Monday, August 17, 2009

SAKIT GIGI...

Dah berapa malam tido aku terganggu..ni semua gara-gara sakit gigi. Berdenyut2..ni dah tahap kena cabut nih. Tapi aku takut..kenangan cabut gigi masa ngandung dulu masih terbayang2 lagi rasanya..

Masa peknen 2 bulan aku dah sakit gigi. Tapi bila gi klinik, doc tak mau cabut sebab takut turun darah. Aku tahan sampai dah 5 bulan, aku gi klinik gigi (kali ni aku gi klinik lain pulak). Doc tu cakap boleh cabut, tapi tak leh guna bius. kalau guna bius pun dengan dos yang minima sahaja Doc kata masa 5 bulan bayi sedang mengalami pertumbuhan lelangit. Kalau guna bius, dikhuatiri pertumbuhan lelangit akan terhenti & bayi mungkin sumbing. Sebab tak tahan sangat, aku pun setuju aje..


Tapi sakitnya Allah aje la yang tahu. Doc tu pun berpeluh2 aku tengok. Aku ni lagi la..dengan kepala kena pegang, rasa macam kena hukum duduk kat kerusi letrik aje. Bila rasa sakit, aku peluk perut kuat2..tu aje la penawar yang paling mujarab aku rasakan. Yang aku pasti, biar la Yamin kat dalam tu tak apa2. Biar aku sorang je yang rasa sakit, asalkan perkembangan yamin tak terbantut.

Bila semua proses dah berakhir, rupanya ada lagi berita yang tak best. Doc cakap dia tak boleh bagi aku antibiotik & ubat berhenti darah sebab ibu mengandung memang tak boleh makan ubat tu. Aku hanya dibekalkan dengan panadol aje. Sudahnya sampai ke petang darah tak berenti. Lepas aku gigit kapas yang diletak minyak gamat, baru la darah berenti. Memang sadis giler aku rasa keadaan aku masa tu. Orang cakap cabut gigi sehari dua je baik. Tapi aku makan masa seminggu..huhu!


Sekarang gigi aku sakit lagi. Ingat nak cabut, tapi camana ye..kenangan silam macam berlegar2 je lagi nih. Kadang2 terbayang2 lagi peluh kat dahi doc tu..haha! Takutnyaaa...minggu depan dah pose. Kalau tak cabut mesti lagi haru...

3 comments:

  1. Mal, sila cabut gigi mu itu be4 puasa.

    ReplyDelete
  2. Ku pon sama.. paling takut cabut gigi. tapi liza.. sekarang dah boleh bius.. dah boleh makan antobiotik. so cabut jer.. mesti tak sakit mcm yg dulu tu..

    ReplyDelete
  3. Rin, aku plan nak cabut minggu ni gak..tgh kumpul kekuatan nih. Harap2 jadi la cabut. Sabtu dah pose..

    Mimie, sume cakap kalau dah bius tak sakit. Tapi tu la, macam terbayang2 lagi kenangan dulu (ku ni penakut sebenarnya..keh..keh!)

    ReplyDelete