Haha..ni la chippo! Dari bulan pose yang lepas dia menghilang. Baru malam tadi muncul balik.
Malam tadi lepas balik dari klinik, aku nampak sekor kucing kat bawah lori. Aku cakap ngan hasben.."eh, macam chippo lah". Pastu kucing tu berjalan menuju arah aku ngan hasben. Pastu aku cakap lagi "cara jalan macam chippo la.." Laa...rupa2nya memang chippo. Cepat2 aku masuk rumah, tumbuk ikan bilis & gaul dgn nasi utk jamu si chippo.
Masuk kali ni kali kedua chippo menghilang. Sebelum ni chippo penah hilang. Merata aku ngn adik gi cari. Nak dekat sebulan gak. Kami terjumpa chippo kat Taman Perumahan sebelah Taman Perumahan kami. Masa tu macam jejak kasih rasanya. Kami ngn chippo sama2 berkejaran ke arah masing2 ..cewah!!
Cuma kali ni aku tak jumpa chippo walau puas cari merata. Tapi akhirnya chippo balik sendiri. Syabas ye chippo. Aku tau chippo bukan menghilang secara tiba2. Tapi sebab dia kena buang. Bukan chippo sekor je kena buang. Kucing2 aku yang lain pun selalu kena buang (aku tau sape yang suka buang kucing aku..tapi takpe la. aku malas nak bermusuhan).
Chippo ni datang umah pada malam hari aku bernikah. Masa tu badan chippo kurus sangat & kecik lagi. Aku anggap chippo macam hadiah perkahwinan la kiranya. Aku bawa chippo gi klinik haiwan..bagi makan ubat..bagi makan banyak2 sampai la jadi gemok gedempol..haha! Tu yang aku sayang ngan chippo.
Nama chippo aku amik sempena nama satu watak dalam kartun anime peberet aku..INNUYASHA.Selain chippo, banyak lagi kucing yang aku ada macam Buruk, Belang, Oren, Pirate, Ontot, Saber, Luna, Po cik, Greko..nama tu kebanyakannya aku amik dalam kartun anime..giler kartun jepun aku ni hehe. Tapi sume kucing2 tu dah takde. Ada yang dah mati, ada yang kena buang & ada yang aku hantar kat pusat pemeliharaan kucing kat subang tu.
Skang ni kalau ada mana2 kucing yang aku tengok kelaparan, aku bagi la makan. KESIAN. Nak bela macam dah tak sanggup. Kang elok2 gemuk, kena buang lagi. Penah gak dulu ada orang letak kat umah aku 4 ekor anak kucing yang baru lahir. Aku bela..siap beli puting untuk anak kucing & susu. Tapi sebab kecik lagi..sume kucing2 tu mati..isk..isk..
kesiannya chippo. Gigih betul dia cr jln pulang...sapa le yg dengki tu buang chippo..moga chippo xilang lg.
ReplyDeletechippo! o aku rasa ada simpan gambar chippo la mal. msa mjls kahwin ko tu kan aku dtg.
ReplyDeleteKak nza, skang chippo dah duduk kat kedai runcit. Kalau saya gi beli barang je, mesti dia ikut saya balik umah. Tak lama lepas tu dia gi balik ke kedai. Dia takut kena buang lagi kot..
ReplyDeleteRin, kucing yang tido kat hantaran aku tu ke? Kalau yang tu si oren. Rasanya masa kenduri tu chippo tgh menjamu selera kat khemah dgn si belang..hehe
akak boleyh x sy nak no penjagaan kusing subang tuh.sy pon na hntr..nak jaga dah xsanggup laa kak.. lagi pulak kesian dorang xde tempat yang selesa and family sy asik travel je kan..so terabai semua..
ReplyDelete