Showing posts with label Stress. Show all posts
Showing posts with label Stress. Show all posts

Monday, April 18, 2011

Masih di landa ujian..

Tahun ni rekod kedatangan kat opis memang yang terburuk sepanjang 6 tahun lebih keje kat Lembaga nih..


2 minggu lepas dari 28/3 - 1/4 saya tak masuk opis. Sebabnya yamin kena demam campak. Takde sape yang boleh jaga. Mak sibuk jaga tok yang kena strok.


Minggu lepas pun seminggu saya tak masuk opis (dari 11/4 - 15/4). Kali ni saya dengan yamin demam + keracunan makanan. Malam ahad punyalah sedap kami dua beranak bedal Char Kuew Teow Udang. Esoknya terus perut rasa memulas & stat cirit birit. Saya punya had sampai hari khamis. Yamin pulak sampai pagi tadi masih cirit. Cuma dah tak merengek sakit perut.


Kalau sebelum ni, mesti yamin mencangkung sambil pegang perut & nangis sambil cakap "ibu..sakit perut..". Adoi..perasaan saya masa tu mmg tak boleh nak digambarkan. Kesian sangat2 kat yamin. Saya hanya boleh peluk dia sambil urut2 perut aje..dalam hati rasanya macam dah terkeluar air mata darah..


En. Hasben pun terpaksa ambik EL dari hari selasa..jaga isteri & anak yang tak bermaya keracunan makanan. Rasanya minggu lepas memang dugaan yang datang agak hebat. Moga2 ada hikmah sebalik kejadian ni..


Harap2 la lepas pada ni kami sekeluarga diberi kesihatan yang baik. Terutama sekali pada yamin. Kesian sangat kalau dia sakit. Badan dah la kurus, kalau sakit, bertambah-tambah kurus jadinya..


Ada tak sesapa yang tahu camana nak hilangkan cirit pada yamin?. Risau sangat. Dah 2 kali gi klinik, tapi masih cirit-birit lagi. Nasib baik la dia dah tak sakit perut. Kalau tak, mau saya tak gi keje lagi minggu ni..

Tuesday, February 22, 2011

Saya bukanlah orang yang mudah terasa..

Saya tak berapa nak kisah tentang apa yang cakap. Kadang-kadang saya buat2 tak dengar atau buat masuk telinga kanan, kuar telinga kiri.

Tapi kadang-kadang memang tak dinafikan, hati saya amat-amat terguris dengan nada dan ayat yang dikeluarkan.

Ramai yang tanya saya bila nak tambah bilangan anak. Belum ada rezeki..itu je yang mampu saya jawab. Langsung tak terdetik perasaan sedih atau apa. Bagi saya mmg lumrah orang nak tanya soalan2 camtu. Lagi pulak yamin dah nak masuk 3 tahun.

Dulu pun sebelum dapat yamin, hampir setahun juga saya 'kosong'. Sampai ada mak cik kat rumah pegang perut saya sambil cakap "takde isi lagi ke?" Saya senyum je..tak terasa langsung pun.. :)

Tapi yang buat saya sedih & terguris amat sangat..ada soalan2 yang dikeluarkan berbunyi

"ko tu tak reti-reti lagi ke nak bagi yamin adik"

"ko bila nak ngandung lagi? Nak tunggu umur dah tua ke baru nak ngandung?"

Aduh, sungguh2 saya terpana dgn ayat sebegitu..Kenapa ada manusia yang cakap langsung tak berlapik? Diaorang tak sedar ke itu semua bukan dalam bidang kuasa saya.

Memang kalau boleh, saya nak anak seramai yang mungkin. Nak anak kedua secepat yang mungkin kerana anak pertama saya tak mampu saya sediakan susu ibu yang secukupnya (kerana jahil tentang ilmu penyususan).

Maka saya nak anak kedua secepat yang boleh supaya saya boleh berikan susu juga kepada yamin. Tapi saya manusia biasa. Hanya mampu merancang. Allah yang lebih mengetahui.

Ayat-ayat di atas tu seolah-olah menghukum saya kerana masih tidak mengandung. Padahal saya langsung tidak mengambil sebarang pil perancang mahu pun menggunakan apa jua kaedah moden untuk menjarakkan kelahiran. Sudah belum rezeki..

