Tuesday, October 12, 2010

MASIH TAK OK LAGI..

Seperti dalam entri saya yang di sini dan sini dan sini, malam tadi, saya jumpa pulak dengan kawan abah yang sebelum ni pernah 'mengubat' yamin. Sebab perjumpaan tersebut adalah kerana saya sudah beberapa hari tak dapat tido malam. Yamin mula mengamuk balik..menangis tgh2 malam. Dalam pukul 3.30 - 4.00pagi yamin mula menangis..sampai la azan subuh. Mula aje azan subuh, terus yamin diam & tertido.

Malam semalam, menurut pak cik tu..'benda' tu ada kat kaki lima rumah & juga kat dalam rumah saya. Dan 'benda' tu juga katanya agak kuat dan datangnya dari tuan yang sama. Semalam pak cik tu bekalkan kacang hijau untuk ditabur di dalam rumah & di kaki lima rumah saya.

Malam semalam oleh kerana hasben keje malam, saya tido kat rumah mak. Tepat pukul 3pagi, yamin stat menangis. Semalam sampai pukul 4pagi. Kepala saya dah buntu..dah tak tahu nak buat apa..malam ni nak tgk camana kalau tido rumah saya pulak. Berkesan ke tidak kacang hijau tu..tapi harap2nya berkesan la. Kesian dekat yamin..tiap2 malam menangis sampai suara pun dah serak.

Kat kawasan rumah saya tu rasanya dah makin kritikal. Minggu lepas, masa majlis kenduri kawin jiran di Blok C, udang 90kg dgn sayur cendawan tiba2 busuk. Padahal masa masak tu elok aje. Dah siap masak semua..udang dgn cendawan tu jadi busuk pulak. Ahad lepas, masa kenduri jiran yang satu blok dgn saya, dagingnya pulak yang basi. Semuanya jadi masa dah abis masak. Kalau difikir, memang tak logik..

Itu belum lagi kes kawan saya yang tiap2 hari badan ada lebam2. Ada juga kawan saya yang nampak 'benda' tu kat luar tingkap dapur. Kalau waktu malam, memang sentiasa aje dengar bunyi budak2 menangis..

Tak tahu la..saya harap malam ni segala gangguan kat rumah saya berakhir. Harap2 berkesan la 'pagar' dari kacang hijau tu. Kalau tidak, satu je usaha yang saya mampu fikir..jumpa balik ustaz kat wangsa maju tu & bawa air dari 7 kolah masjid untuk dijadikan pagar rumah..

Moga2 apa yang berlaku pada saya ni ada hikmah disebaliknya..


14 comments:

  1. salamss lizaa....kesiannya awak & yamin, tak nak tryy pindah rumah ker? mana tou ada jln penyelesaian.

    try call ibu 047324451
    dia nie pandai juga ubat utk anak2 yg diganggu benda2 tak nampak nie..mana tau serasi.

    ReplyDelete
  2. kmieja..kalau ikutkan mmg nak pindah, tapi rumah yang dibeli belum siap lagi. mungkin awal tahun depan. lambatnya masa berlalu...

    ibu tu duk kat kedah ke? saya kat kl..camana tu?

    ReplyDelete
  3. Salam, liza. Dah cuba pasang ayat2 Ruqyah?

    ReplyDelete
  4. liza: dia blh buat dari jauh (doa/baca ayat quran)

    ReplyDelete
  5. MAIA - Ayat Ruqyah tak cuba lagi. Tak teringat pun time kalut2 ni. Cuma ada pasang ayat Manzil dgn surah Al-Baqarah je. Insyaallah nanti saya cuba. Terima kasih ye

    ReplyDelete
  6. kmieja - terima kasih ye. kalau yamin masih tak ok lagi, saya cuba call ibu tu pulak..

    ReplyDelete
  7. banyak2 berdoa yer...moga Allah melindungi keluarga liza..amin...

    ReplyDelete
  8. Liza ada ke ayat ruqyahnya..kalau takde, bagi emel..kot saya boleh hantar via emel

    ReplyDelete
  9. MAIA - belum ada lagi. Boleh ek via email..
    chippoayang@gmail.com
    Terima kasih banyak2 ye..

    ReplyDelete
  10. salam mak cik.. ni cuma pandangan aku je.. sambil2 ko baca ayat ruqyah tu, msa tido ko cuba pasang CD ayat ruqyah tu.. ada jual kat kdai2 buku (kdai buku aku pn ada jual) pakej dgn buku dari ustaz sharhan- tajuknya 'perubatan islam-menangkis kejahatan mahluk halus' terbitan darul nukman..

    ReplyDelete
  11. Sabar ye Liza. Akak cuma dapat doakan liza dan famili sentiasa berada dalam lindungan Allah sentiasa. Dik, bykkan bangun buat solat tahajud dan mengaji sebanyak boleh. Rumah yang sentiasa diperdengarkan bacaan Quran, insya Allah dapat mengusirkan syaitan. Lagipun jiwa kita ni sentiasa kosong kalau alpa dan lupa Allah, syaitan senang masuk. Zikir jangan tinggal ye.

    ".. dan janganlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." Surah Yusuf Ayat 12.

    ReplyDelete
  12. Ustaz Azraay - aku ada dgr pasal buku tu. masa dalam rancangan tanya lah ustaz kalau tak salah. Okeh..terima kasih atas pandangan mu itu :)

    ReplyDelete
  13. kak nonnie - Insyaallah. mungkin sebelum ni saya ada terleka..jadi Allah beri ujian untuk mengingatkan saya. Terima kasih ye kak..

    ReplyDelete