Friday, December 3, 2010

HADIAH HARI JADI HASBEN = TAYAR PANCIT

Semalam hari jadi hasben yang terchenta. Tapi hadiahnya ialah..tukar tayar keta yang pancit..hehe.

Kesnya berlaku pagi semalam. Elok je parking keta, baru perasan tayar depan dah kempis. Patut la masa merempit nak gi keje tu terasa berat semacam jer

Terpaksa la roger hasben citer tayar dah pancit. Hajat hati memula ingat nk call hasben konon2 nak nyanyi lagu bday lah. Nak nyanyi depan dia malu pulak..aww! Haha. Dah tayar pancit, lupa pulak pada tujuan asal..



Oleh kerana kedudukan keta yang agak merbahaya..keje menukar tayar terpaksa dilakukan dgn berhati-hati..


En. Hasben yang bertungkus-lumus menukar tayar spare. Kesian terpaksa datang jauh2 semata-mata nak tukarkan tayar keta saya. Sambil-sambil tu sempat saya snap gambar..


Gondol dah..


Mujur boleh guna tayar spare nih walaupun angin sedikit kurang..



Ini lah rupanya 'benda' yang membocorkan tayar keta saya. Ku sangkakan paku..skru rupanya. Punyalah besar. Camanalah leh terbenam dalam nih..


Pastu terus saya gi bengkel. Tampal tayar..mujur kena RM5 aje. Ucapan terima kasih tak terhingga pada en. hasben kerana telah bertungkus lumus menolong isterimu yang comel ini..hehe.

Tak sangka semalam dah genap suami saya 31 tahun. Rasanya masa mula berkenalan dulu masing2 masih di awal 20-an. Moga2 perhubungan kita akan berkekalan hingga akhir hayat..Amin..


4 comments:

  1. Mal, 10 thn berlalu seperti semalam berlalu. masih aku teringat time ko berdua 'dating' kt kampus dulu.

    ReplyDelete
  2. rin - kat foyer SPS kan..kan.. masa tu aku masih comel lote lagi..wakaka! mcm nak gelak je kalau terkenang zaman dolu-dolu..hehe..

    ReplyDelete
  3. hi.hi.hi...kesianya...kes kena buli nie.
    Slamat ulang thn utk suami nor.

    ReplyDelete
  4. kak nza - buli sambil bermesra..hehe

    ReplyDelete