Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Thursday, January 19, 2012

Pesanan Dari Mimpi Rasulullah

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah R.A berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan..."

1. Aku telah melihat seorang daripada umatku telah didatangi oleh malaikat maut dengan keadaan yang amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBU BAPANYA.

2. Aku melihat seorang daripada umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyeksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka dia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan menggunakan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan ke dalam mulutnya dan dikeluarkan rantai tersebut melalui duburnya oleh malaikat Ahzab, tetapi oleh kerana SOLATNYA YANG KHUSYUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dia dihalang daripada meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH S.W.T memberinya minum hingga dia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpul, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpin ke kumpulanku seraya duduk di sebelahku.

7. Aku melihat seorang daripada umatku berada di dalam keadaan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan bingung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH S.W.T lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicaralah mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH S.W.T lalu menabir muka dan kepalanya daripada bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW, "SAMPAIKAN PESANKU KEPADA YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

Wednesday, March 9, 2011

Berwudhu' zahir dan batin

Pagi tadi dapat e-mail dari seorang teman..

Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang di anggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasai kurang khusyuk.


Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"


Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin"


Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"


Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air"


Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

  1. Bertaubat
  2. Menyesali dosa yang telah dilakukan
  3. Tidak tergila-gilakan dunia
  4. Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
  5. Tinggalkan sifat berbangga
  6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu
  7. Meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat"


"Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan :
  1. Aku sedang berhadapan dengan Allah
  2. Syurga di sebelah kananku
  3. Neraka di sebelah kiriku
  4. Malaikat Maut berada di belakangku, dan
  5. Aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian Siratal mustaqim dan ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik"

"Setiap bacaan dan doa di dalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadduk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun"


Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.




**Kerdil sungguh rasanya bila memngenangkan solat sendiri.huhu

Wednesday, February 16, 2011

Kenali Rasulallah s.a.w secara lahiriah

Bagitu indah sifat fizikal Baginda sehinggakan ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keislaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah :-

~ Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Baginda

~ Aku melihat cahaya dari lidahnya

~ Seandainya melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit

~ Rasulallah jauh lebih cantik dari sinaran bulan

~ Rasulallah umpama matahari yang bersinar

~ Apabila Rasulallah berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama

~ Kali pertama memandang Baginda sudah pasti akan terpesona

~ Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat

~ Wajahnya seperti bulan purnama

~ Dahi Baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya

~ Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah

~ Mata Baginda hitam, dengan bulu mata yang panjang

~ Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut

~ Hidungnya agak mancung bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya

~ Mulut Baginda luas dan cantik

~ Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan

~ Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya

~ Janggutnya penuh dan tebal menawan

~ Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca

~ Warna lehernya putih seperti perak sangat indah

~ Kepalanya besar tetapi terlalu elok bentuknya

~ Rambutnya sedikit ikal

~ Rambutnya tebal, kadang2 menyentuh pangkal telinga dan kadang2 mencecah ahu tapi di sisir rapi

~ Rambutnya terbelah di tengah

~ Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat

~ Dadanya bidang dan selaras dengan perut. Luas bidang antara kedua-dua bahunya lebih daripada biasa

~ Seimbang antara kedua bahunya

~ Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun cantik

~ Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut

~ Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air

~ Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya

~ Warna kulit Baginda putih kemerah-merahan

~ Kulitnya putih lagi bercahaya

~ Binaan badan Baginda sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh

~ Badannya tidak gemuk

~ Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tetapi berukuran sederhana lagi kacak

~ Perutnya tidak buncit

~ Badannya cenderung kepada tinggi. Semasa berada di kalangan orang ramai, Baginda kelihatan lebih tinggi daripada mereka



** Dapat dari e-mail kawan**

Monday, February 7, 2011

5 Pesanan Nabi S.A.W

1. Jauhilah perkara yang haram supaya dapat kemanisan beribadah kepada Allah
- salah satunya adalah pandangan kerana pandangan adalah panahan daripada iblis
- satu pandangan yang tak baik akan meninggalkan titik hitam dalam hati


2. Redha terhadap apa yang Allah berikan, kamu akan jadi orang yang paling kaya
- 3 cara untuk mencari keredhaan hati :-
a) Ziarah orang yang sakit supaya kita sedar akan waktu sihat
b) Ziarah orang yang mati supaya kita lebih menikmati hidup
c) Ziarah orang yang dipenjara supaya kita kenal erti kebebasan


