Thursday, September 20, 2012

Baju Bandung yang mencabarrr...


Alhamdulillah. Siap juga baju ni. Rasanya baju ni paling mencabar sepanjang menceburi bidang jahitan. Sampai kena mintak tunjuk ajar Cikgu pulak. 

Pening duk pikir bab2 kerawang2 tu..Bila dah siap, leher pula tak leh masuk. Malam tadi jenuh duk perah otak camana nak membesarkan leher. Last2 baru terpikir potong leher betul2 ikut corak sulaman

Akhirnya si tuan punya baju berjaya memakai dengan selesanya..(hehe...puji sket diri sendiri)..

Tuesday, June 19, 2012

Mood bizi siapkan tempahan raya

 Dah lama betul tak update blog. Macam dah berabuk sangat dah ni. Skang mood bizi siapkan tempahan raya...ahaha. macam la bizi sgt lagaknya. Baru ni dapat siapkan 2 je ..




Pasni kena pulun yang lain pulak. Kang ada tukang jahit takde baju raya kang...uhuhu

Wednesday, February 8, 2012

Nama je cuti panjang...

Assalamualaikum...

Hari rabu yang ceria setelah bercuti panjang...hehe. Memang lain rasanya bila stat keje pada hari selain dari ISNIN...bagi saya la. Tiada istilah Monday Blues..bangun pagi je penuh keterujaan..ececeh!!!

Nama je cuti panjang. 4 Hari. Tapi mcm tak berapa nak produktif sangat. Dapat jahit selai baju ni je...


Lagi sepasang, sempat siapkan baju je. Kain tak sempat....

Tak PRODUKTIF langsung kan...kan...

Thursday, January 19, 2012

Pesanan Dari Mimpi Rasulullah

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah R.A berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan..."

1. Aku telah melihat seorang daripada umatku telah didatangi oleh malaikat maut dengan keadaan yang amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBU BAPANYA.

2. Aku melihat seorang daripada umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyeksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka dia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan menggunakan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan ke dalam mulutnya dan dikeluarkan rantai tersebut melalui duburnya oleh malaikat Ahzab, tetapi oleh kerana SOLATNYA YANG KHUSYUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dia dihalang daripada meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH S.W.T memberinya minum hingga dia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpul, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpin ke kumpulanku seraya duduk di sebelahku.

7. Aku melihat seorang daripada umatku berada di dalam keadaan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan bingung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH S.W.T lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicaralah mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH S.W.T lalu menabir muka dan kepalanya daripada bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW, "SAMPAIKAN PESANKU KEPADA YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

Monday, November 21, 2011

Sopannyer dia...

Hurmmm..anak bujang sape la ni. Sopannya dia makan...




Ibu pun tak sesopan ni masa makan nak oii...hehe

Friday, November 18, 2011

Pelangi

Pemandangan petang semalam dalam kul 6.30...







Dalam tempoh 3 bulan duk rawang, ni kali ke dua nampak pelangi. Kalau duk PJ dulu memang payah sangat2 nak nampak pelangi..Mungkin sebab duduk pun kat Taman Pinggiran Pelangi kot..hehe

Cantik sangat warna2 pelangi tu kan..


Sedikit info tentang pelangi (drpd Mr. Google) :


Pelangi merupakan fenomena optik dan meteorologi yang menghasilkan spektrum cahaya (hampir) selenjar di langit apabila matahari bersinar semasa hujan turun. Ia merupakan satu lengkung yang berwarna-warni dengan warna merah di lengkung paling luar dan ungu di lengkung paling dalam. Mengikut urutan, warnanya ialah merah, jingga, kuning, biru, indigo dan ungu.

Pelangi dihasilkan apabila cahaya terbias melalui titik air di udara. Sebab itulah pelangi selalu dapat dilihat selepas hujan. Ia berbentuk melengkung (bulat) kerana titisan air di udara berbentuk bulat/sfera. Namun biasanya bahagian bawah pelangi itu 'terlindung' oleh bumi. Fenomena pelangi ini juga boleh dilihat dengan membelakangi matahari dan menyembur air pada hari yang cerah


Hebatnya Kuasa Allah

Thursday, November 17, 2011

Polka Dot

Skang ni macam dah datang balik demam polka dot..baju bulat2..

Semalam dapat siapkan sepasang kurung moden polka dot biru..


Ni pandangan bahagian depan. Leher bulat



Ni pulak bahagian belakang. Dari leher sampai ke pinggang letak butang 'balut' warna sama. Pastu tambah plak dengan reben untuk gaya lebih muda..ececeh..


Yang bestnya, bagi je baju ni terus kawan saya tu pakai. Ni la yang dikatakan semangat polka dot..haha


Bergaya di surau..

Pandangan sisi


Ni bahagian belakang. Rasanya kalau tali reben tu panjang sikit lagi ok kan..



Kurung moden kain duyung..
digayakan oleh Cik Liza, customer tetap saya..hehe



Kali pertama jahit baju nih. Cik Liza design, saya jahit. Bila dah jadi, nampak cantik pulak..(haha..puji diri sendiri)

Bila tengok baju ni, rasa nak buat pulak untuk diri sendiri. Biar nampak comel-comel gitu..tak sabar rasanya..haha (PERASAN!!)