Tuesday, November 15, 2011

Sungai 5 Warna





Cano Crystals yang terletak di hutan simpan Serrania de La Macarena, Colombia diiktiraf sebagai sungai yang tercantik di dunia.

Keunikan air sungai ini akan berubah kepada 5 warna untuk satu tempoh antara musim hujan dan musim kemarau.

Sebab kenapa warna air berubah ialah kerana sungai yang jernih ini dipenuhi pelbagai alga yang berwarna-warni.

Untuk datang ke sini anda perlu mahir mengunggang kuda kerana ia satu-satunya jalan untuk kesini...

Subhanallah..hebat sekali ciptaan Allah S.W.T kan...sama2 kita renungkan...

Wednesday, November 9, 2011

Kurung moden leher apa ni ek?

Lama betul tak update pasal projek jahit menjahit nih. Minggu lepas dah siapkan 3 pasang baju. Minggu ni mood raya, tak sempat jahit banyak..


Malam tadi sempat abiskan jahit selai baju nih aje...




Lehernya bentuk cenggini. Tak tau la orang panggil ni leher apa. Tapi dah akak yang menempah tu nak camni..saya buat aje. Cubaan pertama. Mujur jadi..haha



Ni plak bahagian lengan. Terpaksa cantum kat bawah sebab tak cukup kain. Tak cantik plak kalau badan 'berkaki' tapi lengan tak 'berkaki'...

Nak buat lengan ni pun duk berejam gak cari idea bahagian mana nak ambik..bahagian mana nak cantum. Tu tak termasuk adegan 'bergaduh' dengan yamin. Lengan ni punya pasal, gamat rumah dibuatnya..


Ni gambar 'leher sampan'. Customer yang sama. Semalam saya usaha jugak tetas tang leher. Tersengguk2 tahan mengantuk. Tapi tak puas hati punya pasal..saya gagahkan juga. Jahitan pertama macam tak berapa kemas. Ni gambar lepas dah jahit kali kedua



Balik nanti nak siapkan baju ni pulak. .Useha...useha...

Saya lah SUPERMAK..huhu...




Friday, November 4, 2011

Ambik anak angkat????

Minggu lepas mak datang rumah saya. Tido satu malam. Abah tak ikut masa tu..dalam kata lain, saya kidnap mak saya. Balik Pj kejap, pastu angkut mak ke Rawang..Haha...

Sok pepaginya masa sarapan tetiba je mak bersuara :

"Apa kata ambik anak angkat? Mana tau berkat anak angkat nanti boleh mengandung. Umur awak pun bukannya muda lagi"

Errkk...biar betul mak nih. Saya diam je dengar hujah mak yang seterusnya..kadang2 bersuara la jugak. Iyakan kata2 mak. Kang kalau bangkang, jadi anak derhaka pulak..huhu

Tapi sampai skang kepala saya ligat berfikir..kadang2 rasa termakan gak dengan kata2 mak..nak ambik anak angkat

Tapi bila fikir balik..nak layan kerenah yamin pun kadang2 sampai mau naik angin satu badan. Ni kan pulak nak jaga lagi sorang..

Hmm..apa pun, Allah lagi mengetahui. Mungkin belum masa yang sesuai untuk saya diberi rezeki kan..

Kita merancang, Allah juga merancang. Tetapi Perancangan Allah adalah yang terbaik..


Thursday, October 27, 2011

Majlis BBQ

Ni cerita sabtu lepas. Tapi tak sempat nak update..maklum la sambut 'raya' kan..

Al-kisahnya kawan2 opis volunteer diri nak wat BBQ kat rumah saya. Kena la tuan rumah merelakan...hehe. Alasan mereka2 tu sebab rumah saya lapang. Iyela..takde perabot lagi.

Hmm..tak kisah la. Meriah sikit rumah. Selalu duk tiga beranak je. Merasa la jugak rumah tu riuh sesekali...Satu kepala kena bagi RM20. Duit beli barang2..

Acara membakar stat pukul 6 petang. Ni dua jejaka yang berhempas pulas membakar....


Bila dah malam, bertambah dah ahli yang tolong..mujur rumput2 kat tepi tu dah sempat di tarah..kalau tak, semak je mata memandang..hehe


Perh...tak sabar rasanya nak makan..








Ni sume anak2 kepada mak2 yang sibuk bergembira malam tu..


Lepas makan ada pulak yang main badminton tgh2 jalan..bakar lemak kononnya...


Alhamdulillah, malam tu semua berjalan dengan jayanya. Ada plak plan susulan nak buat lagi. Lokasi mana tak tahu pulak..

