Monday, March 7, 2011

Jatuh tangga..

Kisah tragis yang berlaku di pagi jumaat nan mulia..


Al-kisahnya, jumaat lepas saya lewat sikit gi opis. Malam tu tak boleh tido sebab yamin muntah-muntah. Banyak jugak. Bertungkus-lumus saya ngn hasben bersihkan apa yang patut, lap-lap badan yamin, tukar cadar bagai..


Paginya kepala saya rasa pening2. Agaknya sebab tak cukup tido kot. Dalam kul 9 pagi tu saya dah bersiap nak gi opis. Mintak tolong hasben hantarkan. Masa turun bawah, saya baca la iklan kat notice board tepi tangga tu.


Tiba2 sedar2 saya dah terlunjur kat tangga bawah. Yang saya ingat, sebelum terjatuh tu pergelangan kaki saya macam terpelecot..tup-tup dah kat bawah.


Mujur la masa tu saya tak dukung yamin. Kalau tak, lagi haru dibuatnya. Elok aje masa duk terlunjur tu, yamin duk sebelah saya dgn muka terpinga-pinga. Hasben pun tak sedar saya jatuh sebab masa tu dia pun tgh duk baca iklan kat notice board tu. Mujur masa tu dia kat belakang. Agaknya kalau kat depan, dengan dia-dia saya sapu sekali..hehe


Ingat nak gi opis terus pastu, tapi bila bangun kaki ni rasa berdenyut semacam. Pinggang pun sakit. Nak berjalan pulak susah. Terus la gi klinik. Doktor bagi ubat tahan sakit & ubat untuk otot. Balik je klinik, makan ubat terus tido tak hengat apa dah. Sedar2 yamin kat sebelah pun tertidur sama. Mujur la dia tak banyak kerenah hari tu.


Bangun je tidur, nampak kaki dah stat bengkak. Letak minyak panas..urut2 sket. Baru ok sikit. Hari ni pun ada lagi rasa nyut..nyut..


Adoi..camana la boleh terjatuh tangga Maliza oiii!! Bila teringat peristiwa tu, nak tergelak pun ada. Nasib baik la takde orang masa tu. Mesti jatuh tu macam nagka busuk..haha!!


Moralnya : Jangan baca apa-apa iklan masa nak turun tangga. Tumpukan perhatian kat anak-anak tangga tuh. Malang tak berbau..huhu

11 comments:

  1. wah.. mujo tak kena hempap dik tangga lak. naya aje tu. get well soon.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Pnah ketawakan tunang aku jtuh tngga dikhalayak ramai... hahaha... lpas tu dia blik naik cab sbb mrajuk, dia ckap aku yg pling kuat ktawakan dia.. huhu..

    ReplyDelete
  4. Hehehehe... sedang membayangkan.

    Apapun, tumpang simpati. Sakit kaki macam tu memang tak leh bergerak banyak.

    Kena urut tu..

    Orang ramping kalu jatuh, tak ler macam nangka busuk, tapi macam nangka tak cukup masak. Hahahahahaha!


    lariiiiiiiiikkkk!

    ReplyDelete
  5. nak gelak pon ada, kesian pon ada..camana la boleh 'terpeleot' jatuh..hish... :)

    ReplyDelete
  6. nasib baik xde apa2.....bahaya tu nor...

    kalu anak dara jatuh tangga tndanya org nk masuk meminang..ttp kalu mak org xtau lak...hi..

    ReplyDelete
  7. mama-miya :
    a'ah, nasib baik kan..
    Thanx yer..

    ReplyDelete
  8. ustaz :
    aku pun penah jatuh masa turun bas kat pudu. semua mata duk pandang aku. termasuk la lan. malu toksah cakap ar..

    tak baik ketawakan tunang ko. nanti la..mesti ada 'pembalasan' utk ko..haha

    ReplyDelete
  9. kak azie :
    bukan nangka tak cukup masak, tapi nangka yg ranum & mewangi..hehe

    Oo..nak lari yek!!! ;p

    ReplyDelete
  10. kinna :
    tu la..duk mengelamun baca notis. serik dah..pasni tak moh buat mcm tu..huhu

    ReplyDelete
  11. kak nza :
    agaknya tu tandanya 'mak dara' ni masih laku kot..kihkih

    ReplyDelete