Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Friday, November 18, 2011

Pelangi

Pemandangan petang semalam dalam kul 6.30...







Dalam tempoh 3 bulan duk rawang, ni kali ke dua nampak pelangi. Kalau duk PJ dulu memang payah sangat2 nak nampak pelangi..Mungkin sebab duduk pun kat Taman Pinggiran Pelangi kot..hehe

Cantik sangat warna2 pelangi tu kan..


Sedikit info tentang pelangi (drpd Mr. Google) :


Pelangi merupakan fenomena optik dan meteorologi yang menghasilkan spektrum cahaya (hampir) selenjar di langit apabila matahari bersinar semasa hujan turun. Ia merupakan satu lengkung yang berwarna-warni dengan warna merah di lengkung paling luar dan ungu di lengkung paling dalam. Mengikut urutan, warnanya ialah merah, jingga, kuning, biru, indigo dan ungu.

Pelangi dihasilkan apabila cahaya terbias melalui titik air di udara. Sebab itulah pelangi selalu dapat dilihat selepas hujan. Ia berbentuk melengkung (bulat) kerana titisan air di udara berbentuk bulat/sfera. Namun biasanya bahagian bawah pelangi itu 'terlindung' oleh bumi. Fenomena pelangi ini juga boleh dilihat dengan membelakangi matahari dan menyembur air pada hari yang cerah


Hebatnya Kuasa Allah

Tuesday, November 15, 2011

Sungai 5 Warna





Cano Crystals yang terletak di hutan simpan Serrania de La Macarena, Colombia diiktiraf sebagai sungai yang tercantik di dunia.

Keunikan air sungai ini akan berubah kepada 5 warna untuk satu tempoh antara musim hujan dan musim kemarau.

Sebab kenapa warna air berubah ialah kerana sungai yang jernih ini dipenuhi pelbagai alga yang berwarna-warni.

Untuk datang ke sini anda perlu mahir mengunggang kuda kerana ia satu-satunya jalan untuk kesini...

Subhanallah..hebat sekali ciptaan Allah S.W.T kan...sama2 kita renungkan...

Monday, April 18, 2011

Mengapa piring Astro menghadap kiblat??

Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali, tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro ada 'piring para bola' untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari satelit. Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro
di bumbung anda menghadap ke mana?

KENAPA BEGITU? Mudah saja jawapannya Mekah adalah pusat bumi. Sama ada percaya atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah membuktikan, Mekah adalah pusat bumi.

Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian. Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah.

Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke Marikh, radiasi itu masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menhubungkan Kaabah di bumi dengan Kaabah di alam akhirat.

Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,di tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh. bawa kompas ke Kaabah dan anda dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat.

Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.

Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tusi badan. Bermakna bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia ini," jelasnya

Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan bahawa Kaabah berada di "Centre of the earth". Jika anda berkesempatan ke Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.

Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan bertambah baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini sentiasa merindui untuk ke Mekah... Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah fakta ini dan anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya. Marilah kita belajar ilmu dan mengkaji Islam yang amat indah ini..


**Sumber dari E-mail

Monday, February 21, 2011

Dilarang menghidupkan pendingin hawa sebaik menaiki kereta..!!


Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanse (carcinogen - ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik dalam kereta).

Di samping meyebabkan kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiarkan berlarutan akan menyebabkan Leukimia, meningkatkan risiko menghidapi kanser di samping keguguran.



Kadar pendedahan Benze yang dibenarkan ialah 50mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika diparkir di kawasan berbumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800mg Benzene. Jika dibiarkan di kawasan yang terdedah dengan tingkap tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkat sehingga 2000-4000mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan..dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.



Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini dari berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemarkan buah pinggang dah hati, dan sukar pula tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut.


**sumber dari e-mail**




Friday, January 21, 2011

Kunyit hidup ubat selsema

Skang ni memang tgh musim org demam + batuk + selsema. Saya punya turn dah lepas. Skang turn yamin pulak..tapi tang demam tu malam aje. Siang memang ok..

Petang semalam mak dah bagi si bujang kecik tu mandi 'air kayu terbakar'. Alhamdulillah malam semalam tak demam nampaknya. Tak pasti la pulak sebab duk pulun ubat demam atau sebab mandi air tu..hehe. Tapi yang pasti tu segala kesembuhan datang dari Allah. Kita cuma ikhtiar je kan..

Tapi tang batuk dengan selsema memang tak baik lagi. Skang saya hanya bagi yamin makan ubat batuk dgn ubat kuat paru-paru je. Ubat selsema memang tak bagi. Saya sendiri pun kalau selsema mmg jarang makan ubat selsema. Duk telan vit C aje sebab tak tahan dgn tahap 'kemengantukan' sampi boleh menggigil satu badan..tu saya je la kot. Tgk en. hasben ok jer..hehe

Kalau yamin yang selsema, saya sapukan kunyit hidup je kat pangkal idung dia sampai la ke ubun2. Camni ha..




Insyaallah kejap je kering selsema tu. Kejap tu tak la bling..terus kering. Makan masa dalam setengah hari ke satu hari gak la. Bergantung pada tahap selsema tu..

Lagi satu, boleh je letak minyak (saya guna minyak masak yang baru/belum guna) kat kepala/ubun-ubun. Selalunya cara ni saya guna waktu malam sebelum tidur.

Kalau nak diikutkan, cara kunyit tu lagi berkesan pada yamin. Rambut dah tebal kot..payah minyak nak serap kat ubun2 dia..hehe


Thursday, November 4, 2010

MANDI DENGAN BETUL

Kebiasaannya, ramai antara kita mandi dengan menjiruskan air bermula dgn kepala dahulu. Sebenarnya cara ini akan memberikan kesan yang buruk pada kesihatan diri. Sistem saraf otak akan mengecut kerana siraman air tersebut.

Cara yang bagus dan lebih dianjurkan ialah, mandi songsang iaitu dgn membasahkan tubuh badan bermula dari kaki dan beransur-ansur membasahi bahagian atas badan dan di akhiri dengan kepala.

Berikut ini di catatkan beberapa kebaikan dan kelebihan mandi songsang atau mandi yang bermula dari bahagian bawah :-
  • menjadikan pengamalnya awet muda dan fresh
  • mengembangkan salur darah otak - menjadikan sistem darah di bahagian otak menjadi bertambah baik untuk berfungsi
  • menjadikan sistem pertahanan badan akan bertambah baik fungsinya seterusnya menjana sistem hormon badan dengan lebih hebat untuk tahap kesihatan yang maksimum
  • mengurangkan tekanan
  • melancarkan perjalanan darah mejadikan pengamal semakin pintar
  • meninggikan daya ingatan
  • mengelakkan atau mengurangkan sakit kepala
  • menjadikan state mood yang tenang dan ceria
  • menjadikan jiwa sentiasa bersemangat
  • memiliki daya ketahanan mental
  • menambahkan semangat berani
  • menguatkan gigi dan gusi
Marilah sama-sama kita mencuba cara mandian ini dengan harapan kita akan menjadi lebih sihat dan bersemangat dalam menjalani kehidupan dan bertenaga dalam menjalankan apa jua kerja yang di amanahkan kepada kita.. :)