Tapi bila dah wat majlis cenggini, rasa tak sabar pulak nak wat majlis terima menantu. Errkkk???? Haha...

Friday, October 21, 2011

Aktiviti Hujung Minggu

Aloha....

Hehe...makin lama makin bersawang blog ni. Tak tahu la nape sejak duk rawang ni makin singkat masa nak uruskan blog. Malas sebenarnya kot..hehe

Dah la rumah berserabut..(ntah bilanya nak abis kemas). Bilik belakang tu Ya Ampun...dah jadi mcm bilik stor ke hape. Sume kotak2 duk humban je ke situ

Minggu lepas baru je ada masa mengerjakan tanah yang sekangkang kera kat depan tu dari ini...



kepada ini..



Haha..nampak je sikit. Nak dekat 2 jam gak la duk memproses. Siap peluh 'gugur ke bumi' gitu. Kalau tiap2 hari wat nih, gerenti kurus..betulkah???






Friday, August 5, 2011

Mujur Ada Kamu....

Kalau En. Hasben keje pagi, dalam kul 7.45mlm baru sampai rumah. Kalau keje malam, mmg sah2 la tak berbuka di rumah..

Tapi saya tidak berbuka keseorangan lagi. Dah ada peneman setia waktu berbuka puasa..



Nampak tu..makan mengalahkan orang puasa. Kiri kanan duk suap nasi..Kang bila tegur, jawapannya.."yamin lapar la bu.."


Minum pun boleh tahan banyak..


Orang makan kurma sebelum berbuka, tapi ni pas dah kenyang, baru makan kurma...bedal ajela..


Lepas tu, mmg jenuh la ibu kena mengemas, mengelap bagai. Bukan setakat atas meja, atas kerusi..atas lantai penuh dengan nasi..haisshhhhh....

Thursday, August 4, 2011

Masih Dalam Proses Menyesuaikan Diri..

Hari ni hari ke 5 duk di rumah baru & hari ke 4 berulang dari Rawang - KL. Belum dapat sesuaikan diri sepunuhnya lagi..

Kalau dulu kat rumah sewa, kuar gi keje kul 7.10pg. Ni kat Rawang, kul 6.40pg dah kuar rumah. Jalan pun gelap lagi..

Masa hari petama, isnin ari tu, memang penat abis. Dengan penat pindah rumah tak abis lagi..pastu pepagi buta kena kuar gi keje. Sudahnya, tertido kat surau sebab penat sangat..huhu

Hari kedua dah rasa ok sikit..skang ni Alhamdulillah dah makin boleh menyesuaikan diri dengan rutin baru. Cuma tgh hari masa rehat memang tido aje kat surau. Nak cas tenaga drive masa balik..hehe

Rumah masih lagi bersepah dengan bundut-bundut & kotak2 barang yang belum dikemas. Kalau penat, buat2 tak nampak aje sume2 tu..hehe. Kalau ada rasa rajin sket, baru kemas apa yang patut.

Hiburan di rumah baru memang takde lagi sebab astro pun belum pasang. Mujur la mood penat lum abis, jadi semangat nak tgk tv belum ada lagi

Umar Bunyamin plak setakat ni..ok aje. Suka pegi taska baru. Alhamdulillah. Walaupun terpaksa gi taska kul 6.40pagi, tapi tetap tak meragam. Terima kasih ye anak ibu sayang..

Friday, July 29, 2011

Nak pindah rumah dahhh..

Skang blog ni macam 'ada dalam tiada' aje. Macam bizi sesangat aje gayenye..hehe.

Esok nak pindah rumah. Gambar kat bawah ni merupakan pemandangan hari isnin lepas...



Bilik tidur utama yang penuh dengan barang2 pertukangan


Ruang tamu yang penuh dengan besi & rangka grill..



Ruang dapur yang ada mesin pemotong besi..



Adoyaiiii...memang bersepah sungguh kan..Tuan rumah plak suh kosongkan rumah sewa esok gak. Katanya hari ahad nanti anak dia nak masuk umah tu. Heiii, ahad ni kan masih lagi bulan 7. Tak pikir orang betul la..dah la masa suh pindah dulu pun mcm ada sikit kurengg adab. Saboooo ajelah....

Ingat petang ni nak gi bersihkan rumah. Si pembuat gril ckp setakat semalam, dia dah pasang satu grill pintu. Takpe..slow2 la yek Dik oii..Akak tak kisah. Janji rumah akak ada grill..hehe

Si pembuat grill tu adik saya sendiri. Memang jimat ler suh dia. Lagi pun adik sendiri yang volunteer nak tolong, kalau tak terima kata sombong plak..hehe


Harap2 pas abis proses pindah rumah ni, boleh rileks sikit. Penat betul ke sana kemari..Dalam masa tak sampai 2 bulan, kena uruskan dari ambik kunci rumah kat pemaju sampai la urusan pindah rumah. Penat tak terkata..huhu..

