Showing posts with label Cerita aku. Show all posts
Showing posts with label Cerita aku. Show all posts

Friday, November 4, 2011

Ambik anak angkat????

Minggu lepas mak datang rumah saya. Tido satu malam. Abah tak ikut masa tu..dalam kata lain, saya kidnap mak saya. Balik Pj kejap, pastu angkut mak ke Rawang..Haha...

Sok pepaginya masa sarapan tetiba je mak bersuara :

"Apa kata ambik anak angkat? Mana tau berkat anak angkat nanti boleh mengandung. Umur awak pun bukannya muda lagi"

Errkk...biar betul mak nih. Saya diam je dengar hujah mak yang seterusnya..kadang2 bersuara la jugak. Iyakan kata2 mak. Kang kalau bangkang, jadi anak derhaka pulak..huhu

Tapi sampai skang kepala saya ligat berfikir..kadang2 rasa termakan gak dengan kata2 mak..nak ambik anak angkat

Tapi bila fikir balik..nak layan kerenah yamin pun kadang2 sampai mau naik angin satu badan. Ni kan pulak nak jaga lagi sorang..

Hmm..apa pun, Allah lagi mengetahui. Mungkin belum masa yang sesuai untuk saya diberi rezeki kan..

Kita merancang, Allah juga merancang. Tetapi Perancangan Allah adalah yang terbaik..


Thursday, October 27, 2011

Majlis BBQ

Ni cerita sabtu lepas. Tapi tak sempat nak update..maklum la sambut 'raya' kan..

Al-kisahnya kawan2 opis volunteer diri nak wat BBQ kat rumah saya. Kena la tuan rumah merelakan...hehe. Alasan mereka2 tu sebab rumah saya lapang. Iyela..takde perabot lagi.

Hmm..tak kisah la. Meriah sikit rumah. Selalu duk tiga beranak je. Merasa la jugak rumah tu riuh sesekali...Satu kepala kena bagi RM20. Duit beli barang2..

Acara membakar stat pukul 6 petang. Ni dua jejaka yang berhempas pulas membakar....


Bila dah malam, bertambah dah ahli yang tolong..mujur rumput2 kat tepi tu dah sempat di tarah..kalau tak, semak je mata memandang..hehe


Perh...tak sabar rasanya nak makan..








Ni sume anak2 kepada mak2 yang sibuk bergembira malam tu..


Lepas makan ada pulak yang main badminton tgh2 jalan..bakar lemak kononnya...


Alhamdulillah, malam tu semua berjalan dengan jayanya. Ada plak plan susulan nak buat lagi. Lokasi mana tak tahu pulak..

Tapi bila dah wat majlis cenggini, rasa tak sabar pulak nak wat majlis terima menantu. Errkkk???? Haha...

Friday, October 21, 2011

Aktiviti Hujung Minggu

Aloha....

Hehe...makin lama makin bersawang blog ni. Tak tahu la nape sejak duk rawang ni makin singkat masa nak uruskan blog. Malas sebenarnya kot..hehe

Dah la rumah berserabut..(ntah bilanya nak abis kemas). Bilik belakang tu Ya Ampun...dah jadi mcm bilik stor ke hape. Sume kotak2 duk humban je ke situ

Minggu lepas baru je ada masa mengerjakan tanah yang sekangkang kera kat depan tu dari ini...



kepada ini..



Haha..nampak je sikit. Nak dekat 2 jam gak la duk memproses. Siap peluh 'gugur ke bumi' gitu. Kalau tiap2 hari wat nih, gerenti kurus..betulkah???






Thursday, August 4, 2011

Masih Dalam Proses Menyesuaikan Diri..

Hari ni hari ke 5 duk di rumah baru & hari ke 4 berulang dari Rawang - KL. Belum dapat sesuaikan diri sepunuhnya lagi..

Kalau dulu kat rumah sewa, kuar gi keje kul 7.10pg. Ni kat Rawang, kul 6.40pg dah kuar rumah. Jalan pun gelap lagi..

Masa hari petama, isnin ari tu, memang penat abis. Dengan penat pindah rumah tak abis lagi..pastu pepagi buta kena kuar gi keje. Sudahnya, tertido kat surau sebab penat sangat..huhu

Hari kedua dah rasa ok sikit..skang ni Alhamdulillah dah makin boleh menyesuaikan diri dengan rutin baru. Cuma tgh hari masa rehat memang tido aje kat surau. Nak cas tenaga drive masa balik..hehe

Rumah masih lagi bersepah dengan bundut-bundut & kotak2 barang yang belum dikemas. Kalau penat, buat2 tak nampak aje sume2 tu..hehe. Kalau ada rasa rajin sket, baru kemas apa yang patut.