Hmm..tiba-tiba pulak emisional hari ni. Kalau boleh tak nak la bende2 macam ni mengganggu mood saya. Tapi tu lah..saya hanya manusia biasa. Mmg sedih sangat2 sampai ter'menangis' juga lah dibuatnya..huhu

Sabo ajelah kan..Allah lebih mengetahui.. :)

Wednesday, February 9, 2011

Di luah mati mak..ditelan mati bapa..abis camana??

Nak tegur serba-salah. Nak buat diam jadi parah plak lelama nanti..aduhai..

Semalam atok siap beli & bagi lagi Yamin minum air ni..



Nak dekat setin jugak la Yamin minum. Tuang sikit-sikit dalam cawan. Asyik duk cakap.. "NAK LAGI"

Bila di tegur & dihalang, Atok plak cakap "Biar la dia nak minum". Makin naik minyak la cucu sorang tu.

Sudahnya malam tu saya yang takleh tido. Yamin batuk + muntah + kembung perut. Atok lena jer tido tanpa gangguan..huhu

Nak wat camana ye?? Kadang2 saya macam tersepit dalam persimpangan.. :(



Friday, January 14, 2011

Lori Abah Kena Curikkk

Ekceli tu lori company abah sebenarnya. Abah memang dh di amanahklan bawa balik lori tu. Dah bertahun pun lori tu duk parking tepi rumah..

Tapi, tetiba plak pagi tadi lori tu hilang pada tempatnya. Kesian abah, tersengih sambil menggaru kepala aje. Ye lah, nak buat apa lagi..

Menurut adik saya, dia ada la dgr bunyi org start enjin lori. Pastu mengaum jer pergi. Dia ingat abah nak cepat kuar. Hmm..rupa-rupanya si pencurik lori!!

Tak tahu lagi perkembangan terkini camana. Tadi call abah, dia masih dalam perjalanan gi tepat keje..

Manusia..manusia..kenapala ada yang sanggup mencuri. Kan dah tau mencuri tu berdosa. Tak takut pada Allah ke?? Ingat dengan mencuri tu boleh senang ke?? Tak tahu ke dia kalau dapat duit dari rezeki tak berkat, hidup pun boleh melarat tau..Heeee..kan dah membebel ni!!! Geram betul!!!! Geram sampai rasa nak ketok-ketok je pale pencurik tu dgn helmet moto!!!

Ya Allah, kau permudahkanlah segala urusan abahku, kasihanilah dia ya Allah..Amin..



Wednesday, May 12, 2010

MENCARI MOOD KERJA....

Pagi ni saya datang kerje dengan penuh bersemangat yang dibuat2 setelah di'brain wash' oleh encik hasben. Sejak kebelakangan ni tak tahu la nape hati ni duk meronta je nak berenti keje. Macam dah takde feel je nak datang opis..huhu...

Oh..ho..setelah berfikir semasak2nya, saya rasa ada beberapa perubahan yang perlu saya buat dgn mengeluarkan duit poket sendiri untuk pastikan mood saya untuk bekerja terus segar membunga..harapnya dapat la membantu..

1. kemas meja yang besepah ni. kalau boleh, letak bunga sket..



2. pastikan wayar berselirat kat bawah meja ni di kemaskan. smua tu bukan la saya punya. tapi wayar setiap pc smua duk lalu kat saya sbb saya duk sebelah server...



3. nak beli almari kecik sendiri. kalau tak, sume barang2 saya kena letak atas lantai yang bak suci dalam debu..



4. Kerusi ni macam nak tukar sendiri. mintak kat opis tak dapat2. masuk 3 tahun dah keje..sakit belakang tau duk atas kerusi ni..



5. yang tiang seri ni, tak tahu plak nak buat apa..hmmmm. nampak tak wayar server yang berselirat kat belakang tiang tu. mmg bahaya tahap gaban kedudukan meja saya nih..huhu

Bila fikir2 balik, saya rasa memang persekitaran tempat duduk saya ni mempengaruhi emosi lah. Takpe..takpe..biar saya buat sendiri perubahan sikit2. Harap2 la boleh membantu saya lebih bersemangat nak kerja..AMIN!