3. Berbuat baik kepada orang (perkara yang kita sukai), kamu akan jadi orang yang beriman
- ada beberapa prinsip hubungan sesama manusia :-
a) Banyakkan salam
b) Banyakkan senyuman (tapi berpada-pada & mengikut kemampuan)
c) Banyakkan memberi daripada menerima (lebih bermakna jika kita infak ke jalan Allah)
d) Banyakkan berziarah & lakukan secara rutin
e) Menutup kelemahan kawan (asal tidak bercanggah dengan Islam)


4. Berbuat baik kepada jiran, kamu akan jadi orang Islam
- 3 hak ke atas orang Islam iaitu sebagai keluarga, sebagai jiran dan sebagai orang Islam
- 1 hak orang kafir iaitu sebagai jiran


5. Jangan banyak ketawa kerana ia akan mematikan hati
- Jika bergurau haruslah kena pada tempatnya


Nota ni saya salin masa kelas Ustaz Zahazan di surau JKR pada 26/1/2011. Sanggup tak turun makan t/hari semata-mata ustaz 'senyum' ni.. :)

Kalau ada yang nak tambah, sudi2kan la ye..

Friday, January 14, 2011

Keberkatan dalam makanan

Rupa-rupanya menyejukkan makanan yang panas adalah sebahagian daripada keberkatan rezeki.

Diriwayatkan bahawa Sayidatina Asma r.h.a., puteri Sayidina Abu Bakar as-Siddiq r.a., selepas beliau memasak makanan, maka ia menutupnya terlebh dahulu sehinggalah hilang kepanasannya. Kemudian beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulallah SAW bersabda: "sesungguhnya (cara itu) lebih besar keberkatannya" - Riwayat ad-Darimi

Sahabat Nabi, Abu Hurairah r.a. juga menekankan sedemikian: "tidak dijamah sesuatu makanan itu melainkan sesudah hilang wap panasnya terlebih dahulu" - Riwayat al-Baihaqi

"Nabi SAW tidak pernah menjamah makanan ketika ia sangat (masih) panas" kata as-Syeikh Ibnul Qayyim rahimahullah di dalam Zadul Ma'ad.

Jelas Imam An-Nawawi dalam Syarah Sahih "Maksud yang lebih hampir kepada keberkatan itu ialah makanan yang telah hilang kepanasannya dapat dijamah dengan selesa, selamat pula daripada kesakitan (kecederaan), dan dapat menguatkan (tubuh seseorang) untuk melakukan kataatan kepada Allah dan lain-lain lagi"

Kebiasaannya jika makanan masih panas, kita akan bersikap tergopah-gapah. Ia berlawanan dengan sifat tenang. Sifat tergopoh-gapah itu adalah sifat syaitan manakala ketenangan itu daripada Allah. Sifat tergopoh-gapah akan membawa kepada kerosakan..


Sumber daripada : Majalah Anis, Keluaran Jan. 2011

Wednesday, January 12, 2011

10 Jenis orang Islam yang kejam

1. Seseorang yang berdoa untuk dirinya sendiri dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.

2. Seseorang yang pandai membaca Al-Quran tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.

3. Seseorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang sunat dua rakaat

4. Seseorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur

5. Seseorang yang sampai di suatu kota pada hari jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah

6. Seseorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya

7. Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu

8. Seseorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang

9. Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu kesopanan

10. Seseorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi makanannya itu..


**Moga kita semua tidak tergolong dalam golongan di atas..banyak kena muhasabah diri nih..huhu



Wednesday, January 5, 2011

SURAH YASIN JANTUNG AL-QURAN - PART 2

Ini lanjutan dari PART I. Tapi yang ni saya amik dari kawan..hehe..

