Monday, December 13, 2010

SELAMAT HARI LAHIR ABAH

Hari ni genap usia abah 60 tahun. Selamat Hari Lahir Abah. Hmm..abah sudah semakin tua. Walaupun umur abah sudah 60 tahun, abah masih lagi bekerja. Fizikal abah tidak menggambarkan usianya. Alhamdulillah hingga ke saat ini abah masih lagi dikurniakan kesihatan yang baik. Moga-moga abah sentiasa sihat hendaknya.

Hari lahir abah selang sehari saja dgn hari lahir saya. Sebelum saya berkahwin, memang setiap tahun kami akan sambut bersama. Sama-sama potong kek memang dah jadi tradisi wajib kami berdua..ekeke.

Tapi sejak berkahwin, baru sekali je rasanya kami sambut bersama. Aduh..moga-moga dengan adanya keluarga sendiri saya masih lagi mampu menjadi anak yang baik..yang mampu berbakti kepada mereka yang tersayang..

Ya Allah, kurniakan abah kesihatan yang baik, bahagiakan hatinya, kabulkan setiap permintaannya. Berikan aku kesempatan dan peluang untuk berbakti kepada kedua ibu dan bapa ku selagi nyawa di kandung badan..ku mohon dengan sangat Ya Allah..AMIN..

8 comments:

  1. selamat ulang thn ke 60 utk uncle...moga allah kurniakn kesihatan yg baik...amin.

    ReplyDelete
  2. kak nza - mudah2an begitu..amin. tq :)

    ReplyDelete
  3. As'salam...

    happy birthday to ur father, may allah bless him always..

    ReplyDelete
  4. happy birthday utk ayah liza, semoga pjg umur murah rezekinya:)

    ReplyDelete
  5. selamat ulang tahun utk ayah norma...

    nampak tegap lagi...

    ReplyDelete
  6. Kmieja - Terima kasih..amin.. :)

    ReplyDelete
  7. kakyong - mungkin sebab keje berat, peluh selalu kuar, tu yang masih anmpak tegap. harap2 sentiasa sihat hendaknya..

    ReplyDelete