Tuesday, June 28, 2011

Saya dah berjaya buat!!

Hari ni saya pakai kain nih. Kain kipas belakang..


Bukan nak citer pasal saya pakai apa sebenarnya. Tapi kisahnya, saya tak lena tido malam dek kain 'kipas belakang' nih..

Punya lah fikir camana nak lipat bahagian belakang tu, sampai dalam tido pun duk terbayang-bayang aje..Belajar teori aje dari mak cik, tapi praktikalnya tak lagi. Tu yang jadi macam orang angau bercinta aje..tak karuan jadinya!

Sudahnya pepagi ahad lepas, sebelum yamin bangun..cepat2 capai kain. Kang kalau hero tu bangun, lain pulak patern yang dapat..

Nak dekat stgh jam gak la duk lipat..bukak balik..sampai sakit pinggang ni duk terbongkok2

Akhirnya jadi jugak...yeayyy!! Cuma tak berapa kemas lagi. Wah..pasni semua stok baju akan berkain kipas belakang gitu..hehe

Friday, June 24, 2011

Tuan Rumah bikin Gempak Pulak..

Ni la salah satu sebabnya nape idup tak keruan semenjak dua menjak nih. 7/6/2011 bersamaam hari selasa 2 minggu lepas tetiba jek tuan rumah sewa call. Suh pindah bulan ni gak. Dia nak suh anak dia duduk situ.

Haish!!! Mana boleh bagi notis tak sampai sebulan. Mujur masa memula sewa dulu ada bayar sebulan deposit. Apa lagi, saya mintak la balik RM450 kalau nak saya kuar jugak bulan ni. Tapi tuan rumah tak nak bayar pulak..ish..ish..

"Kalau akak tak nak bayar, saya pindah akhir bulan depan la. Tapi sewa bulan depan saya tak bayar. Tolak je duit deposit tu" Salah satu dialog perdebatan saya dengan tuan rumah.

Wah, mana ntah datang keberanian saya ckp camtu. Selalunya kalau situasi kena gertak camtu, mesti saya lupa semuanya. Dah letak tepon baru teringat. Ni Sampai ofismate yang dengar perbualan saya ngan tuan rumah pun terkejut. Tak pernah2 Puan Maliza ni berani cenggitu..hehe.

Skang ni tgh duk sibuk uruskan rumah baru kat Rawang. Minggu lepas baru je abis proses amik kunci. Mujur la rumah yang di beli dah siap. Kalau tak, haru je nak cari rumah sewa yang lain. Ni tengah duk sibuk nak pasang grill & apa2 yang patut.

Memang kalut duk berulang dari PJ ke Rawang..kalut duk pikir nak pindah..duk pikir pasal taska yamin dan yang paling utama tarasa benor kekalutan bila tgk $$$$ kuar macam air yang mengalir deras. Aduh..aduh...

Wahai hati..tabah la dikau..ececehhhh..

Thursday, June 23, 2011

Masih terasa sakitnya....aduh!

Kelmarin saya jatuh katil...Haip!! Jangan pikir bukan2 yek..heheh!

Kisahnya cenggini, masa duk merangkak nak turun dari katil, kaki tersadung dengan kain sendiri. Masa tu tengah dukung yamin plak tu. Jenuh nak imbang badan, tapi akhirnya tersungkur jugak. Mujur atas katil..

Tapi kaki belah kiri terlipat ke tepi, yamin pulak terantuk kat dinding. Kesian yamin, tgh duk mamai2 baru bangun, tiba2 terantuk pulak.

Masa kejadian tu, sakit jugak kaki kiri nih. Rasa krem kejap. Yamin mula2 tak nangis. Tapi bila dengar saya duk cakap "aduh..sakitnya" sambil urut2 kaki, terus dia nangis & cakap "ibu jangan nangis.." Aik, bila masa pulak ibu nangis?? Sayang jugak yamin kat ibu ye.. :)

Sudahnya, sampai hari ni rasa lagi sakit kat belakang peha belah kiri. Takkan nak kena urut kot ek???


Tuesday, June 21, 2011

Dah berabuk blog haku nih!!

Assalamualaikum...

Ya Ampun..lamanya tak update blog. Banyak sangat hal yang melanda sejak akhir2 ni. Sampai tak terkejar nak update blog. Kadang2 bila ada masa sket, otak plak tepu nak tuleh apa...