Hiburan di rumah baru memang takde lagi sebab astro pun belum pasang. Mujur la mood penat lum abis, jadi semangat nak tgk tv belum ada lagi

Umar Bunyamin plak setakat ni..ok aje. Suka pegi taska baru. Alhamdulillah. Walaupun terpaksa gi taska kul 6.40pagi, tapi tetap tak meragam. Terima kasih ye anak ibu sayang..

Friday, July 29, 2011

Nak pindah rumah dahhh..

Skang blog ni macam 'ada dalam tiada' aje. Macam bizi sesangat aje gayenye..hehe.

Esok nak pindah rumah. Gambar kat bawah ni merupakan pemandangan hari isnin lepas...



Bilik tidur utama yang penuh dengan barang2 pertukangan


Ruang tamu yang penuh dengan besi & rangka grill..



Ruang dapur yang ada mesin pemotong besi..



Adoyaiiii...memang bersepah sungguh kan..Tuan rumah plak suh kosongkan rumah sewa esok gak. Katanya hari ahad nanti anak dia nak masuk umah tu. Heiii, ahad ni kan masih lagi bulan 7. Tak pikir orang betul la..dah la masa suh pindah dulu pun mcm ada sikit kurengg adab. Saboooo ajelah....

Ingat petang ni nak gi bersihkan rumah. Si pembuat gril ckp setakat semalam, dia dah pasang satu grill pintu. Takpe..slow2 la yek Dik oii..Akak tak kisah. Janji rumah akak ada grill..hehe

Si pembuat grill tu adik saya sendiri. Memang jimat ler suh dia. Lagi pun adik sendiri yang volunteer nak tolong, kalau tak terima kata sombong plak..hehe


Harap2 pas abis proses pindah rumah ni, boleh rileks sikit. Penat betul ke sana kemari..Dalam masa tak sampai 2 bulan, kena uruskan dari ambik kunci rumah kat pemaju sampai la urusan pindah rumah. Penat tak terkata..huhu..

Friday, June 24, 2011

Tuan Rumah bikin Gempak Pulak..

Ni la salah satu sebabnya nape idup tak keruan semenjak dua menjak nih. 7/6/2011 bersamaam hari selasa 2 minggu lepas tetiba jek tuan rumah sewa call. Suh pindah bulan ni gak. Dia nak suh anak dia duduk situ.

Haish!!! Mana boleh bagi notis tak sampai sebulan. Mujur masa memula sewa dulu ada bayar sebulan deposit. Apa lagi, saya mintak la balik RM450 kalau nak saya kuar jugak bulan ni. Tapi tuan rumah tak nak bayar pulak..ish..ish..

"Kalau akak tak nak bayar, saya pindah akhir bulan depan la. Tapi sewa bulan depan saya tak bayar. Tolak je duit deposit tu" Salah satu dialog perdebatan saya dengan tuan rumah.

Wah, mana ntah datang keberanian saya ckp camtu. Selalunya kalau situasi kena gertak camtu, mesti saya lupa semuanya. Dah letak tepon baru teringat. Ni Sampai ofismate yang dengar perbualan saya ngan tuan rumah pun terkejut. Tak pernah2 Puan Maliza ni berani cenggitu..hehe.

Skang ni tgh duk sibuk uruskan rumah baru kat Rawang. Minggu lepas baru je abis proses amik kunci. Mujur la rumah yang di beli dah siap. Kalau tak, haru je nak cari rumah sewa yang lain. Ni tengah duk sibuk nak pasang grill & apa2 yang patut.

Memang kalut duk berulang dari PJ ke Rawang..kalut duk pikir nak pindah..duk pikir pasal taska yamin dan yang paling utama tarasa benor kekalutan bila tgk $$$$ kuar macam air yang mengalir deras. Aduh..aduh...

Wahai hati..tabah la dikau..ececehhhh..

Thursday, June 23, 2011

Masih terasa sakitnya....aduh!

Kelmarin saya jatuh katil...Haip!! Jangan pikir bukan2 yek..heheh!

