Monday, February 21, 2011

Dilarang menghidupkan pendingin hawa sebaik menaiki kereta..!!


Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanse (carcinogen - ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik dalam kereta).

Di samping meyebabkan kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiarkan berlarutan akan menyebabkan Leukimia, meningkatkan risiko menghidapi kanser di samping keguguran.



Kadar pendedahan Benze yang dibenarkan ialah 50mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika diparkir di kawasan berbumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800mg Benzene. Jika dibiarkan di kawasan yang terdedah dengan tingkap tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkat sehingga 2000-4000mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan..dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.



Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini dari berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemarkan buah pinggang dah hati, dan sukar pula tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut.


**sumber dari e-mail**




6 comments:

  1. good info.
    Seb baik mmg dr dulu diamalkan x terus on aircond sampai tahap kepanasan enjin sepatutnye. :)
    Thanks sharing.

    ReplyDelete
  2. baru tahu..selalu buat camtu.....TQSM 4 sharing.

    ReplyDelete
  3. hehe...

    1. msuk kete
    2. bukak tingkap belah driver sparuh.. pintu xtutup lgi sbb kaki dua2 kat luar lgi
    3. Idupkan enjin
    4. idupkan aircond
    5. Nyalakan rokok & tunggu rokok tinggal sparuh
    6. Tutup pintu
    7. Baca doa naik kenderaan darat kuat2
    8. Bergerak ke destinasi..

    Erk... mkin bnykla toksin tu kan? huhuhu

    ReplyDelete
  4. mimi ~ saya yg selalu wat gini. masuk je keta, trus buka aircond..broommm bawa keta. tak panas enjin bagai. tak baik..tak baik..kena ubah pasni..

    ReplyDelete
  5. kak nza ~ tu la, saya pun baru tau..pasni kita jgn wat lg kan kak..

    ReplyDelete
  6. ustaz ~ tang no 7 tu je aku tgk paling betul kat list ko tu.

    yg lain..ish..ish..semoga ko 'selamat' wahai sahabatku..hehe

    ReplyDelete