Wednesday, December 1, 2010

SURAH YASIN JANTUNG AL-QURAN - PART I

Kat surau bangunan pejabat saya ni setiap waktu rehat hari Jumaat akan ada kelas agama. Penceramah pula berbeza setiap minggu.

Minggu pertama Ustazah Kak Chik - tak tahu pulak nama sebenarnya sape. Tapi beliau merupakan seorang lecturer di UIA kalau tak silap

Minggu kedua pula Dr. Rubiah Kulup - yang ni perunding motivasi serta pendakwah bebas. Selalu gak keluar dalam tv.

Minggu ketiga giliran Uztazah Siti Norbahyah - Ustazah 'cakar harimau'..hehe

Minggu keempat giliran Dr. Fatma El-Zahra..

Entri ni bukan la nak cakap pasal giliran ustazah yang memberi ceramah. Tu sume intro aje..hihi. Yang saya nak kongsikan dalam ni pasal Surah Yasin. Dalam kelas Dr. Fatma Jumaat lepas, ada di terangkan cara membaca surah Yasin ni untuk penyembuh segala penyakit, terkabul segala doa dan pengubat segala kesusahan..dengan izin Allah.

Cara :-

Bahagian I

Baca Surah Yasin dengan cara :-
  1. Ayat pertama "Yasin" - baca 7x
  2. Baca ayat seterusnya - ayat 2-37
  3. Sampai ayat 38 - ulang 12x
  4. Sampai ayat 58 - ulang 7x
  5. Sampai ayat 82 - ulang 14x
  6. habiskan bacaan sehingga ayat terakhir - ayat 83
Baca Surah Yasin seperti di atas sebanyak 3 kali

Bahagian II
  1. Baca surah Al-Fatihah
  2. Baca Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W
Bahagian III
Kemudian :-
  • Doalah kepada Allah
  • Mohon apa yang dihajati
  • YAKINLAH PADA ALLAH S.W.T

Lakukan sebanyak 3 kali Jumaat berturut-turut pada waktu pagi. Sesudah Subuh


Nota tambahan -

- Ayat 58 khusus untuk hilang takut, halau jin/syaitan
  • Baca ayat 58 100x, tiup dalam air zam-zam, minum & sapu satu badan
- Ayat 82 khusus untuk penyakit kanser
  • Baca ayat 82 100x, tiup dalam air zam-zam, minum selama 41 hari berturut-turut

Insyaallah nanti saya akan kongsikan lagi kelebihan Surah Yasin ni ye..


4 comments:

  1. seronoknya setiap minggu ada ceramah:)

    ReplyDelete
  2. bagusnya dpt mengikuti ceramah dr org2 trkenal camni.....semoga boleh diamalkan...TQ 4 sharing.

    ReplyDelete
  3. Kmieja - Memang seronok kak..antara pengerusi majlis nya Mek Habsah. Bekas pelakon dulu..

    ReplyDelete
  4. Kak nza - Insyaallah kak, nanti saya kongsi lagi info yang lain. sharing is caring kan.. :)

    ReplyDelete