir "tak lama lagi boleh la saya jadi WAHM"..

Aduh, saya amat menantikan saat tu..bila agaknya ye...


Monday, May 24, 2010

TEMPAHAN KEK LA PULAK..

Hari sabtu lepas tgh sibuk buat cup cake untuk hari jadi yamin, jiran depan rumah mintak tolong buatkan kek. Ingatkan sebiji, saya terima aje la. Rupa2nya 3 biji. Aduh..memang betul2 kena bersilat! Mana nak buat cup cake yamin untuk hari ahad, tempahan pun nak hari ahad...Tapi awal2 saya cakap tak leh nak letak icing sbb mmg tak sempat..Tu pun mujur adik saya & akak sebelah rumah datang tolong..

Upahnya sampai sekarang saya tak bagitau lagi sebab saya pun tak tahu nak charge berapa..hehe. Lagi pun akak yang menempah ni tolong saya gorengkan bihun untuk hari jadi yamin..camana yek?


2 biji kek ni saya bagi petang sabtu


Kek ni saya bagi pagi ahad..


Ni pulak cup cake untuk bday yamin. Untuk hari tu, tak tahu la berapa kali saya buka peti ais. Seronok tgk banyak kek..hehe


Friday, April 23, 2010

AKTIVITI PETANG SEMALAM..

Oleh kerana semangat membuat cup cake masih berkobar2 lagi dalam sanubari saya, maka petang semalam lepas je balik kerja, terus saya singsing lengan baju dan mula membancuh kek.

Operasi bersama adik bongsu saya bermula dari pukul 6 ptg hingga la hampir ke sebelas malam..hampir nak tercabut juga lah kepala lutut saya ni. Mana nak kejar yamin, mana nak buat kek. Tapi akhirnya saya berjaya juga..huahaha! (gelak hero..)

Ni la hasil 'keras tangan' kami semalam..





Satu bancuhan dapat dalam 42 biji..dapat la bawa sorang sikit ke ofis bagi kawan2 rasa..

Petang ni kalau sempat, nak buat lagi untuk bawa balik kampung esok. Wah..wah..berkobar2nya saya..


Tuesday, April 6, 2010

BELAJAR MEMBUAT CUP CAKE

Hari ahad lepas saya pergi ke kelas membuat cup cake..hehe. Macam2 pulak saya nak belajar buat skang ni. dah puas menjahit, nak belaja buat kek pulak.

Mak saya sekadar pandang senget2 je dengan niat murni saya ni. Tak pe..dulu masa saya nak belaja menjahit pun, mak saya pandang macam tu jugak. Siap ada ayat "mana ada orang beranak kecik menjahit baju"

Tapi bila saya dah mula terima tempahan baju, pandangan tu dah berubah menjadi pandangan kagum..(ni pada fikiran saya je..hehe!).

Meh kita Layan gambar dulu..

Step 1 : Ni la dia cup cake yang bakal di'kerja'kan..


Step 2 : Khusyuk menarah cup cake yang tersembul..


Step 3 : Proses menempek icing


Ni la cup cake yang dah ditempek icing


Sebelum buat deco kat kek, cuba try test kat piring dulu..


Tara....ni la hasil kerja tangan saya..




biar saya terangkan satu2 makna lukisan saya tu..
dari kiri..bunga, big bird, lady bird, spider-man, bola, spider web, rama2, elmo, bintang & mahkota..




Sekali pandang, macam hasil lukisan budak sekolah rendah je kan..hehe! Kena banyak praktis ni..usaha tangga jaya...ekeke!

Nampaknya skang saya kena buat rombakan jadual secara besar-besaran. Nak bahagikan masa antara menjahit & buat kek..Ohhh..mampukah saya???..