Wednesday, November 4, 2009

YAMIN TAK SIHAT

Hari ni baru aku masuk opis semula setelah 2 hari MC. 3 Hari cirit-birit & muntah2. Abis satu famili kena. Mula2 Yamin, pastu aku, Opah & last sekali hasbenku. Yamin mula dapat muntah2 lepas balik dari johor rabu lepas..hari isnin sebelumnya tu kami dapat panggilan telefon kakak iparku terbabit dgn kemalangan dan berada dalam keadaan kritikal. Tapi Allah lebih mengetahui segalanya..kakak iparku meninggal pada hari selasa jam 1.40t/hari. Moga Allah tempatkan roh Kak Nah di sisi orang2 yang soleh..AMIN.

Balik dari Johor, Yamin mula muntah2. Lepas bawa gi klinik, doc kata sebab kembung. Hari khamis aku keje macam biasa. Tapi hari jumaat nampak Yamin macam teruk sikit di tambah dgn cirit-birit. Aku amik half day. Malamnya suhu badan Yamin naik. Aduh..bimbang betul hati ni. Aku dengan mak aku bersengkang mata jaga Yamin sambil letak tuala basah kat kepala. Tapi macam tak berkesan. Ikhtiar terakhir..aku basahkan kepala Yamin dgn air asam jawa. Alhamdulillah berkesan.

Esok pagi terus bawa gi klinik & doc masukkan ubat ikut punggung sebab suhu badan Yamin Panas sangat. Hari sabtu malam, aku pulak tak boleh tido sebab dapat penyakit yang sama dgn Yamin. 3 hari aku tak bangun. Mujur mak aku & hasben tak teruk macam aku. Kalau tak, sape yang nak jaga aku..hehe!

T/hari semalam baru aku perasan ada bintik2 macam ruam kat badan & muka Yamin. Rupanya Yamin kena demam campak. Mujur la bukan jenis berair. Tapi tu pun cukup buat aku tak tenang bekerja ni..Tak pernah Yamin sakit teruk macam ni. 2-3 hari lepas Yamin terbaring je. Semalam baru nampak Yamin bersemangat sikit main sepak2 bola. Walaupun merengek tetap ada. Ohh...aku lebih rela membiarkan Yamin 'mengemas' daripada tgk dia terbaring aje..

Cepat sembuh ye sayang..Ibu tak kisah kalau lepas ni Yamin nak 'mengemas' apa lagi asalkan Yamin sihat...

3 comments:

  1. Salam takziah utk kakak ipar liza....semoga ditempatkn dikalangan org2 yg briman...al-fatihah.

    Alahai kesiannya Yamin..moga cpt sembuh.

    ReplyDelete
  2. takziah...

    yamin get well soon..

    ReplyDelete