Tuesday, January 4, 2011

Dah mula balik dah...

Semalam amik cuti..anak sekolah..hehe..saya tipu. Beriya duk rumah 4 hari. Nak tenangkan fikiran sempena tahun baru kononnya..

Tapi pagi tadi sume mood baik terbang sudah! Heee...geram..geram..hari ni jalan jem tak henggat punya..

Ni baru pas kuar tol NPE. Dah sesak cenggini. Rasa nak pusing balik kat pondok tol tu mintak pulang balik RM1.60..geram tahap Gaban dah pagi tadi


Tu belum lagi depan Angkasapuri. Kereta berderet macam beratur nak amik makanan percuma. Kat bangsar lagi..dgn bas banyak, teksi berhenti sesuka hati. Sabo ajelah..

Huhu..perjalanan 15 minit jadi 45-60minit. Buka je sekolah..dah bermula balik la kesesakan jalan yang menyesakkan fikiran di pagi nan indah. Tu belum bab nak cari parking yang nun jauh di hujung simpang...

Mujur hari ni sempat masuk on the dot. Ngam2 kul 8..Azam tahun baru TAK MOH MASUK LAMBAT..harap2 terlaksana..hehe




2 comments:

  1. omg!!! x suka tersangkut dalam jem betul-betul menguji kesabaran ow...

    ReplyDelete
  2. Amy - setiap pagi mmg camni la gayanya. tak suka sgt..tapi takleh buat apa..huhu

    ReplyDelete