Tuesday, January 4, 2011

Di sebalik mimpi..

Rupa-rupanya ada kisah di sebalik mimpi saya minggu lepas. Mula-mula saya malas nak citer kat mak. Tapi macam tak boleh nak tahan dah. Sebabnya, yamin pun makin pelik. Dia macam takut-takut je skang nih..Kalau saya kat depan, bila saya gi dapur je..mencicit dia lari ikut saya. Sambil tu mulut dia duk cakap "Ibu, Yamin takut la.."

Banyak kali pulak tu kes camtu berlaku. Ada ke patut masa saya sembahyang, yamin duk terperuk je kat kaki. Takut sungguh nampaknya. Jadi, oleh kerana tak tertahan..saya ngadu juga la kat mak.

Rupa-rupanya mak pun ada kesannya. Satu badan rasa sakit2. Tapi mak dah pi jumpa ustaz. Katanya masa mak balik Pahang (rumah pak ucu), ada 'benda' yang mengikut. Kebetulannya pulak, lepas je balik Pahang, mak terus gi rumah saya amik kunci. Tu yang terkena tempias kat yamin kot.

Hari ahad lepas, saya bawa yamin pi jumpa ustaz. Al-kisahnya, sebelum jumpa ustaz tu..di waktu mghrib yang hening..masa saya tgh duk mengaji, tiba-tiba nampak kelibat macam terbang atas kepala. Nampak hitam jer. Saya buat tak kisah. Lagipun yamin & en. hasben ada tgh tgk tv kat ruang tamu. tak la takut sangat rasanya..

Sambung balik ngaji..pas tu nampak kelibat kat tepi plak. Aiseh..dada dah mula dup-dap dah. Tapi masih steady. Ngaji balik. Pastu ada balik pulak kelibat tu kat tepi. Ni dah macam citer P. Ramlee nih.."ai..mambang..agak2 la sket. dah 3 kali nih.." Trus la saya dengan bertelekung tu duk sama join en hasben & yamin tgk tv. En. Hasben dah pandang pelik2. Saya punya dada dah dup-dap, bulu roma dah meremang..tak kuasa nak cakap..

Masa jumpa ustaz, dia bekalkan air utk yamin minum & sapu muka. Pastu sedikit lada hitam + garam kasar untuk mandikan yamin. Ustaz tu cakap ada'benda' yang yamin nampak. Tu yang dia takut tu..

Adodoi..bila la agaknya gangguan-gangguan camni nak berenti yek. Agaknya rumah sewa ni yang ada masalah kot. Tak pun sebab rumah saya ni tak ramai orang, en. hasben pulak keje syift. Makanya bertambah kurang la penghuni..nak-nak waktu malam.

Macam-macam perasaan gelodak jiwa..semua ada. Tapi bila teringat Allah tak suka pada mereka yang mudah putus asa..terus istighfar panjang. Ke saya ni yang penakut ya amat. Tu yang jadi kes camni???

Tapi sebelum ni saya okey apa..masa belajar kat hutan Sintok dulu saya steady aje tido sorang2 masa room mate takde. Steady aje bila di waktu hujan renyai-renyai tetiba-tiba terbau bau yang wangi ya amat walaupun masa tu tgh lalu kat tong sampah yang segala isinya dah termuntah keluar sebab terlalu penuh..

Entahla..saya keliru. Kang fikir banyak-banyak lain pulak jadinya. Tapi boleh tak saya doakan en. hasben pulak kena "gangguan" sebab kadang-kadang dia tak percaya la..boleh gitu???? Hehe





7 comments:

  1. Assalamualaikum

    Kalu budak2 kecik ternampak makhluk halus..amalkan membaca Surah Alfatihah dan baca ayat 9 dari Surah Yaasin then hembus kat kanak2 tu. agar pandangan anak2 itu tidak lagi diganggu. Dan baca 3 Qul 3 kali setiap petang, Allah swt akan memeliharan kita dari gangguan jin, iblis dan manusia2 yg dengki dgn kita. Baik dijadikan amalan. Insyaallah.

    ReplyDelete
  2. mamawana - waalaikumsalam. terima kasih banyak2 atas info ni..Insyaallah akan di amalkan :)

    ReplyDelete
  3. takutnyaaa liza.....awak betul2 insan terpilih.....

    ReplyDelete
  4. kmieja - yg paling teruk masa pas bersalin, ternampak lembaga putih berambut pjg duk kat tepi. terasa rambut dia yang keras macam dawai..huhu.

    ReplyDelete
  5. Kalau hb selalu kerja shift mlm balik rumah jgn terus masuk rumah. Bos saya ada cerita pasal masalh benda ikut macam nie jadi kat kawan dia yang jual satey part time mlm2. Benda-benda tu mengikut balik kadang-kadang. Kacau anak isteri kat rumah pulak.

    ReplyDelete
  6. Ada baiknya awak boleh rasa dan nampak benda2 camtu. Kalau membahayakan, boleh ambil tindakan apa yang patut. Kalau tak membahayakan, saya rasa buat tak tau jek laa kot.

    ReplyDelete
  7. mardiah - tu la..ada baiknya. tapi yang tak baiknya..jadi fobia..huhu. masa takde anak boleh tahan lagi, dah ada anak ni yg payah. Selalu meragam je tgh2 malam sambil tunjuk kat tingkap la tunjuk kat atas la..pening..pening..

    ReplyDelete