Wednesday, March 9, 2011

Berwudhu' zahir dan batin

Pagi tadi dapat e-mail dari seorang teman..

Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang di anggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasai kurang khusyuk.


Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"


Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin"


Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"


Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air"


Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

  1. Bertaubat
  2. Menyesali dosa yang telah dilakukan
  3. Tidak tergila-gilakan dunia
  4. Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
  5. Tinggalkan sifat berbangga
  6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu
  7. Meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat"


"Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan :
  1. Aku sedang berhadapan dengan Allah
  2. Syurga di sebelah kananku
  3. Neraka di sebelah kiriku
  4. Malaikat Maut berada di belakangku, dan
  5. Aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian Siratal mustaqim dan ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik"

"Setiap bacaan dan doa di dalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadduk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun"


Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.




**Kerdil sungguh rasanya bila memngenangkan solat sendiri.huhu

6 comments:

  1. Assalamualaikum Normaliza

    bagus info ni
    terima kasih

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. trkdg kita trlalu leka mengejar masa utk duniawi n trlalai utk mengejar tmpt di 'sana'...

    ReplyDelete
  3. Info yang sangat bagus sekali..nice sharing dear..

    ReplyDelete
  4. Rozali :

    Waalaikumsalam. Sama-sama kita praktiskan lepas ni.. :)

    ReplyDelete
  5. kak nza :

    betul tu kak. dalam solat pun kadang2 masih fikir hal dunia. Astaghfirullah..

    ReplyDelete
  6. Amy :

    moga-moga dapat manfaat pada yg membacanya.. :)

    ReplyDelete