Kisahnya cenggini, masa duk merangkak nak turun dari katil, kaki tersadung dengan kain sendiri. Masa tu tengah dukung yamin plak tu. Jenuh nak imbang badan, tapi akhirnya tersungkur jugak. Mujur atas katil..

Tapi kaki belah kiri terlipat ke tepi, yamin pulak terantuk kat dinding. Kesian yamin, tgh duk mamai2 baru bangun, tiba2 terantuk pulak.

Masa kejadian tu, sakit jugak kaki kiri nih. Rasa krem kejap. Yamin mula2 tak nangis. Tapi bila dengar saya duk cakap "aduh..sakitnya" sambil urut2 kaki, terus dia nangis & cakap "ibu jangan nangis.." Aik, bila masa pulak ibu nangis?? Sayang jugak yamin kat ibu ye.. :)

Sudahnya, sampai hari ni rasa lagi sakit kat belakang peha belah kiri. Takkan nak kena urut kot ek???


Tuesday, June 21, 2011

Dah berabuk blog haku nih!!

Assalamualaikum...

Ya Ampun..lamanya tak update blog. Banyak sangat hal yang melanda sejak akhir2 ni. Sampai tak terkejar nak update blog. Kadang2 bila ada masa sket, otak plak tepu nak tuleh apa...

Rindu sangat2 nak melawat umah kengkawan..tapi tu la, tak tersempat. Kepala otak duk serabut dengan permasalahan negara..mengalahkan ahli politik!!..hehe

Harap2 pasni boleh lagi ber BW walking cam dulu....

Monday, May 9, 2011

Sambut hari ibu di RASAMAS

Sabtu lepas kami 3 beranak sambut HARI IBU kat Rasa Mas, Car4 Subang. Ekceli terpandangkan promosi sempena hari ibu. Tu yang kami trus terjah aje

Masa makanan sampai aje, terus kami terkam. Nak-nak pulak perut tgh lapar sebab tak sarapan. Tak pandang kiri kanan..terus ngap aje! Yamin plak masa tu sproting. Memang line clear betullah.

Gambar pun sempat ambik bila perut dah kenyang..sume pinggan dah licin..haha! Tak senonoh betul!!!




Punya lah banyak makanan, tapi yang yamin makan Puding Mangga aje. Yang lain ibu ngn abag perabihkan..kehkeh!! Bukan ibu tak bagi, tapi yamin yang tak nak ye..heee..

Masa saat2 akhir nak abiskan makanan, budak baju oren ni dah tak senang duduk. Duk kehulu-kehilir..Yamin..yamin..tak kasi can ibu nak licinkan pinggan..



Buat semua kawan-kawan, SELAMAT HARI IBU. Semoga kita semua menjadi Ibu yang cemerlang, terbilang & gemilang.. :)

Thursday, April 28, 2011

Mereka tidak tahu..

Serabut betul hari ni..balik dari EL 2 hari..

Hari ni masuk je opis, macam2 pulak ceramah dari orang2 sekeliling. Menambahkan serabut dalam kepala aje. Bukannya tak suka orang bagi nasihat. Tapi nasihat yang diberi tu..lain betul bunyinya.

Nasihat2 tu semua menjurus pada keburukan diri kita..

Misalnya..

"tu la..ko jadi camni sebab ko tak kuat semangat..ko tak buat amal yang banyak"

"Alah, mende2 camni kalau kita tawakal pada Allah, senang je nak hadapi. Tak payah nak berubat kat ustaz pun. Buat sendiri aje pun boleh"

Bukan nak mengata, tapi kalau orang yang bercakap tu memang yang tergolong dalam golongan yang OK tak apa lah. Tapi yang bercakap tu seharusnya lah cermin diri mereka dulu sebelum mengata orang lain.

Agaknya bagi mereka2 semua, gangguan makhluk halus ni perkara enteng agaknya. Ataupun bagi mereka, sesiapa yang terkena gangguan ni sebab orang tu tak sembahyang kot..

Mereka tak alami apa yang saya alami..maka, dengan sesuka hati aje boleh menuduh sembarangan pada saya. Menasihati saya tanpa mengetahui betapa tergurisnya perasaan saya.

Dialog2 di atas hanya sebahagian kecil ayat yang dilemparkan. Tak sanggup rasanya nak paparkan ayat2 yang lain. Mau saya menagis masa saya tulis entri ni kang..huhu

Saya dalam proses berubat. Doakan semoga perjuangan saya berterusan hingga ke akhirnya. Banyak betul dugaannya. Badan saya dah lebam-lebam. Kaki dah melecet. Tangan rasa macam terbakar. Emosi kadang2 tak stabil.