Rindu sangat2 nak melawat umah kengkawan..tapi tu la, tak tersempat. Kepala otak duk serabut dengan permasalahan negara..mengalahkan ahli politik!!..hehe

Harap2 pasni boleh lagi ber BW walking cam dulu....

Monday, May 9, 2011

Sambut hari ibu di RASAMAS

Sabtu lepas kami 3 beranak sambut HARI IBU kat Rasa Mas, Car4 Subang. Ekceli terpandangkan promosi sempena hari ibu. Tu yang kami trus terjah aje

Masa makanan sampai aje, terus kami terkam. Nak-nak pulak perut tgh lapar sebab tak sarapan. Tak pandang kiri kanan..terus ngap aje! Yamin plak masa tu sproting. Memang line clear betullah.

Gambar pun sempat ambik bila perut dah kenyang..sume pinggan dah licin..haha! Tak senonoh betul!!!




Punya lah banyak makanan, tapi yang yamin makan Puding Mangga aje. Yang lain ibu ngn abag perabihkan..kehkeh!! Bukan ibu tak bagi, tapi yamin yang tak nak ye..heee..

Masa saat2 akhir nak abiskan makanan, budak baju oren ni dah tak senang duduk. Duk kehulu-kehilir..Yamin..yamin..tak kasi can ibu nak licinkan pinggan..



Buat semua kawan-kawan, SELAMAT HARI IBU. Semoga kita semua menjadi Ibu yang cemerlang, terbilang & gemilang.. :)

Tuesday, May 3, 2011

Oh..apakah mesin jahit juga mahu cuti Hari Buruh??

Cuti panjang sempena hari buruh ingat kan leh la pulun wat baju banyak2. Hajat suci murni hati ni nak la gi keje seminggu ni direct pakai baju baru..haha!!

Tapi semua punah..musnah..hancus..

Memula tgh duk sedap2 jahit tepi, tup-tup jarum mesin patah. Nak tukar jarum baru, kena guna Allen Key. Cari punya cari tak jumpa jugak mana la letaknya menda alah tu. Tension jek..masa tak nak, elok aje ada tertonggok depan mata. Masa nak guna..sume ilang..adehhhhh..

Jadinya, terpaksa la potong aje kain mana yang ada..


Ni plak dua baju yang dah siap jahit. Kain tak sempat nak jahit. Mesin jahit pulak buat hal..benang sekoci tak moh lekat pulak..


Patutnya nak pakai baju pink bunga kecik2 tu ari ni. Tapi dua-dua mesin buat hal. Tak merasa pakai baju baru minggu ni..huhu

Agaknya mesin jahit pun nak cuti kot sempena hari buruh..Hmm..sabo aje lah..

Thursday, April 28, 2011

Mereka tidak tahu..

Serabut betul hari ni..balik dari EL 2 hari..

Hari ni masuk je opis, macam2 pulak ceramah dari orang2 sekeliling. Menambahkan serabut dalam kepala aje. Bukannya tak suka orang bagi nasihat. Tapi nasihat yang diberi tu..lain betul bunyinya.

Nasihat2 tu semua menjurus pada keburukan diri kita..

Misalnya..

"tu la..ko jadi camni sebab ko tak kuat semangat..ko tak buat amal yang banyak"

"Alah, mende2 camni kalau kita tawakal pada Allah, senang je nak hadapi. Tak payah nak berubat kat ustaz pun. Buat sendiri aje pun boleh"

Bukan nak mengata, tapi kalau orang yang bercakap tu memang yang tergolong dalam golongan yang OK tak apa lah. Tapi yang bercakap tu seharusnya lah cermin diri mereka dulu sebelum mengata orang lain.

Agaknya bagi mereka2 semua, gangguan makhluk halus ni perkara enteng agaknya. Ataupun bagi mereka, sesiapa yang terkena gangguan ni sebab orang tu tak sembahyang kot..

Mereka tak alami apa yang saya alami..maka, dengan sesuka hati aje boleh menuduh sembarangan pada saya. Menasihati saya tanpa mengetahui betapa tergurisnya perasaan saya.

Dialog2 di atas hanya sebahagian kecil ayat yang dilemparkan. Tak sanggup rasanya nak paparkan ayat2 yang lain. Mau saya menagis masa saya tulis entri ni kang..huhu

Saya dalam proses berubat. Doakan semoga perjuangan saya berterusan hingga ke akhirnya. Banyak betul dugaannya. Badan saya dah lebam-lebam. Kaki dah melecet. Tangan rasa macam terbakar. Emosi kadang2 tak stabil.

