Monday, April 4, 2011

Ujian & Dugaan yang melanda..

Lama dah tak jengah blog ni. Rasanya nak dekat 2 minggu kot. Banyak pulak dugaan & ujian yang melanda akhir2 ni sampai 'kitaran bulanan' jadi weng sekejap. Doktor kata sebab terlalu penat..huhu..


Dah nak masuk minggu ke-3 yamin tak sihat. Mula-mula demam biasa. Pastu isnin lepas yamin kena demam campak pulak. Abis satu badan penuh bintik2 merah sampai ke tapak tangan & tapak kaki. Malamnya tak boleh tido. Mungkin gatal2 kot. Lepas pegi klinik & dapat ubat sapu baru ok. Minggu lepas langsung saya tak gi opis..jaga yamin.


Dalam pada tu, minggu lepas tok masuk hospital lagi. Pagi selasa tu saya tgh duk jemur baju, ternampak petugas perubatan PPUM duk tercari-cari rumah. Dalam hati duk berkata jgn la gi rumah tok. Rupanya betul...Tok kena alahan ubat. Habis satu badan lebam2. Naik ambulans terus sampai ke PPUM.


Sehari juga tok kena tahan kat wad kecemasan. Esoknya tok dibenarkan balik. Mujur saya tak keje. Jadi, saya dengan Mak Su gi PPUM untuk urusan tu. Mak Su uruskan tok dihantar balik dengan ambulans. Tak terlarat nak angkat tok yang badannya mmg 'comel & montel'.


Balik dari PPUM tok asyik cakap ternampak 'benda' la..nampak orang la..padahal takde sesiapa pun. Mak tiap2 malam gi rumah tok bacakan surah Yasin. Sekarang Alhamdulilah nampak tok macam dah sihat sikit. Cuma kadang2 je cakap yang 'pelik-pelik'..


Semalam pulak baru saya perasan lidah & lelangit yamin ada dalam 4-5 ulser/mata ikan. Patutla asyik menangis & tak nak makan. Malam tadi saya & hasben tak dapat tido. Yamin asyik menangis & merengek aje. Mesti sakit sangat tu. Pagi tadi hasben terpaksa EL sebab nak jaga yamin. Minggu lepas dah seminggu saya tak keje..hari ni terpaksa juga masuk ofis. Menangis-nangis yamin tak nak lepaskan saya gi keje..Kalau ikutkan hati, nak aje saya anta surat resign..huhu...


Sepanjang yamin sakit, tak henti2 saya berdoa moga2 ada rezeki lain untuk kami sekeluarga, yang membolehkan saya duduk di rumah menguruskan rumah tangga..Semoga diperkenankan oleh-Nya..


Ya Allah..Kau berilah ketabahan kepada aku dalam menempuhi segala ujian ini. Kurniakanlah kesihatan kepada Tok dan Yamin..AMIN...

9 comments:

  1. Mudah-mudahan disebalik jln yg sulit ini ada jalan yg mudah. Amin

    ReplyDelete
  2. sama2 kita brdoa agar tok n yamin cpt ok.....amin.

    ReplyDelete
  3. kesiannya yamin, kakyong baca pun jatuh sayu...

    Normaliza kan pandai buat kek, pandai menjahit, home-made coklat pun tahu buat kan.. apa kata asah kepandaian tu & jadi WAHM.. daftar syarikat.. jual offline & online...

    memula ni may be buat part time dulu.. dah nampak hasil baru la resign & jd WAHM...

    cadangan kakyong jer... bukan apa sejak join FB group m'sian Mum Biz network.. kagum sungguh dengan ketabahan & semangat depa berbusness walaupun hanya part time..

    ReplyDelete
  4. ops .. bukan daftar syarikat, daftar perniagaan.. silap type pulak..

    ReplyDelete
  5. kak nza ;

    mudah-mudahan gitu lah kak. awal tahun 2011 banyak pulak ujian menimpa..moga2 hati ni tetap sabar..

    ReplyDelete
  6. kak yong ;

    Ada juga bercita-cita ke arah tu. Buat masa skang baru berjinak-jinak terima tempahan menjahit.

    Best sgt kan kalau jadi WAHM. Doa2kan saya ye kak yong..

    ReplyDelete
  7. salam. banyak betul ujian dan dugaan. Tandanya Allah sayang dan ingat kepada kita.

    *Saya pun teringin nak jadi WAHM cuma sekarang tak boleh sebab status masih bukan mak orang mahupun isteri org. Jadi WAHS (working at home singe) ok tak? hihi~

    ReplyDelete
  8. gadis bunga ;

    WAHS pun okeh..kira dalam kategori baru nih..hehe

    ReplyDelete