Showing posts with label jahit-menjahit... Show all posts
Showing posts with label jahit-menjahit... Show all posts

Thursday, September 20, 2012

Baju Bandung yang mencabarrr...


Alhamdulillah. Siap juga baju ni. Rasanya baju ni paling mencabar sepanjang menceburi bidang jahitan. Sampai kena mintak tunjuk ajar Cikgu pulak. 

Pening duk pikir bab2 kerawang2 tu..Bila dah siap, leher pula tak leh masuk. Malam tadi jenuh duk perah otak camana nak membesarkan leher. Last2 baru terpikir potong leher betul2 ikut corak sulaman

Akhirnya si tuan punya baju berjaya memakai dengan selesanya..(hehe...puji sket diri sendiri)..

Tuesday, June 19, 2012

Mood bizi siapkan tempahan raya

 Dah lama betul tak update blog. Macam dah berabuk sangat dah ni. Skang mood bizi siapkan tempahan raya...ahaha. macam la bizi sgt lagaknya. Baru ni dapat siapkan 2 je ..




Pasni kena pulun yang lain pulak. Kang ada tukang jahit takde baju raya kang...uhuhu

Wednesday, February 8, 2012

Nama je cuti panjang...

Assalamualaikum...

Hari rabu yang ceria setelah bercuti panjang...hehe. Memang lain rasanya bila stat keje pada hari selain dari ISNIN...bagi saya la. Tiada istilah Monday Blues..bangun pagi je penuh keterujaan..ececeh!!!

Nama je cuti panjang. 4 Hari. Tapi mcm tak berapa nak produktif sangat. Dapat jahit selai baju ni je...


Lagi sepasang, sempat siapkan baju je. Kain tak sempat....

Tak PRODUKTIF langsung kan...kan...

Thursday, November 17, 2011

Polka Dot

Skang ni macam dah datang balik demam polka dot..baju bulat2..

Semalam dapat siapkan sepasang kurung moden polka dot biru..


Ni pandangan bahagian depan. Leher bulat



Ni pulak bahagian belakang. Dari leher sampai ke pinggang letak butang 'balut' warna sama. Pastu tambah plak dengan reben untuk gaya lebih muda..ececeh..


Yang bestnya, bagi je baju ni terus kawan saya tu pakai. Ni la yang dikatakan semangat polka dot..haha


Bergaya di surau..

Pandangan sisi


Ni bahagian belakang. Rasanya kalau tali reben tu panjang sikit lagi ok kan..



Kurung moden kain duyung..
digayakan oleh Cik Liza, customer tetap saya..hehe



Kali pertama jahit baju nih. Cik Liza design, saya jahit. Bila dah jadi, nampak cantik pulak..(haha..puji diri sendiri)

Bila tengok baju ni, rasa nak buat pulak untuk diri sendiri. Biar nampak comel-comel gitu..tak sabar rasanya..haha (PERASAN!!)

Wednesday, November 9, 2011

Kurung moden leher apa ni ek?

Lama betul tak update pasal projek jahit menjahit nih. Minggu lepas dah siapkan 3 pasang baju. Minggu ni mood raya, tak sempat jahit banyak..


Malam tadi sempat abiskan jahit selai baju nih aje...




Lehernya bentuk cenggini. Tak tau la orang panggil ni leher apa. Tapi dah akak yang menempah tu nak camni..saya buat aje. Cubaan pertama. Mujur jadi..haha



Ni plak bahagian lengan. Terpaksa cantum kat bawah sebab tak cukup kain. Tak cantik plak kalau badan 'berkaki' tapi lengan tak 'berkaki'...

Nak buat lengan ni pun duk berejam gak cari idea bahagian mana nak ambik..bahagian mana nak cantum. Tu tak termasuk adegan 'bergaduh' dengan yamin. Lengan ni punya pasal, gamat rumah dibuatnya..


Ni gambar 'leher sampan'. Customer yang sama. Semalam saya usaha jugak tetas tang leher. Tersengguk2 tahan mengantuk. Tapi tak puas hati punya pasal..saya gagahkan juga. Jahitan pertama macam tak berapa kemas. Ni gambar lepas dah jahit kali kedua



Balik nanti nak siapkan baju ni pulak. .Useha...useha...