Friday, June 12, 2009

KEPALA AKU PUSING

Hari ni kepala aku masih 'pusing'. Semalam dah MC..kepenatan yang melampau (konon!). Aku pun tak tahu nape mood aku boleh jadi 'weng' semenjak dua menjak nih. Dah la bulan lepas aku tak 'dijajah jepun'. Bulan ni pun macam dah lewat beberapa hari..ntah2 tak datang lagik. Aduh, apa harus ku buat. Nak kata ngandung, dah dua kali ku buat test (termasuk masa kat klinik semalam) hasilnya NEGATIVE. Atau pun mungkin sebab proses relaktasi ku kot. Membuatkan kitaran haid ku jadi tak normal. Kat bawah ni antara info yang ku dapat..

"Be patient, as your milk may be painfully slow in coming. Don't be discouraged by mere drops after weeks of effort—where's there's any milk at all, there's likely to be much more! Look for other encouraging signs of success, including fuller, more tender breasts, nipples changing color, increased thirst, and, changes in menstrual cycle or libido".

Adakah aku harus bersabar dengan situasi ni? Aku riso gak kalau-kalau haid ku tak datang, boleh mengundang penyakit lain. Aduhai..mintak simpang la smua tu. Aku kena banyak-banyak istighfar nih..tarik nafas dalam-dalam. Semoga emosi ku tenang kembali..

Monday, June 8, 2009

SEMANGAT YANG HAMPIR HILANG..

Sebenarnya aku sangat2 tertekan waktu ni. Rasa macam banyak sangat masalah yang menimpa..huhu! Dan yang paling aku takuti..hati aku mula tertanya2 masih boleh berjaya kah proses relaktasi ku. Sungguh..aku amat2 takut bila perasaan ni menyerang. Aku TAKUT kecundang buat sekian kalinya. Ya Allah..memang sungguh berat rasanya untuk menjayakan proses ini. Ya Allah..Kau kuatkanlah semangat aku..

Thursday, May 21, 2009

MINGGU YANG STRESS

Lama sungguh aku tak menghapdet blog ni. Gara2 bengong ngan kursus team building..huhu! Memang perit berpisah dengan yamin. Masa perjalanan pegi je nak berkole2 air mata aku tumpah. Dah sampai PD, pam spectra ku plak tak berfungsi..takmo suck plak. Nasib aku bawa harmony.

Ingatkan dah abis tragedi dalam minggu ni. Dah sampai rumah, valve harmony plak buat hal. Terlekat ketat sangat kat corong. Aku dengan ganasnya try cabut pakai pisau. Abis la valve tu berkerutu sket. Pastu membran dia takleh la lekat dengan elok. Aduhai..dua2 pam aku takleh guna. Terpaksa aku kuarkan pam pigeon..

Aku komplen ngn hasben, cakap pam pigeon tu takleh kosongkan susu. Tak sangka plak hasben offer nak belikan pam baru. Hasben cakap walaupun yamin dapat minum 1 0z susu sehari, dia tetap berterima kasih dengan aku. Aww..terharu rasanya. So, skang aku guna pam baru..Avent isis. Kena rajin2 ngepam nih!!

Rupa2nya ada lagi dugaan untuk aku. Gigi geraham plak sakit..huhu. Tadi baru gi klinik, tapi tak leh cabut lagi sebab gusi bengkak. Sabtu ni kena datang lagi..Aku fobia betul nak cabut gigi. Ni semua gara2 cabut gigi tanpa bius masa peknen dulu..

Aduhai..minggu ni betul2 buat aku stresssss.......

Wednesday, April 15, 2009

TENSEN..

Ayoyo..aku sgt2 TENSEN minggu ni! Aduhai..kenapa lah semua org sekeliling asyik suh aku stop pam aje. Mentang2 la hasil tenusu ku sikit, sedap2 je cakap aku takkan berjaya. Huh..nanti la korangs..bila susu aku dah banyak nanti aku nak tunjuk depan2 mata korangs tu..(geram ni!!). Tapi nasib la dalam kalut2 melawan emosi tu aku masih mampu teruskan sesi mengepam. Malah dah meningkat plak ke 1.5 oz. Aku akan pastikan usaha aku untuk kali ketiga ni tak kan sia2. Semuanya sebab aku terlalu syahdu tgk yamin meneguk setiap titisan susu ku. Aku nak yamin bangga ada ibu yang bersemangat kental macam aku (terbangga diri plak..ahaks!)..