Wednesday, May 12, 2010

ADAKAH SAYA TERTIPU???


Masa tengah makan kat kantin tadi, ada seorang jurujual datang kat tempat saya. Dia jual buku yang kat atas tu. Katanya harga istimewa untuk kakitangan kerajaan. Kat luar harganya RM35. Tapi untuk kakitangan kerajaan dapat RM12 dan harga tu hanya dikeluarkan 10 ribu naskah sahaja.

Saya tak tahu la apa yang dikatakan jurujual tu betul ke tak. Tapi yang pastinya saya ni memang pantang la kalau ada orang2 yang menjual segala apa mak nenek datang kepada saya. Kerana yang pastinya saya akan terus membeli tanpa prasangka..Hadoi...tak ilang lagi perangai saya yang mudah pecaya kat orang nih! Sebab tu la saya mmg kena cepat2 melarikan diri kalau ada la spesis2 orang macam tu yang datang kat saya. Nampaknya hari ni saya tak berjaya lari.....

Yang bertambah sadisnya, baru je saya perasan kat muka depan buku ni ada cetakan harga RM12 sebuah. Apakah saya sudah TERTIPU????

2 comments:

  1. sama la prangai kita....beli tnpa brfikir dulu..mudah sgt kesihan kt org.....

    ReplyDelete
  2. kak nza - tu la...asyik niat nak berubah, tapi tetap tertipu gak kan..huhu

    ReplyDelete