Saya lah SUPERMAK..huhu...




Tuesday, June 28, 2011

Saya dah berjaya buat!!

Hari ni saya pakai kain nih. Kain kipas belakang..


Bukan nak citer pasal saya pakai apa sebenarnya. Tapi kisahnya, saya tak lena tido malam dek kain 'kipas belakang' nih..

Punya lah fikir camana nak lipat bahagian belakang tu, sampai dalam tido pun duk terbayang-bayang aje..Belajar teori aje dari mak cik, tapi praktikalnya tak lagi. Tu yang jadi macam orang angau bercinta aje..tak karuan jadinya!

Sudahnya pepagi ahad lepas, sebelum yamin bangun..cepat2 capai kain. Kang kalau hero tu bangun, lain pulak patern yang dapat..

Nak dekat stgh jam gak la duk lipat..bukak balik..sampai sakit pinggang ni duk terbongkok2

Akhirnya jadi jugak...yeayyy!! Cuma tak berapa kemas lagi. Wah..pasni semua stok baju akan berkain kipas belakang gitu..hehe

Tuesday, May 3, 2011

Oh..apakah mesin jahit juga mahu cuti Hari Buruh??

Cuti panjang sempena hari buruh ingat kan leh la pulun wat baju banyak2. Hajat suci murni hati ni nak la gi keje seminggu ni direct pakai baju baru..haha!!

Tapi semua punah..musnah..hancus..

Memula tgh duk sedap2 jahit tepi, tup-tup jarum mesin patah. Nak tukar jarum baru, kena guna Allen Key. Cari punya cari tak jumpa jugak mana la letaknya menda alah tu. Tension jek..masa tak nak, elok aje ada tertonggok depan mata. Masa nak guna..sume ilang..adehhhhh..

Jadinya, terpaksa la potong aje kain mana yang ada..


Ni plak dua baju yang dah siap jahit. Kain tak sempat nak jahit. Mesin jahit pulak buat hal..benang sekoci tak moh lekat pulak..


Patutnya nak pakai baju pink bunga kecik2 tu ari ni. Tapi dua-dua mesin buat hal. Tak merasa pakai baju baru minggu ni..huhu

Agaknya mesin jahit pun nak cuti kot sempena hari buruh..Hmm..sabo aje lah..

Wednesday, April 20, 2011

Keje malam tadi

Semalam ingat nak wat coklat, tapi tangan ni macam terus tertarik-tarik nak ke mesin jahit

Ni 2 helai baju yang sempat dipotong & dijahit tepi. Malam nanti kalau ada mood, leh trus jahit. Yang atas tu nak wat blouse. Yang merah jalur kelabu tu pulak nak wat kurung moden. Cuma kainnya tak beli lagi. Sabtu ni le ronda-ronda kat nagoya cari kain..haha..tak sabar rasanya!!


Tempahan baju letak tepi dulu. Hujung ninggu ni baru pulun. Sebabnya tukang jahit punya baju dah banyak yang sendat sana..sendat sini..kena wat baju baru..kehkeh!

Takpe..diet tetap diet. Sementara nak dapat bentuk tubuh idaman, kita buat dulu baju baru agar tetap vogeh..Boleh kan... :))

Monday, December 13, 2010

KAFTAN OH KELAWAR..AKU TERKECIWA..

Semalam seharian saya bertungkus lumus menyiapkan kaftan (saya pangil baju kelawar). Kononnya hari ni, hari isnin..nak pakai baju baru gi keje.

Maka dengan gigihnya saya menjahit. Ini cubaan pertama saya jahit kaftan yang bercantum di lengan. Sebelum ni saya jahit kaftan yang cenggini je..

