Showing posts with label saya memasak. Show all posts
Showing posts with label saya memasak. Show all posts

Monday, January 10, 2011

Nasi lemak..cubaan yang ke-3

Semalam hari ahad..kebetulan en. hasben pulak keje malam. Jadi..tara.....

Sarapan pagi yang agak berat. Ni cubaan ke-3 saya untuk buat nasi lemak. Sebelum ni nasi tu macam tak berapa nak menjadi. Semalam tang sambal plak..macam ada rasa yang tak kena.

Hai..bila la nak jadi sedap yang macam mak masak. Punya la bertungkus lumus saya kat dapur..pukul 10.30 pagi baru boleh makan.

Kesian budak ini..macam kelaparan sangat dah..hehe



Azam baru tahun ni..saya akan cuba sebanyak resepi yang boleh..biar bertambah bulat en. hasben..hehe. Biar yamin cakap "ibu masak sedap la..". Bila la agaknya tu yer..




Wednesday, June 23, 2010

IBU MEMASAK..

Nampaknya sekarang ni saya kena rajin-rajinkan diri memasak setiap hari. Sebabnya bila malam je Yamin akan pergi ke dapur dan cakap "nak makan nasi". Dan paling penting, dia akan makan banyak kalau ibu dia ni yang masak. Tak kisah la lauk apa..mesti licin pinggan (kalau tak kira sekali dgn nasi yang jatuh la..hehe)


Semalam cubaan pertama masak ayam halia..hehe. Mula2 air tu sikit aje. Tapi dah terlebih garam, terpaksa buat ayam halia berkuah..boleh la kan. cubaan pertama tak semestinya jadi :p


Ha..ni pulak aksi yamin makan. Nampak berselera kan..tu yang buat saya tambah seronok nak masak sambil bersilat dgn yamin..


Lepas makan tu mmg dah jadi aktiviti wajip la mengelap meja, kerusi ngan lantai. Memang bersepah sangat2. Tapi takpela, janji yamin makan banyak kalau dia suap sendiri..Ibu rela Yamin..huhu!