Kalau kita mimpi budak kecik/bayi pastu menyusu badan pulak..tu tanda yang tak elok kan? Malam tadi saya mimpi perkara macam tu. Rasanya dah 3-4 kali mimpi benda yang hampir sama. Mimpi ada bayi & menyusukan bayi tu!
Yang peliknya, dalam mimpi-mimpi tu, mak saya yang susukan bayi. Malam tadi pulak saya mimpi mak yang melahirkan & terus menyusukan bayi tu.
Ya Allah..moga-moga tidak ada yang tersirat di sebalik mimpi-mimpi tersebut.
Selepas dari gangguan dan kejadian yang saya alami sebelum ni, rasanya memang dah fobia sangat-sangat. Harap perkara-perkara macam tu tak berulang lagi..
orang kata mimpi bayi ni berkaitan dengan saka....wallah hu alam
ReplyDeleteAssalamualaikum Normaliza
ReplyDeleteInsyaallah, tiada berlaku perkara yg buruk
cuma mainan tidur sahaja
berdoa selalu, elak perkara yg buruk menimpa
amin
Wassalam
kesian awak ek...tak abis2 benda bukan2...mimpi berulang ni selalunya mmg ade maksud tersirat...wallahualam...bertanyalah pada yg tahu
ReplyDeleteN - a'ah, pernah gak dgr camtu..
ReplyDeleteRozali - Waalaikumsalam. Terima kasih. mudah2an tu cuma mainan tidur aje la kan..
ReplyDeleteIla - tu la. selalu sgt pulak mimpi camni..
ReplyDeleteLiza.....cuba lah bertanya pada yang pandai....kalau berulang ni dah lain plak cerita nya....
ReplyDeletekurang tahu la pasal tafsiran mimpi ni...
ReplyDeletemungkin elok bertanya dgn ustaz @ mereka yg berilmu..
uish ye ke ,baru tahu nie.. amy selalu sangat mimpi bayi tapi en.hubby cakap mungkin sebab amy terlalu fikirkan sangat nak anak...
ReplyDeleteR-yu & kak yong - saya pun rasa macam nak tanya ustaz. kalau sebelum ni tak pernah kena "gangguan" mungkin takpe kot. tapi ni dah ada "sejarah"..macam kena juga la bertanya pada yang tahu
ReplyDeleteAmy - mungkin juga kalau kita teringin sgt, boleh terbawa2 sampai ke mimpi kan..tapi saya pernah ada'kes'..kena juga berjumpa org yang pandai la kot
ReplyDelete