Tapi, jauh di dalam diri saya, saya amat berterima kasih kerana ALLAH memilih saya untuk menghadapi UJIAN ini. Saya bertemu dgn seseorang yang sentiasa membimbing saya ke jalan ALLAH..

Kawan-kawan..tolong doakan saya cekal hadapi ujian ALLAH ini. Doakan semoga saya kuat. Doakan semoga saya tabah. .

Friday, April 22, 2011

Lambatnya nak balik..

Petang ni rasa lambat bebeno jam bergerak.
Lagi setengah jam baru boleh balik..huhu..
Nak balik pukul 5ptg macam biasa, kena masuk pukul 8pg plak.
Skang ni memang susah nak masuk kul 8pg..
Banyak sangat adegan pelok cium yamin kat depan pintu taska..
Sudahnya ibu sampai opis asyik terlajak 5-10minit.
Terpaksa ler tuka jadual keje 8.30pg - 5.30ptg..

Pagi kompem dah tak terkocoh-kocoh.
Tapi petang pulak on the dot dah kena balik.
Kang kalau sampai taska lebih pada pukul 6ptg, kena OT pulak RM5..
Kalau sehari takpe, dibuatnya tiap2 petang..
Adoi..mau ibu garu kepala jer tiap2 ujung bulan bayar OT..

Hmm..setiap perkara ada pro & kontranya..
Redah ajerlah nampaknya....

Tuesday, April 19, 2011

Nak buat kek tapi..

Petang-petang camni tiba-tiba mood nak buat kek ngn nak buat coklat datang meluap-luap. Dah lama tak membancuh kek ngn coklat, rasa macam gian pulak..ayat mcm tak boleh blah..haha!!

Dari semalam duk berkobar-kobar..ingat balik keje pas dah rilek2 nak wat la aktiviti yang diidamkan tu. Tapi tak menjadi pulak.

Tgh duk nak ambik mood, tetiba ternampak bundut kain kat kabinet mesin jahit tepi, terus capai & terpotong kain pulak. Haish..nampaknya hobi menjahit lagi menebal dari rasa gian nak buat kek ngan coklat.

Malam ni macam nak cuba buat coklat. Tapi kain yang dah dipotong semalam camana pulak? Adeh..konpius..konpius..

Monday, April 4, 2011

Ujian & Dugaan yang melanda..

Lama dah tak jengah blog ni. Rasanya nak dekat 2 minggu kot. Banyak pulak dugaan & ujian yang melanda akhir2 ni sampai 'kitaran bulanan' jadi weng sekejap. Doktor kata sebab terlalu penat..huhu..


Dah nak masuk minggu ke-3 yamin tak sihat. Mula-mula demam biasa. Pastu isnin lepas yamin kena demam campak pulak. Abis satu badan penuh bintik2 merah sampai ke tapak tangan & tapak kaki. Malamnya tak boleh tido. Mungkin gatal2 kot. Lepas pegi klinik & dapat ubat sapu baru ok. Minggu lepas langsung saya tak gi opis..jaga yamin.


Dalam pada tu, minggu lepas tok masuk hospital lagi. Pagi selasa tu saya tgh duk jemur baju, ternampak petugas perubatan PPUM duk tercari-cari rumah. Dalam hati duk berkata jgn la gi rumah tok. Rupanya betul...Tok kena alahan ubat. Habis satu badan lebam2. Naik ambulans terus sampai ke PPUM.


Sehari juga tok kena tahan kat wad kecemasan. Esoknya tok dibenarkan balik. Mujur saya tak keje. Jadi, saya dengan Mak Su gi PPUM untuk urusan tu. Mak Su uruskan tok dihantar balik dengan ambulans. Tak terlarat nak angkat tok yang badannya mmg 'comel & montel'.


Balik dari PPUM tok asyik cakap ternampak 'benda' la..nampak orang la..padahal takde sesiapa pun. Mak tiap2 malam gi rumah tok bacakan surah Yasin. Sekarang Alhamdulilah nampak tok macam dah sihat sikit. Cuma kadang2 je cakap yang 'pelik-pelik'..


