Monday, December 13, 2010

KAFTAN OH KELAWAR..AKU TERKECIWA..

Semalam seharian saya bertungkus lumus menyiapkan kaftan (saya pangil baju kelawar). Kononnya hari ni, hari isnin..nak pakai baju baru gi keje.

Maka dengan gigihnya saya menjahit. Ini cubaan pertama saya jahit kaftan yang bercantum di lengan. Sebelum ni saya jahit kaftan yang cenggini je..

Tapi saya kurang berkenan dgn jenis yang 'berserabai' kat tepi. Macam mengganggu pergerakan. Rupa kelawar nak terbang pun ada juge..haha! Sebenarnya mungkin ketinggian yang tak mengizinkan saya menggayakan fesyen sebegini.. :p

Maka, semalam saya mencuba gaya terbaru seperti yang ada di pasaran...tapi alangkah kecewanya hati ini bila apa yang diharapkan tak menjadi kenyataan. Baju ni jarang sangat..pakai 'inner' pun masih tak mencukupi sebab 'inner' saya separas pinggang aje. Nak kena carik 'inner' paras lutut nih! Tak rela saya menampakkan 'aset' bahagian belakang tu di khalayak ramai..huhu..


Ni pulak pandangan dari atas..


Patutnya kat bahagian tepi & bawah tu kena jahit tepi warna pink/purple. Tapi saya terkecewa..lansung tak jadi nak jahit tepi. Sampai ke saat ni saya masih lagi merasa kekecewaannya..tak tahu la nape. Tu la..masa beli kain tak hengat nak belek2. main beli aje..kan dah terkena!



4 comments:

  1. sayangnya.. apa kata buka semula & letak lining... tapi kena hati2 la...

    ReplyDelete
  2. kak yong - a'ah kan. tak terfikir pulak. tapi kena tunggu masa yang sesuai. buatnya yamin 'mengganas' lain jadinya nanti..hehe

    ReplyDelete
  3. rin - tu la..pilihan pertama nak cari inner yang panjang. kalau takde/tak jumpa, kena guna pilihan kedua - letak lining

    ReplyDelete