Showing posts with label Famili. Show all posts
Showing posts with label Famili. Show all posts

Monday, December 13, 2010

SELAMAT HARI LAHIR ABAH

Hari ni genap usia abah 60 tahun. Selamat Hari Lahir Abah. Hmm..abah sudah semakin tua. Walaupun umur abah sudah 60 tahun, abah masih lagi bekerja. Fizikal abah tidak menggambarkan usianya. Alhamdulillah hingga ke saat ini abah masih lagi dikurniakan kesihatan yang baik. Moga-moga abah sentiasa sihat hendaknya.

Hari lahir abah selang sehari saja dgn hari lahir saya. Sebelum saya berkahwin, memang setiap tahun kami akan sambut bersama. Sama-sama potong kek memang dah jadi tradisi wajib kami berdua..ekeke.

Tapi sejak berkahwin, baru sekali je rasanya kami sambut bersama. Aduh..moga-moga dengan adanya keluarga sendiri saya masih lagi mampu menjadi anak yang baik..yang mampu berbakti kepada mereka yang tersayang..

Ya Allah, kurniakan abah kesihatan yang baik, bahagiakan hatinya, kabulkan setiap permintaannya. Berikan aku kesempatan dan peluang untuk berbakti kepada kedua ibu dan bapa ku selagi nyawa di kandung badan..ku mohon dengan sangat Ya Allah..AMIN..

Thursday, August 12, 2010

SERANGAN PENYAKIT

Akhirnya hari ada juga masa jenguk blog. Minggu ni agak sibuk sikit dgn kerja sebabnya minggu lepas sehari aje saya datang kerja. Selebihnya saya MC. Kami sekeluarga diserang cirit-birit dan muntah-muntah.

Mula2 sekali Yamin yang kena. Di ikuti dengan adik perempuan saya, lepas tu saya dan penutupnya abang saya. Nasib baik yang lain tak terkena jangkitan.

Tapi kesian dekat mak..sampai bengkak dua2 buku lali sebab terkejar2 menguruskan orang2 yang sakit..Terima kasih banyak2 atas segala pengorbanan mak..KAMI SEMUA SAYANG MAK..mmuah!!

Ni pulak gambar pesakit kecil..nampak lesu aje..


Roti tu hanya mampu pegang aje. Nak makan tak selera..kesian...

Syukur, skang semua orang dah sihat. Cuma yamin je yang baru menunjukkan selera nak makan.

Memang risau sangat hati ni masa yamin tak sihat. Siap cakap "yamin sihat la..ibu tak kisah kalau yamin selalu kacau ibu jahit, janji yamin sihat.."

Tapi bila yamin dah sihat, ayat lain pulak yang keluar "yamin jgn la kacau, ibu nak jahit ni..yamin main kat sana dulu ye.." Hehe...tak patut kan...


p/s : Pada kawan-kawan semua, selamat menjalani ibadah puasa & semoga kita semua mendapat keberkatan & keredhaan dari-Nya..

Monday, March 15, 2010

MAK SAYA TERJATUH..

Pagi Jumaat lepas mak saya terjatuh kat dapur..otot kat pelipat kaki terseliuh. Akibatnya kedua2 kaki bengkak & kaki kiri tak boleh jalan. Nasib baik la pagi tu saya lewat sikit ke pejabat & hasben pulak keje malam. Bila dapat tahu je mak tak boleh berjalan, jantung saya macam nak pecah. Takut sangat sebab arwah opah saya (sebelah mak) juga lumpuh kedua2 kaki. Tapi mujur kaki kanan mak boleh gerak lagi.

Saya dgn hasben carikan tongkat untuk mak sementara nak tunggu klinik buka. Kat klinik, mak kena satu suntikan untuk legakan otot kaki yang tegang tu. Syukur ptg tu mak dah boleh jalan sikit2 dgn menggunakan tongkat. Sekarang pun mak masih perlukan tongkat untuk berjalan..huhu..sedih saya! Moga2 mak cepat sembuh..

Pagi ni Yamin saya tinggalkan dgn hasben saya yang keje malam. Kesian hasben saya..baru balik keje dah kena jaga Yamin. Nampaknya saya kena cari nursery untuk Yamin. Tak pun..saya je yang berenti keje....

Aduh..sungguh saya takde mood nak kerja hari ni...huhu!

Monday, June 22, 2009

MAJLIS PERTUNANGAN

Ekceli dah dua minggu majlis ni berlangsung. Tapi hari ni baru berkesempatan nak update entri ni. Alhamdulillah majlis berlangsung dengan selamat. Pihak lelaki membawa sebanyak 17 dulang dan dibalas dengan 21 dulang oleh pihak perempuan. Tak jauh mana pun kitaorang menghantar. Rumah mak tam aku kat tingkat satu, rumah pihak perempuan pulak kat tingkat 4..satu blok plak tu. Tapi penat gak lah duk naik tangga..


HANTARAN DARI PIHAK LELAKI

ORANG SIBUK BAWA DULANG, AKU KENDONG YAMIN JE..MENGAH DIBUATNYA!!


HANTARAN BALAS DARI PIHAK PEREMPUAN

MACAM BIASA, MUKA SI KECIK NI YANG PALING BANYAK KALAU BUAT APA2 MAJLIS PUN..