Gambar2 kat atas adalah hasil perahan aku untuk hari ni. Sejak sakit ari tu, hasil tenusu aku memang merudum teruk. 3 oz dah macam dalam kenangan..huhu! Apakah ini tandanya penghujung perjuangan relaktasi ku?? Aduh..sedey..sedey..
Lebih buat aku rasa sedih..tiap kali lepas abis pam, mesti yamin ngekor bontot aku. Tunggu aku tuang susu tu dalam sudu & suap kat mulut dia. Huhu..kalau sebelum ni yamin minum susu ibu ikut botol, skang guna sudu je. Kalau nasib baik, dapat la 3-4 sudu. Kalau tak, dalam sesudu je. Aduh..kesian anak ibu..
Showing posts with label Hasil Tenusu. Show all posts
Showing posts with label Hasil Tenusu. Show all posts
Thursday, November 12, 2009
Tuesday, August 18, 2009
KENAPA AKU RELAKTASI?
Ayat2 lazim yang selalu aku terima..
"Kenapa ye ko susah2 nak pam susu? Susu ko bukan banyak pun. Kan bagus bagi susu tepung je.."
Tak kurang juga yang cakap..
"Bagus la semangat ko..kuat betul. Kalau aku, mesti tak mampu nak buat macam ko.."
Haha..tu la ayat2 yang sentisa diucapkan orang2 sekeliling aku. Kenapa? Sebab aku cuba relaktasi masa Yamin dah hampir 10 bulan. Dan susu aku memang dah kering kontang. Aku hanya pam angin pada bulan2 yang pertama. Memang sedih masa dengar cakap2 yang cuba jatuhkan semangat aku. Tapi aku cuba jugak. Aku pam jugak walaupun angin je yang keluar.
Kenapa ye aku relaktasi? Bukan sebab nak kan pujian. Jauh sekali nak menunjuk aku ni orang yang tabah. Sebenarnya air mata aku lagi banyak keluar berbanding susu. Memang payah..tapi kenapa aku nak juga relaktasi walaupun susah?
Sebabnya aku tak mahu terus rasa bersalah kat Yamin. Dulu aku tak tahu apa2 info pasal penyusuan ibu. Sekarang apa lah salahnya aku cuba beri Yamin yang terbaik..(walaupun sikit). Aku nak Yamin merasa air susu ibu. Hanya itu sahaja tujuan aku relaktasi. Oleh itu, aku harap sangat2 orang2 sekeliling aku faham. Itu sahaja yang aku perlu kan..

Friday, July 24, 2009
DAH OK..
Hari ni aku dah dapat buang segala kesedihan..aku dah ok. Fikiran pun dah tak berserabut (walaupun skang tengah tak sihat..demam + batuk + selsema). Hasil tenusu dah meningkat sikit dari minggu lepas..Alhamdulillah. Walaupun tak banyak mana, tapi aku tetap bangga dgn hasil tenusu aku..hehe! Biar lah sekali perah kadang2 tak sampai 0.5 oz. Aku kumpul jugak..Aku nak Yamin rasa betapa lazatnya susu ibu. Sebab tu aku tak boleh menyerah sekarang. Aku tak boleh berhenti pam. Aku kena selalu fikir positif. Aku kena gembira dengan apa yang aku buat sekarang...
p/s: Terima kasih banyak-banyak pada sahabat-sahabatku yang tak henti-henti memberi semangat. Allah saja yang boleh membalas jasa kalian.. :)
p/s: Terima kasih banyak-banyak pada sahabat-sahabatku yang tak henti-henti memberi semangat. Allah saja yang boleh membalas jasa kalian.. :)
Tuesday, July 14, 2009
APA DAH JADI NI??
Nak kata masalah pam, rasanya S3 ku baru je di service minggu lepas. Aduhai..apakah yang sedang melanda 'kilang susu' ku ini..Kalau di simpan setiap titis susu ku, 3 hari baru dapat dalam anggaran 0.5 - 1 oz. Apa lagi yang harus aku buat?? Aku buntu..Aku harap sangat2 misi relaktasi ku tak akan berakhir sekerat jalan. Moga2 ada lagi rezeki untuk Umar Bunyamin..Kawan-kawan, tolong lah doakan daku..huhu!
Friday, May 22, 2009
HASIL TENUSU : Dulu dan Kini
Hari ni aku nak tunjuk sket perbezaan hasil tenusu ku masa awal2 dulu dengan sekarang. Walaupun tak semeriah mana, tetap buatkan aku tersenyum sampai ke telinga. Kalau dulu masa pam, susu aku kuar setitik-setitik..sabo aje la. Sekarang susu aku mula memancut keluar. Ni yang buat aku tertunduk-tunduk je masa ngepam. Orang kata masa pam tak digalakkan pandang botol..tapi aku lain plak. Masa ngepam la aku duk tertunduk-tunduk nengok botol. Suka bila tengok susu memancut. Dulu pam takde apa yang kuar..sekarang dah kuar susu..hooreyyy!!
Dulu Masa mula2 perah, banyak ni la yang aku dapat. Sikit sangat kan..tak sampai menutupi dasar botol pun. Tapi aku tetap simpan. Kumpul biar banyak sikit pastu baru bagi yamin.
Sekarang hasil mula meningkat dalam 0.5 oz untuk sekali perahan. Kalau nasib baik, dapat la 1 oz (tapi jarang2 sangat la..)
Subscribe to:
Posts (Atom)