Wednesday, March 31, 2010

TERSEREMPAK..TERBAGI..TERJEBAK..

Alkisahnya cenggini..tgh hari semalam saya kuar gi bank kejap. Masa dalam perjalanan tu terserempak dgn salah sorang student Sekolah Tunas Bakti (a.k.a. Sekolah Juvana) tempat saya buat praktikal masa tgh studi dulu.

Punya la saya xcited sbb tahu budak tu dah berjaya mempunyai kerja tetap & sudah berkeluarga, sampai dalam tak sedar saya dah bagi no hp saya…

Bermula la sebuah tregedi..

Hp saya tak sudah2 terima panggilan (saya tak jawab) & msg..boleh saya jumpa..keje kat mana..nape tak nak jumpa saya..sampai tgh malam saya dapat msg macam tu. Siap ada rayuan lagi nak jumpa saya..nak datang rumah saya..walaupun berkali-kali saya nyatakan situasi saya yang tak mengizinkan.

Oh..oh..saya bukan lagi anak dara yang boleh pulang lewat ke rumah untuk berjimba-jimba, berpoya-poya..apatah lagi bertemu seseorang yang berlainan jantina yang juga merupakan suami orang (budak tu) dalam keadaan berdua sahaja. Tidak…

‘Cerdik’nya la saya ni..bagi no hp, pastu cakap saya kerja kat Lembaga Jurutera Malaysia..nasib baik masa dia tanya lokasi ofis saya mula tersedar & tak bagitau..kalau tak, mesti lagi panjang rentetan kisah 'gile' ni..

Moga pengalaman ni jadi iktibar pada saya..jgn senang2 bagi sebarang maklumat peribadi kepada orang yang agak 'asing'..

4 comments:

  1. kdg-kdg tanpa kita sedar,kita gembira berjumpa org yg sudah lama tidak kita jumpa, jadi kita terlupa akan maklumat peribadi.

    ReplyDelete
  2. 2lh, kekdg kita ikhlas ttp org ambil kesempatan lak...

    ReplyDelete
  3. kalo lelaki ni baik le berhati2, x yah le nak bg contact no oh mcm2 info... riso gak kan.. niat kita lain, tp rupanya dia ade udang plak...

    ReplyDelete
  4. Rin - kita gembira sebab dia dah dapat kehidupan yang lebih baik. tapi tak sangka pulak jadi camni..huhu

    kak nza / kak yong - tu lah, lepas ni mmg kena berhati2. jgn mudah sgt percaya kat orang. trauma dah ni..

    ReplyDelete