KEBERKATAN YAASIN DARI KACAMATA DR. FATMA ELZAHRA

Ayat 1 - 9 : Untuk keselamatan diri

Ayat 9 : Orang jahat tak nampak kita especially org kafir

Ayat 12 : Merupakan jantung Yasin (Rasulallah s.a.w berharap ayat ini dihafal setiap mukmin & mukminat)

Ayat 13 - 15 : Mengisahkan org mati syahid

Ayat 22 - 23 : Untuk menjaga aqidah, memberi hidayah kepada anak

Ayat 29 : Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari fitnah dan kejahatan mulut (hembus ke muka org tersebut - jgn hembus kuat2 yer..menimbulkan syak pulak nanti)

Ayat 30 : Untuk keinsafan (supaya dapat dipertemukan dgn Allah..harus beramal dgn ayat ini)

Ayat 32 : Untuk menginsafkan org lain supaya jadi baik

Ayat 33 - 35 : Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur

Ayat 36 : Menerangkan kehidupan ataupun kejadian di dunia dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yg belum berkahwin. Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap hari

Ayat 37 : Untuk menetapkan hati/aqidah

Ayat 38 : Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah yang satu

Ayat 39 : Mengisahkan ilmu falak

Ayat 40 : Merupakan kenyataan Allah yang satu

Ayat 41 : Mengisahkan Nabi Noh a.s naik kapal (elok baca waktu naik kenderaan)

Ayat 44 : Mengisahkan keseronokan hidup di dunia. (Dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup)

Ayat 45 - 48 : Merupakan kedegilan org kafir kepada Allah

Ayat 49 : Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya

Ayat 50 : Setiap org akan dihisab mengikut amalannya

Ayat 58 : Merupakan salam daripada Allah. (jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang 3x)

Ayat 76 : Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah

Ayat 78 - 79 : Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Bermula dengan ayat "Dia berkata, siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur"

Ayat 82 : Untuk hajat. Dibaca pada air dan minum selama 40hari. Sembahyang Tahajjud 3x berturut2, baca pada air 100x dan berdoa apa sahaja hajat


Banyak sungguh khasiat yang terdapat dalam Surah Yaasin. Marilah sama-sama kita beramal dengannya. Saya pun kadang-kala terlepas pandang dengan penyembuh yang terkandung dalam Al-Quran. Mungkin segala ujian yang saya lalui ni adalah akibat kealpaan saya..isk..isk.. :(




Wednesday, December 1, 2010

SURAH YASIN JANTUNG AL-QURAN - PART I

Kat surau bangunan pejabat saya ni setiap waktu rehat hari Jumaat akan ada kelas agama. Penceramah pula berbeza setiap minggu.

Minggu pertama Ustazah Kak Chik - tak tahu pulak nama sebenarnya sape. Tapi beliau merupakan seorang lecturer di UIA kalau tak silap

Minggu kedua pula Dr. Rubiah Kulup - yang ni perunding motivasi serta pendakwah bebas. Selalu gak keluar dalam tv.

Minggu ketiga giliran Uztazah Siti Norbahyah - Ustazah 'cakar harimau'..hehe

Minggu keempat giliran Dr. Fatma El-Zahra..

Entri ni bukan la nak cakap pasal giliran ustazah yang memberi ceramah. Tu sume intro aje..hihi. Yang saya nak kongsikan dalam ni pasal Surah Yasin. Dalam kelas Dr. Fatma Jumaat lepas, ada di terangkan cara membaca surah Yasin ni untuk penyembuh segala penyakit, terkabul segala doa dan pengubat segala kesusahan..dengan izin Allah.

Cara :-

Bahagian I

Baca Surah Yasin dengan cara :-
  1. Ayat pertama "Yasin" - baca 7x
  2. Baca ayat seterusnya - ayat 2-37
  3. Sampai ayat 38 - ulang 12x
  4. Sampai ayat 58 - ulang 7x
  5. Sampai ayat 82 - ulang 14x
  6. habiskan bacaan sehingga ayat terakhir - ayat 83
Baca Surah Yasin seperti di atas sebanyak 3 kali

Bahagian II
  1. Baca surah Al-Fatihah
  2. Baca Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W
Bahagian III
Kemudian :-
  • Doalah kepada Allah
  • Mohon apa yang dihajati
  • YAKINLAH PADA ALLAH S.W.T

Lakukan sebanyak 3 kali Jumaat berturut-turut pada waktu pagi. Sesudah Subuh


Nota tambahan -

- Ayat 58 khusus untuk hilang takut, halau jin/syaitan
  • Baca ayat 58 100x, tiup dalam air zam-zam, minum & sapu satu badan
- Ayat 82 khusus untuk penyakit kanser
  • Baca ayat 82 100x, tiup dalam air zam-zam, minum selama 41 hari berturut-turut

Insyaallah nanti saya akan kongsikan lagi kelebihan Surah Yasin ni ye..


