Wednesday, February 23, 2011

Kejiranan yang tak selamat..

Ari tuh, lori abah saya hilang.

Pastu, jumaat lepas pulak motor anak jiran saya hilang. Kesian..budak tu baru je beli motor tu 3 bulan lepas. Baru jer bayar 3 kali. Pulak tu, dia lepasan SPM. Sanggup keje sana sini semata-mata nak bayar motor. Dan paling kesian, ibunya (kawan saya) adalah seorang ibu tunggal yang telah kematian suami.

Kesian kawan saya tu, pening nak uruskan hal tu. Dah la takde sumber rujukan. Saya nak tolong pun tak tahu. Yang saya tahu, kena buat laporan polis. Yang lain2 saya pun tak berapa reti.

Lepas pada kejadian tu, motor hasben saya pulak jadi mangsa. Mujur cermin sisi aje yang sempat dirembat. Pagi masa hasben nak start motor, baru dia perasan motor dah togel..Semalam baru sempat beli & pasang cermin sisi baru..

Cenggini la gayanya kalau duk kat kawasan rumah flat. Kejadian camni mmg selalu je terjadi. Tak tahu dah nak buat camana. Takkan nak bawa motor masuk dalam rumah. Kalau rumah kat bawah, boleh la juga. Kalau duk tingkat atas, tak kan nak usung motor naik tangga..

Harap2 siapa-siapa yang terlibat dengan kegiatan yang tak bermoral ni..cepat2 la sedar dan kembali ke pangkal jalan..Kalau buat benda yang tak baik, kesudahannya tak pernahnya baik. Cuba la jadikan kes peragut yang mati dalam longkang kelmarin sebagai iktibar..Tak ke sia-sia je tu..






7 comments:

  1. xboleh dibiarkan tu nor...nnti makin menjadi2....

    ReplyDelete
  2. Mal,
    aku teringat citer adik aku msa rumh lum siap, tiap pg kereta kena baling dgn telur.

    ReplyDelete
  3. hidup nak senang atas kesusahan orang lain..gitulah jadinya

    ReplyDelete
  4. kak nza :
    tu la kak, dulu ada gak wat rukun tetangga. skang dah tak buat. kena mula balik kot ni..

    ReplyDelete
  5. rin :
    membazir betul baling telur kan. baik wat goreng..dapat gak makan.

    ReplyDelete
  6. Ila :
    tu la..sesape yg baca berita tu, kalau tak insaf lagi, tak tau la..

    ReplyDelete
  7. Pernah tak terfikir nak lipat je motor simpan dlm poket? hahahaha

    ReplyDelete