Semalam pulak baru saya perasan lidah & lelangit yamin ada dalam 4-5 ulser/mata ikan. Patutla asyik menangis & tak nak makan. Malam tadi saya & hasben tak dapat tido. Yamin asyik menangis & merengek aje. Mesti sakit sangat tu. Pagi tadi hasben terpaksa EL sebab nak jaga yamin. Minggu lepas dah seminggu saya tak keje..hari ni terpaksa juga masuk ofis. Menangis-nangis yamin tak nak lepaskan saya gi keje..Kalau ikutkan hati, nak aje saya anta surat resign..huhu...


Sepanjang yamin sakit, tak henti2 saya berdoa moga2 ada rezeki lain untuk kami sekeluarga, yang membolehkan saya duduk di rumah menguruskan rumah tangga..Semoga diperkenankan oleh-Nya..


Ya Allah..Kau berilah ketabahan kepada aku dalam menempuhi segala ujian ini. Kurniakanlah kesihatan kepada Tok dan Yamin..AMIN...

Wednesday, March 16, 2011

Dugaan dan cobaan..

Lama betul nak hapdet blog ni. Minggu ni ngn minggu lepas hidup agak kucar-kacir. Dah hampir2 jadi serabai macam Hantu Kak Limah..huhu

Minggu lepas dengan keje yang berlambak. Yamin pulak tak sihat. Semalam demam sampai muntah2 sampai lembik melepek je atas tilam. Nyaris2 kena tahan wad. Syukur hari ni dah nampak ok.

Kelmarin pulak tok (nenek) dah di transfer ke PPUM. Khamis lepas tok jatuh bilik air, terhentak kat kepala. Masa tu tok gi Perak, rumah tok ngah (adik tok). Lepas beberapa hari kat hospital sana, baru kelmarin pindah ke PPUM dgn ambulans.

Saya masih tak berkesempatan nak gi melawat. Dengan keadaan yamin semalam, mmg tak boleh nak ditinggalkan. Dengar dari cerita pak cik-pak cik & mak cik-mak cik, tok macam dah kena strok. Ada darah beku kat kepala, kesan dari jatuh tu. Tangan kiri tok langsung tak boleh gerak..

Aduh..hampir nak menangis masa dengar perkhabaran tu. Dulu masa tok masuk hospital hampir sebulan, memang tiap2 hari saya tunggu tok. Kebetulan pula masa tu cuti semester. Tapi sejak dah ada anak ni, rasanya masa untuk tok pun dah terbatas..huhu..

Ya Allah..ko berikanlah kesembuhan untuk tok...ko sihatkan lah anakku..dan ko sejahterakanlah keluarga kami..AMIN

Friday, March 11, 2011

Sedang dilanda kemurungan..

Kelmarin try baju dalam lemari..banyak yang dah tak muat..


Sedihnya....takkan asyik nak wat baju ikut ukuran baru ajer. Tak moh lah cenggini. Uwaaaa...........

Tuesday, March 8, 2011

Asyik jemmm ajer..

Pepagi buta dah bikin pergelangan kaki naik kremm..dah la baru baik dari jatuh tangga. pagi tadi duk tekan minyak..tekan brek..Adussss......

Cenggini la keadaan jalan pepagi tadi. Baru jer bayar tol RM1.60, dah jem.


Tiap-tiap asyik kena tempuh jalan camni aje. Kalau hujan sikit aje, macam pagi tadi, lagi la hebatnya jem nyer. Kadang2 rasa mau tua dalam keta kalau duk muncung aje tiap2 pagi. Aduh..aduh..tabah la wahai hati..

Monday, March 7, 2011

Jatuh tangga..

Kisah tragis yang berlaku di pagi jumaat nan mulia..


Al-kisahnya, jumaat lepas saya lewat sikit gi opis. Malam tu tak boleh tido sebab yamin muntah-muntah. Banyak jugak. Bertungkus-lumus saya ngn hasben bersihkan apa yang patut, lap-lap badan yamin, tukar cadar bagai..


Paginya kepala saya rasa pening2. Agaknya sebab tak cukup tido kot. Dalam kul 9 pagi tu saya dah bersiap nak gi opis. Mintak tolong hasben hantarkan. Masa turun bawah, saya baca la iklan kat notice board tepi tangga tu.


Tiba2 sedar2 saya dah terlunjur kat tangga bawah. Yang saya ingat, sebelum terjatuh tu pergelangan kaki saya macam terpelecot..tup-tup dah kat bawah.