Thursday, July 29, 2010

PASUKAN SYAITAN DAN TUGASNYA

1. Mudahisy - Di tugaskan menggoda ulama dan mencampakkan mereka ke dalam lembah pengaruh hawa nafsu

2. Hadits - Di tugaskan menggoda orang yang sedang solat, melupakan mereka dari berzikir dan melupakan hafalan.

3. Zulbanun - Menggoda orang2 yang ada di pasar

4. Bitr - Bertugas merobek kantong dan merosak wajah serta bersumpah serapah ketika terjadi musibah sehingga terhapuslah pahala orang yang mendapat musibah tersebut

5. Munsuth - bertugas membawa berita2 bohong, adu domba, umpatan, fitnah sehingga semua orang berbuat dosa

6. Wasim - Bertugas di dubur. Meniupkan godaan ke seluruh sperma dan kemaluan wanita dan lelaki sehingga mereka berzina satu dengan yang lain

7. A'war - bertugas mencuri. Dia yang mengatakan kepada pencuri "Dengan mencuri bererti telah menghilangkan kesulitanmu, menunaikan kewajipan agamamu, dan menutupi auratmu, kemudian bertaubatlah"


Di petik daripada buku "Tips Mengalahkan Syaitan & Nafsu". Mukhlas Asy-Syarkani Al-Falahi

Friday, June 25, 2010

CARA UNTUK BAIKI HATI

Baru je lepas balik dari kelas Dr. Fatma masa rehat tadi. Ada info sket nak kongsi dgn kengkawan tentang cara nak baiki hati kita untuk jadi suci dan selembut sutera.. :)

1. Banyakkan bersolat

2. Banyakkan berdoa

3. Bermaaf-maafan dgn semua orang setiap hari

4. Jangan berkawan dgn orang yang tak baik


5. Sebelum tidur, katakan pada diri "Aku mesti jadi orang yang baik"


6. Selalu berpuasa

7. Selalu dalam keadaan berwudhuk

8. Banyakkan bersedekah


9. Makan dari sumber rezeki yang halal

10. Jaga mata, telinga dan lidah

11. Berkawan dgn org miskin - dapat menginsafi diri kita


Mari la sama-sama kita berusaha untuk jadi yang terbaik ye kengkawan sekalian. Ada lagi info yang saya dapat dalam kelas tadi. Insyaallah akan saya kongsikan dalam entri akan datang.. :)

Friday, December 11, 2009

RENUNGAN BERSAMA..

Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu

Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu

Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.

Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...

Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya
.

Tuesday, August 11, 2009

PENYEBAB HATI TIDAK BAHAGIA

9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :


1. Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.


2. Pendendam - tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.


3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.


4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia


5. Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.


6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)


7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.


8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..


9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.


Kesimpulan


Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.


Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklah padahnya.
Wallahualam

Friday, July 24, 2009

6 AYAT PENAWAR DALAM AL-QURAN

Masa rehat tadi aku gi surau dgr ceramah agama. Minggu ni turn Dr. Fatma El-Zahra. Tadi beliau ada bagi 6 ayat penawar dalam Al-Quran. Kat bawah ni adalah ayat-ayat tersebut :- Cara nak amalkannya :-
1. Tulis atas pinggan putih gunakan za'faran (kalau takde, guna kunyit pun takpe)
2. Letakkan sikit air kat pinggan tu (bagi tulisan tadi ilang)
3. Masukkan air dalam pinggan tadi ke dalam cawan (boleh campur dgn air nak bagi banyak)
4. Minum. Tapi sebelum minum, baca Fatihah, Ayat kursi & 3 Qul. Niatkan dalam hati untuk kesembuhan.

Menurut Ustazah, ayat ni sesuai sangat-sangat kita amalkan kalau ditimpa sebarang penyakit. Insyaallah berkesan. Cuma kita kena yakin dengan kebesaran ALLAH. Mari kita sama-sama cuba ye :)