Wednesday, March 16, 2011

Dugaan dan cobaan..

Lama betul nak hapdet blog ni. Minggu ni ngn minggu lepas hidup agak kucar-kacir. Dah hampir2 jadi serabai macam Hantu Kak Limah..huhu

Minggu lepas dengan keje yang berlambak. Yamin pulak tak sihat. Semalam demam sampai muntah2 sampai lembik melepek je atas tilam. Nyaris2 kena tahan wad. Syukur hari ni dah nampak ok.

Kelmarin pulak tok (nenek) dah di transfer ke PPUM. Khamis lepas tok jatuh bilik air, terhentak kat kepala. Masa tu tok gi Perak, rumah tok ngah (adik tok). Lepas beberapa hari kat hospital sana, baru kelmarin pindah ke PPUM dgn ambulans.

Saya masih tak berkesempatan nak gi melawat. Dengan keadaan yamin semalam, mmg tak boleh nak ditinggalkan. Dengar dari cerita pak cik-pak cik & mak cik-mak cik, tok macam dah kena strok. Ada darah beku kat kepala, kesan dari jatuh tu. Tangan kiri tok langsung tak boleh gerak..

Aduh..hampir nak menangis masa dengar perkhabaran tu. Dulu masa tok masuk hospital hampir sebulan, memang tiap2 hari saya tunggu tok. Kebetulan pula masa tu cuti semester. Tapi sejak dah ada anak ni, rasanya masa untuk tok pun dah terbatas..huhu..

Ya Allah..ko berikanlah kesembuhan untuk tok...ko sihatkan lah anakku..dan ko sejahterakanlah keluarga kami..AMIN

6 comments:

  1. Assalamualaikum Normaliza

    amin amin amin
    moga Allah makbulkan doa2 tuu

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. Amin...
    Semoga semuanya back to normal soonest.
    Kuatkan semangat K..

    ReplyDelete
  3. semoga semuanya sihat-sihat....

    ReplyDelete
  4. Rozali :

    Waalaikumsalam. Amin...terima kasih

    ReplyDelete
  5. mimi :
    Sama la dgn mimi juga ye. dah baca blog mimi, tak sempat nak komen. Kuatkan semangat.. :)

    ReplyDelete