Mujur la masa tu saya tak dukung yamin. Kalau tak, lagi haru dibuatnya. Elok aje masa duk terlunjur tu, yamin duk sebelah saya dgn muka terpinga-pinga. Hasben pun tak sedar saya jatuh sebab masa tu dia pun tgh duk baca iklan kat notice board tu. Mujur masa tu dia kat belakang. Agaknya kalau kat depan, dengan dia-dia saya sapu sekali..hehe


Ingat nak gi opis terus pastu, tapi bila bangun kaki ni rasa berdenyut semacam. Pinggang pun sakit. Nak berjalan pulak susah. Terus la gi klinik. Doktor bagi ubat tahan sakit & ubat untuk otot. Balik je klinik, makan ubat terus tido tak hengat apa dah. Sedar2 yamin kat sebelah pun tertidur sama. Mujur la dia tak banyak kerenah hari tu.


Bangun je tidur, nampak kaki dah stat bengkak. Letak minyak panas..urut2 sket. Baru ok sikit. Hari ni pun ada lagi rasa nyut..nyut..


Adoi..camana la boleh terjatuh tangga Maliza oiii!! Bila teringat peristiwa tu, nak tergelak pun ada. Nasib baik la takde orang masa tu. Mesti jatuh tu macam nagka busuk..haha!!


Moralnya : Jangan baca apa-apa iklan masa nak turun tangga. Tumpukan perhatian kat anak-anak tangga tuh. Malang tak berbau..huhu

Wednesday, March 2, 2011

Walaupun 5 hengget, tetapku terkilan..

Ala..rugi sudah!!. Baru je perasan gift voucher carrefour nih dah expired isnin lepas. Huh, walaupun 5 hengget aje..Boleh buat beli puting botol yamin. Nak beli potato bread pun boleh. Ada lebih lagi tu..



Ni ada lagi satu..yg RM8 pulak. Akhir bulan ni expired. Kena ingat nih. Kalau tak.."hangus" jugak nanti. Tak moh rugi lagi..



Tu la..car4 nih bagi voucher buat ada had masa pulak. Yg RM4 tu dari 4 - 28 Feb. 2011. Yg RM8 tu pulak dari 1 - 31 March 2011. Mana la tak lupa..Kalau sekali harung dapat guna dua-dua voucher tu kan senang..



Monday, February 28, 2011

Operasi mencari bos..

Dari Jumaat lepas duk meng'short-listed' kan application utk Pen. Pegawai IT. Tadi dah abis 2 fail gabak. Tinggal lagi 2 fail gabak yag nak di review.

Jawatan kosongnya satu (1) ajer, tapi yang mohonnya..mak aiii..nak dekat 400 orang. Duk juling biji mata ni duk belek resume satu-satu. Dah la tu..yang duk membelek ni (saya ler..) mana la tahu pasal IT. Masa belajar dulu amik bidang SOCIAL WORK. Kan langsung tak bersangkut dgn IT.

Tapi dah diamanahkan oleh Puan Pegawai..buat aje ler..Skang ni kiranya kerani tgh cari Penolong Pegawai. Syarat utama yang saya tetapkan ialah..mestilah LELAKI dan HENSEM. Haha..boleh gitu?? Sedap sikit mata memandang, dapat 2nd bos yang berwajah tampan..hihihi..

Oh tidak..tidak..saya ni jujur orangnya. Saya pilih ikut betul-betul standard yang ditetapkan. Tak baik pecah amanah..kan..kan..kan..

Thursday, February 24, 2011

Pakistan jual karpet..akhirnya aku tertawan jua..

Hamboi..kalau en. hasben dgr tajuk nih, mau kena kejar satu blok..haha!

Ekceli, kejadian ni berlaku masa cuti ari tu. Kalau kat kawasan rumah saya ni mmg dah jadi kelaziman kalau Pakistan datang dari pintu ke pintu jual barang..cadar, frame, carpet..dan segala macam mende lagi lah.

Selalunya kalau dia singgah dpn rumah saya, saya geleng je..tak moh beli.

Tapi tak tahu la nape, ari tu tetiba je saya terbeli mende nih..




Mungkin sebab terpesona dgn warnanya kot. Dia lebih kurang cam comforter je. Cuma dalamnya kekabu. Akal duk merelevankan kepentingan tilam nih. Padahal kalau diikutkan, mmg tak perlu pun. Hari tu jugak melayang RM120..pastu mula la rasa menyesal la apa la..huhu

Haish!!! Pasni kena pastikan kuat iman. Jangan boros. Isteri SOLEHAH kan isteri yang pndai berjimat-cermat..