Tapi saya kurang berkenan dgn jenis yang 'berserabai' kat tepi. Macam mengganggu pergerakan. Rupa kelawar nak terbang pun ada juge..haha! Sebenarnya mungkin ketinggian yang tak mengizinkan saya menggayakan fesyen sebegini.. :p

Maka, semalam saya mencuba gaya terbaru seperti yang ada di pasaran...tapi alangkah kecewanya hati ini bila apa yang diharapkan tak menjadi kenyataan. Baju ni jarang sangat..pakai 'inner' pun masih tak mencukupi sebab 'inner' saya separas pinggang aje. Nak kena carik 'inner' paras lutut nih! Tak rela saya menampakkan 'aset' bahagian belakang tu di khalayak ramai..huhu..


Ni pulak pandangan dari atas..


Patutnya kat bahagian tepi & bawah tu kena jahit tepi warna pink/purple. Tapi saya terkecewa..lansung tak jadi nak jahit tepi. Sampai ke saat ni saya masih lagi merasa kekecewaannya..tak tahu la nape. Tu la..masa beli kain tak hengat nak belek2. main beli aje..kan dah terkena!



Wednesday, July 28, 2010

PELBAGAI AKTIVITI DALAM SEBULAN

Rasanya dah lama betul blog ni sunyi sepi. Tapi dalam duk sepi tu, banyak agenda yang saya buat.


Antaranya, tempahan cup cake..


Pastu saya sempat gak belajar buat tart nenas..




Coklat..


Dan baju..




Owh..rasa bahagia sungguh bila dapat buat aktiviti kegemaram camtu. Rasa berbunga aje hari2 saya..sebab dalam duk buat segala macam benda tu, otak saya duk terpikir "tak lama lagi boleh la saya jadi WAHM"..

Aduh, saya amat menantikan saat tu..bila agaknya ye...


Thursday, May 6, 2010

DUA SUDAH SIAP..

Akhirnya saya berjaya menyiapkan 2 pasang baju kurung. Ni la tempahan baju kurung saya yang pertama. Sebelum ni buat kurung moden, kurung pahang, kebaya ngan blouse je.

Baju kurung ni cubaan kedua saya. Cubaan pertama, tak jadi..huh, nasib baik tu baju sendiri. Baju tu saya jahit untuk mak saya sebenarnya. Konon2 nak wat surprise. Tapi bila dah siap tiba2 baju tu jadi ukuran saya pulak, cuma terbesar sikit je..mmg surprise tuh!!!

Tgh duk pening2 pikir nape leh jadi camtu sekali, pastu adik saya cakap.."entah2 masa ko jahit baju tu, ko rasa suka sangat kat kain tu. tu yang jadi ukuran ko kot". Saya pun rasa macam tu lah..hehe! Tak baik kannn..



Ni la 2 helai baju tempahan akak kat opis saya ..

Monday, March 8, 2010

MENG'OTTER' BLOUSE

Beberapa minggu lepas saya ada terima tempahan membuat blouse dari rakan sepejabat. Masa ambik ukuran, akak yang empunya baju nak labuhnya 24 inci. Tup2 bila baju dah siap, baju tu jadi senteng pulak pada badan dia & minta di 'otter' - di tambah lagi 6 inci supaya jadi 30 inci..


Ni la dia baju yang sudah di buka jahitnya di bahagian bawah..



Ni pulak hasil usaha gigih saya semalam. Bahagian yang bercantum tu saya letak piping (betul ke istilah ni yek) supaya dapat menutupi kesan tambahan kain. Kiranya jadi macam fesyen la konon..hehe



Dan ini pulak baju dari kawan saya yang tinggal nun jauh di Muar. Baru je saya pos kan tadi..

Monday, December 14, 2009

TEMPAHAN PERTAMA...

Tara.....ni la 2 pasang baju hasil kerja tangan ku yang 'mulus' ni..ececeh! Pertama kali ambik tempahan orang. Selalunya aku jahit baju aku..baju mak aku..baju aku..baju aku..hehe!

Dua-dua tu baju kurung moden. Opis mate aku yang tempah. Harga tempahan aku ambik RM25 je sepasang. Selalunya kalau aku tempah baju camni kat tukang jahit lama, dia ambik sepasang RM40. Ok jugak la kan kalau aku ambik RM25 sepasang?? Tak mahal sgt kan?


p/s : Rin, blouse ko nanti dulu ek. Baru nak wat dasar. Dah siap aku pos ye.. :)