Tapi, jauh di dalam diri saya, saya amat berterima kasih kerana ALLAH memilih saya untuk menghadapi UJIAN ini. Saya bertemu dgn seseorang yang sentiasa membimbing saya ke jalan ALLAH..

Kawan-kawan..tolong doakan saya cekal hadapi ujian ALLAH ini. Doakan semoga saya kuat. Doakan semoga saya tabah. .

Friday, April 22, 2011

Lambatnya nak balik..

Petang ni rasa lambat bebeno jam bergerak.
Lagi setengah jam baru boleh balik..huhu..
Nak balik pukul 5ptg macam biasa, kena masuk pukul 8pg plak.
Skang ni memang susah nak masuk kul 8pg..
Banyak sangat adegan pelok cium yamin kat depan pintu taska..
Sudahnya ibu sampai opis asyik terlajak 5-10minit.
Terpaksa ler tuka jadual keje 8.30pg - 5.30ptg..

Pagi kompem dah tak terkocoh-kocoh.
Tapi petang pulak on the dot dah kena balik.
Kang kalau sampai taska lebih pada pukul 6ptg, kena OT pulak RM5..
Kalau sehari takpe, dibuatnya tiap2 petang..
Adoi..mau ibu garu kepala jer tiap2 ujung bulan bayar OT..

Hmm..setiap perkara ada pro & kontranya..
Redah ajerlah nampaknya....

Thursday, April 21, 2011

sama tapi tak serupa

Tempat Kejadian : R&R Pagoh (masa balik kampung minggu lepas)

Masa kejadian, En. Bunyamin tgh sedap teguk air sirap lepas abis makan semangkuk sup ayam (ibu yang byk abiskan..hehe)



Bila tgk betul2 gambar nih rasa macam sama sebijik je muka dua beranak nih. Agak2 kalau masuk pertandingan muka seiras ada can nak menang tak? Hehe..

Ingat lagi masa ngandung dulu suka sangat tgk muka pelakon Daniel Wu. Kot-kot nanti muka anak jadi hensem cenggitu. Tak menjadi..wakaka!! Tu la..niat terpesong!!

Walau apa pun, yamin tetap hensem di hati ibu. Abah dah jatuh no. 2..sebab muka abah dah BOLAT..dah tak sama macam zaman dolu-dolu. :p

Wednesday, April 20, 2011

Melukis di lantai..amboi..amboi..

Amboi..patut la masa ibu kat dapur yamin diam je kat depan.

Rupanya ada aktiviti melukis yek. Abis lantai kena tenyeh dengan yamin. Selalunya boleh aje mintak kertas, tapi semalam agaknya tgh sedap2 landing sambil minum susu, terjumpa pensil. Tu yang datang ilham nak melukis kot.

Bila ibu dah perasan, mula la buat muka seposen..dari nak 'menjerit' terus ibu terketawa..Abah kat sebelah pun tersengih-sengih ajer..yamin..yamin..


Keje malam tadi

Semalam ingat nak wat coklat, tapi tangan ni macam terus tertarik-tarik nak ke mesin jahit

Ni 2 helai baju yang sempat dipotong & dijahit tepi. Malam nanti kalau ada mood, leh trus jahit. Yang atas tu nak wat blouse. Yang merah jalur kelabu tu pulak nak wat kurung moden. Cuma kainnya tak beli lagi. Sabtu ni le ronda-ronda kat nagoya cari kain..haha..tak sabar rasanya!!


Tempahan baju letak tepi dulu. Hujung ninggu ni baru pulun. Sebabnya tukang jahit punya baju dah banyak yang sendat sana..sendat sini..kena wat baju baru..kehkeh!

Takpe..diet tetap diet. Sementara nak dapat bentuk tubuh idaman, kita buat dulu baju baru agar tetap vogeh..Boleh kan... :))

Yamin dapat 'SEPUNYA' baru

Semalam beli 'SEPUNYA' baru untuk yamin. Masa balik rasa tak sabar nak tgk reaksi yamin. Tak sabar nak tengok muka hepi dia..

Memang tak sia-sia beli..tengok la hepinya yamin dapat 'SEPUNYA' baru..






Ni pulak 'SEPUNYA' yang lama. Abis patah riuk dah. Harap-harap jangka hayat 'SEPUNYA ' yang baru tu bertahan lama la hendaknya..




Saya pun tak tahu nape yamin panggil kipas ni 'SEPUNYA'. Padahal sebelum ni elok je panggil kipas. Mungkin ada tragedi yang membuatkan kipas tu bertukar nama jadi 'SEPUNYA'..hehe